
Oleh AnakKedah007
Nah baru hang ada akai sembang sedap sangat.. dulu sebelum memerintah bukan main bising rata kampung kata Kerajaan BN buat sidang DUN sejam ke dua jam... mai lanie kira hang pon 2x5 jaa kelaku buat sidang DUN 2 jam....
Dah laa haram tak buat siaran langsung.. lepas tu bersidang selama 2 jam.. kira kelaku hebiaq hang nie sama ja macam kelaku UMNO BN.... Sedangkan dalam sidang DUN tuu macam2 hang boleh jelaskan.. terutama isu negeri seperti yang pembangkang dok tekankan sebelum ini iaitu manifesto hang yg mana kata dah 80% buat dan suruh tanya dalam dewan.. bila orang tanya hang haram tak jawab pulak.....
Awat kelaku hang nie semakin hari semakin teruk di tengoknya...kalau macam nie punya kelaku kami yg dok back up nie nak hujah haram bejadah apa dengan blogger UMNO yang kata Azizan pun buat sidang DUN terpendek di dunia....
entah la Azizan oii.. sejak dua menjak nie aku yg jadi blogger nie cemuih jaa dengan kelaku hangpa.. tapi mengenangkan wadah perjuangan skrg aku berada dalam jemaah PAS jadi terpaksa la aku tegoq kelaku hang nie....kalau ikutkan hati macam nak lompat jaaa.... cemuih gilak dengan kelaku hangpa lanie.. dulu hangpa sembang dan kata kat UMNO tak mau2 last lanie hangpa pulak buat sama macam depa buat....
Nie berjela depa bambu hangpa dalam SINAR HARIAN takan hangpa nak tengok saja.... macamana nak jawab hujah hangpa.. dulu masa depa tanya hang suruh tanya dalam DEWAN.. bila orang tanya hang HARAM TAK JAWAB pun.. apa dia nie....bila benda nie tersebar dalam SINAR dan akan di baca oleh orang kampung apa nak jawabnya dengan masyarakat.. hangpa takpa laa sedap dok dalam econ di wisma sana nuu... kami yg dok kempen mati2 nak pertahankan hangpa last buat kelaku macam nie pulak....
Awat tak boleh nak sidang lama sikit kaaa...buat laa 3,4,5 hari....bagi huraian yg dalam manifesto tuuuuu... nak kata tak reti jawab SETPOL dah karang berjela dah sebelum tuuu... baca yg tu pon tak paa.. sekurang2nya hujah pembangkang kedah dah kena patah dah.. nie dak jawab apa pon ke haram......
lantak kooo la Azizan oii... sedap sangat kata kat ORANG BEROK last kena pelakong balik dek Det Lid hang tu KERA DAPAT BUNGA... baru ada akai..
Wakil BN tagih janji Azizan
ALOR SETAR - Beberapa wakil Barisan Nasional (BN) kecewa apabila soalan mengenai janji manifesto pilihan raya umum lalu tidak dapat dijawab kerana kesuntukan masa.
Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Seri Mahdzir Khalid (Pedu) berkata, sebelum ini Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak begitu beria-ia mahu menjelaskan isu janji dalam manifesto itu dalam sidang dewan kali ini.
“Tetapi nampaknya ia tidak menjadi kenyataan dan mereka hanya bersandiwara untuk menutup kelemahan dan kegagalan Kerajaan Negeri. Mereka takut untuk memberitahu perkara sebenar kerana bimbang rakyat akan tahu tembelangnya,” katanya pada sidang media selepas sidang DUN ditangguhkan pagi semalam.
ADUN Bakar Bata, Datuk Ahmad Bashah Mad Hanipah berkata, Kerajaan Negeri takut untuk memberitahu perkara sebenar kerana bimbang sokongan rakyat akan beralih kepada BN apabila helah mereka diketahui umum.
Beliau berkata, Kerajaan Negeri sebenarnya gagal menunaikan janji seperti yang dilaung-laung dalam manifesto pilihan raya umum lalu.
“Jika mereka berjaya melaksanakan semua janji dalam manifesto, saya yakin mereka akan hebahkan untuk pengetahuan orang ramai.
“Tetapi sekarang ini, nampaknya mereka lebih banyak berdalih dan cuba mengelak daripada menjawab apa yang kita timbulkan,” katanya.
ADUN Guar Chempedak, Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail berkata, rakyat ingin tahu kebenaran kata-kata Menteri Besar dan beberapa Exco yang mendakwa berjaya melaksanakan lebih 80 peratus daripada janji dalam manifesto.
