Sunday, April 17, 2011

Nilai Fix deposit BN kian merosot di Serawak.

Oleh: senik

"Satu ketika dulu, Serawak dan Sabah didabik sebagai Fix deposit untuk BN yang utuh dan tidak boleh digugat.Tetapi selepas PRK Sibu dan PRN Serawak yang baru berlalu, nilai Fix deposit BN sudah nampak merosot malah di setengah tempat sudah dilupuskan. Bandaraya Kucing sudah lupus nilainya, Sibu dan Miri turut menjadikan bertambah susutnya nilai Fix Deposit BN dan menerusi masa, makin susutlah nilai Fix Deposit apabila kebangkitan rakyat menolak nilai kewangan yang dilebelkan kepada mereka semakin berkembang.Hari ini statistik menunjukkan 44% pengundi Serawak menolak BN dan ada kawasan 'remote' dikuasai oleh PR.

Selain dari itu, janji pembangunan BN dalam PRN mungkin memakan diri.Najib sudah menyatakan bahawa kerajaan BN akan mengotakan semua janji PRN.Perlaksanaan janji janji ini bakal melihat lebih banyak nilai Fix Deposit BN akan merosot.Kucing, Sibu dan Miri sudah menghantar isyarat yang cukup jelas kepada penolakan secara total kepada BN, antara lain disebabkan tekanan kos sara hidup yang tidak tertanggung oleh penduduknya sedangkan ketiga tiga bandar utama ini merupakan penyumbang ekonomi terbesar kepada negeri dan negara.Penduduknya sudah terlalu lama terdedah kepada kemelut kehidupan dan maklumat penting kerakusan BN mengurus negeri.Kerana itu BN sudah ditolak di sana.

Sedangkan masih banyak 'remote area' yang tidak terdedah kepada peningkatan kos sara hidup termasuk di Bakun yang mencacatkan pertambahan undi kepada BN.Namun pembangunan ala BN yang bakal dilaksanakan di kawasan kawasan ini pasti akan mendedahkan penduduknya kepada kesukaran kesukaran yang sudah dirasai oleh penduduk Kucing, Sibu dan Miri.

Adalah lebih baik untuk BN tidak melaksanakan janji janji pembangunan demi menjaga nilai Fix deposit mereka terutama di kawasan majoriti melayu yang masih kukuk dikuasai oleh PBB.Tetapi apakan daya, Najib sudah terlepas cakap, janji terpaksa juga dilaksanakan walaupun masih banyak janji janji PRK di semenanjung seperti janji jambatan di Manik Urai masih tidak terlaksana.

Luah mati mak, telan mati bapak merupakan peribahasa yang paling sesuai untuk BN di Serawak yang melihat nilai Fix deposit mereka semakin merosot di sana.

1 comment:

  1. Aku rasa carilah alternatif lain dalam menarik pengundi...hal2 begini hanya perlu didedahkan apabila PR berjaya menawan Putrajaya....

    ReplyDelete