PADANG TERAP - Kehadiran Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang merasmikan Pesta Songkran Peringkat Negeri Kedah di Wat Lamdin, Naka, dekat sini membuktikan bahawa kepimpinan Kerajaan Negeri peduli dengan semua kaum di negeri ini.
Ahli Parlimen Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria berkata, kesudian kepimpinan Kerajaan Negeri yang turun padang membuktikan bahawa mereka tidak mengamalkan amalan ‘double standard’.
Menurutnya, semua kaum dilayan dan diberi hak dan pada waktu yang sama Menteri Besar sendiri dapat menyampaikan sendiri perkembangan semasa Kerajaan Negeri kepada masyarakat Siam.
“Walaupun masyarakat Siam adalah kaum minoriti tetapi mereka tetap mempunyai hak dan kesudian Menteri Besar turun padang bagi merasmikan Pesta Songkran membuktikan kepimpinan negeri memahami budaya kaum dan agama lain.
“Kehadiran masyarakat Siam juga menunjukkan sokongan kaum itu yang semakin meningkat kepada kepimpinan Kerajaan Negeri selain mahu mendekati Menteri Besar dengan lebih dekat,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui dekat sini.
Menurutnya, beliau mewakili masyarakat Siam di Parlimen Padang Terap mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan Kerajaan Negeri atas penganjuran pesta berkenaan yang diadakan di kawasan itu.
Sementara itu, Setiausaha Program Pesta Songkran Peringkat Negeri Kedah, Nurul Amin Hamid berkata, program itu juga membuktikan bahawa Kerajaan Negeri langsung tidak mengamalkan budaya rasis antara kaum dan agama.
Menurutnya, walaupun beliau pertama kali mengendalikan program sambutan budaya kaum lain, ia tidak menjadi halangan malah membuktikan bahawa kerjasama di antara kaum perlu di antara satu sama lain.
“Pembabitan masyarakat Melayu dan Islam juga membuktikan bahawa kita tidak mempunyai masalah malah menunjukkan agama Islam boleh berada di mana-mana,” katanya.
Kira-kira lebih 4,000 masyarakat Siam hadir ke program perasmian berkenaan.

No comments:
Post a Comment