Sunday, June 12, 2011

Bila Orang UMNO Cakap Pasai Undang-undang .....

Oleh: Naruto

Bila Dato' Seri Jamil Khir mengulangi jerit-pekik orang-orang Pulau Pinang yang menentang hasrat MAIPP untuk buat pemilihan ala-ala pilihanraya dalam melantik ahli jawatankuasa kariah masjid di negeri Pulau Pinang, mereka merujuk kepada Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang)(Enakmen No 4) tahun 2004. Dengan lebih tepat, mereka merujuk kepada Seksyen 104(1) kepada Enakmen tersebut iaitu:

104. (1) Majlis boleh, dengan kelulusan Yang di-Pertuan Agong, membuat peraturan bagi—

(a) penubuhan Jawatankuasa Kariah bagi sesuatu kariah masjid;
(b) menetapkan cara bagaimana anggota Jawatankuasa Kariah itu hendak dilantik; dan
(c) menetapkan fungsi Jawatankuasa Kariah itu.

Sekali baca seksyen 104(1) ini memanglah orang akan beranggapan jika MAIPP hendak melaksanakan pilihanraya ini, Majlis perlu mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong. Tapi satu soalan yang perlu ditanya, sudah adakah peraturan bagaimana hendak melantik AJK kariah masjid-masjid di Pulau Pinang ini. Kalau tiada, maksudnya di Pulau Pinang ini tidak pernah ada peraturan bagaimana hendak melantik AJK kariah masjid. Kalau tidak pernah ada, apa masalahnya nak buat pilihanraya kat masjid. Bukannya perlu jemput SPR pun untuk melaksanakannya. Rasanya seksyen ini tak berapa releven buat masa sekarang.

Di negeri Selangor, acara pertama yang dibuat adalah pendaftaran anak kariah. Dalam hal ini, Imam kariah akan mengesahkan pendaftaran yang dibuat. Berbeza dengan pendaftaran untuk menjadi pengundi dengan SPR, pendaftaran anak kariah melibatkan hukum agama. Kalau nak tipupun silakanlah. Jawapan sebenar bukan dengan majlis agama tetapi di akhirat besok. Bila dah daftar, undilah siapa yang anda rasa layak. Bagi saya, terus terang saya cakap, saya pilih orang yang selalu meng'imarakan masjid.

Satu lagi, pemilihan ini biasanya dilakukan semasa mesyuarat agong tahunan masjid. Ada sesetengah masjid melaksanakan satu penggal untuk satu tahun. Ada setengah masjid, satu penggal adalah untuk 2 tahun. Bila dah habis mesyuarat agong tahunan, minit beserta senarai nama AJK akan dihantar ke majlis agama untuk pengesahan. Jarang ada wakil majlis agama dalam pemilihan ini kecuali terdapat pertelingkahanyang telah dimaklumkan kepada pihak majlis terlebih dahulu. Bila Pulau Pinang dah serasi dengan sistem ini, buatlah peraturan mengenainya. Masa tu, barulah betul kalau nak kata peraturan tersebut memerlukan perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Seperti yang kita sedia maklum, kecuali negeri Selangor, belum ada negeri-negeri yang melaksanakan pemilihan AJK kariah melalui kaedah pengundian. Kaedah yang biasa kita dengar adalah melalui lantikan yang dibuat oleh majlis agama atas sokongan YB-YB terbabit. Secara logiknya, adakah kaedah ini memerlukan satu peraturan undang-undang ataupun by-laws.

Kalau ini adalah budayanya, apa benda yang dipersoalkan oleh Jamil Khir? Takkan beliau tak tahu perkara yang berada di bawah bidangkuasa beliau?? Macam mana Islam nak maju kalau menteri yang bertanggungjawab tak tahu apa benda yang dia cakap???

1 comment:

  1. Sepatutnya UMNO yang seronok dengan cara baru ni,pasai depa kata orang Melayu(Islam) majoriti sokong depa.
    Sesuatu yang baik eloklah diikut.UMNO ni tak pernah dengar orang baca kitab kot atau tak pernah dengar ada pepatah"menuntut lah ilmu walaupun sampai ke negeri Cina".
    Atau depa takut apa yang depa sembunyi selama ni terbongkar macam depa menentang BERSIH dan apabila dtanya apa itu BERSIH,depa hanya terlopong tapi nak jawap juga "BERSIH tu orang nak buat kacau".Apa isi tuntutan BERSIH depa tak tau pun.Yang buat komen ni pula kalau orang umno aku tak heran,tapi bila ada title Dr atau Prof pun ulasan macam ni,kangkonglah jawapannya.
    Dah tulis pasai BERSIH(aku minta izin pada KL),eloklah pasang maklumat(banner ka,poster ka)banyak banyak dan senaraikan apa dia tuntutan BERSIH supaya sekurang kurangnya yang ngok tak jadi ngok sangat.

    ReplyDelete