“Saya pun ingin tahu sejauh mana janji manifesto Pakatan Rakyat berjaya dilaksanakan di Kedah. Macam mana mereka kira hingga boleh dapat kepada angka itu. Kalau tidak silap saya mereka ada sebut sehingga 80.7 peratus. Saya nak tahu juga macam mana mereka dapat kiraan itu.
“Kami pun memang tunggu nak dengar jawapan Menteri Besar. Tetapi mereka hanya bersandiwara dan tidak berani menjawab,” katanya.
ADUN Belantek, Mohd Tajudin Abdullah berkata, jika Kerajaan Negeri ikhlas untuk menjawab soalan mengenai janji manifesto dalam dewan, mereka tidak akan meletaknya pada nombor akhir berbanding soalan lain.
“Kalau mereka berani dan mahu jawab soalan itu, kenapa letak pada nombor 67 daripada 71 soalan lisan yang dikemukakan. Sepatutnya mereka letak soalan ini pada nombor satu agar lebih banyak masa dapat diperuntukkan untuk menjawab soalan ini.
“Disebabkan takut nak jawab, Kerajaan Negeri letak soalan itu di belakang kerana tahu ia tidak akan sempat dijawab. Di sini kita boleh lihat niat sebenar mereka,” katanya.
Mohd Tajudin mengemukakan soalan yang berbunyi “Setelah Kerajaan Pakatan Rakyat memerintah Kedah, berapakah janji pilihan raya ke-12 seperti dalam manifesto telah dilaksanakan. Mohon penjelasan”.
Soalan bertulis nombor 21 daripada Dr Ku Rahman berbunyi “Setelah menerajui Kerajaan Negeri selama lebih dari tiga tahun, berapa peratuskah janji-janji (manifesto) pilihan raya ke-12 telah dilaksanakan dan setakat mana slogan ‘Kedah Sejahtera’ nikmat untuk semua sudah dicapai?”
Jawapan yang diberi ialah “Jawapan akan diberikan kemudian”.
Aku rasa kalau nak jawab semua soalan UMNO nie mengenai manifesto satu hari satu malam pun tak cukup...
ReplyDeleteIsu penyelewengan wang Seri Temin kenapa pulak tak jadi berita utama wartawan SINAR....
UMNO nie memang akan mencari kaedah untuk mengenakan PR....
Kepada Kerajaan PR Kedah elok cetak dan edarkan saja hasil dah sampai mana pencapaian dalam manifesto tersebut...biar rakyat semua dapat tahu....jika kita jawab dalam dewanpun bila keluar dewan adakah sedara akan percaya kepada Adun2 UMNO ini akan mengaku contohnya 70% sudah, PR berjaya dalam manifestonya...
Jawapannya aku boleh kata 110% puak2 UMNO nie akan kata manifesto PR gagal,auta saja.
Apa hang merapu ni berok?? Hang pun sama 2x5 dengan bos2 hang yang suka serkap jarang. tak tau apa jangan dok pandai-pandai buat statement buta tuli. Cara politik hangpa orang Kedah dah tak boleh terima. Sebab tu hangpa kalah teruk pada 2008 dan akan kalah lebih teruk pada PRU nanti. Orang-orang Kedah la dah cerdik, bukan macam dulu. Politik macam hangpa orang dok dalam hutan ulu banat saja yang percaya cakap hangpa.
ReplyDeleteKALAU DULU KITA KATA KAT ORANG....LA KITA TOK SAH LA BUAT APA YANG KITA KATA TU.....TAPI KALAU SEDAP KATA KAT ORANG JA MAI TANG KITA 2X5 JUGA KIRA SERUPA JA LA....
ReplyDeleteJANGAN DOK INGAT YANG SOKONG ATAU PANGKAH PAS TU HANYA ORG PAS SAJA....KALAU TAKAT ORANG PAS SAJA PANGKAH TOBAT LAHUM LA TAK LEH PERINTAH LAGI KEDAH NI...TAPI YANG PANGKAH TU RAKYAT KEDAH TAK KIRA CINA, HINDU, MELAYU, UMNO LEMAH, ATAS PAGAR, UMNO PROTES DAN NGO.
PASAI APA DEPA TUKAR BAGI KAT PAS PULA TAK BAGI DAH KAT BN...TENTU LA ADA PASAI NO...TAPI KALAU DAH BAGI KAT PAS DOK BUAT KELAKU DENGAN PERANGAI SERUPA BN JUGA TUNGGU JA LA PRU NANTI......JANGAN LA DOK RALIT SYOK SENDIRI JA.....BANYAK SANGAT RUNGUTAN YANG DIDENGAR OLEH RAKYAT KEDAH NI....TERIMALAH HAKIKAT KALAU KITA SALAH MENGAKU DAN PERBAIKI KELEMAHAN JANGAN DOK GAH SYOK SENDIRI JA....WASALAM...