Hari-hari terakhir UMNO…
Oleh: Mat Kering Bakaq Bata
Semalam MKK meluangkan masa untuk dengaq ceramah sempena perasmian Markaz PAS Cawangan Kampung Berjaya. MK ucap tahniah pada cawangan tu, walau setahun jagung dah ada markaz sendiri tak macam Mat Bashah, dah 65 tahun UMNO wujud kat muka bumi ni pejabat pun menumpang macam pelarian Myanmar. Tu pun jangan, nak rampas Kedah dari PAS.
Tiga penceramah berpidato di majlis perasmian yang ada permit polis tu iaitu YB. Firdaus Jaafar MP Jerai, YB. Dr Ismail Salleh Exco Negeri Kedah dan Haji Zulkifli Yahya, Timbalan YDP PAS Alor Setar.
MK tertarik dengan isi ceramah Haji Zul sebab sentuh isu UMNO Bahagian Alor Setar. Katanya orang kita (maksudnya orang PAS) dah ada dalam UMNO Alor Setar. Setiap program dalaman UMNO laporan sampai dekat PAS. Begitu jugak kata Haji Zul dalam Keda pun berlambak orang kita, sampai boleh hadir dalam semua program dalaman depa.
Kalau Mat Kering dok tempat Mat Bashah pun pening jugak, licik permainan PAS sampai dalam sarang depa pun PAS dah boleh masuk.
Pagi tadi, MK menyerok (sarapan) di gerai makan dekat Insaniah, kebetulan beberapa aktivis UMNO Taman Wira dah bertandang kat situ ajak aku joint.. pucuk dicita ulam mendatang, aku terus tarik kerusi tumpang sekaki. “Kami dok tengah bincang UMNO pecah 18 ni, elok hang main joint,” kata salah sorang dari depa. Pakat gelak reyuh rendah. Dok ingat dalam hati, ni taraf aktivis dah tak dak jati diri UMNO.
Lepas tu macam biasa, tanpa segan silu, walaupun depa tahu MK ni PAS, macam-macam depa cerita pasal perpecahan UMNO di Sungai Petani dan Padang Serai. Muncul istilah 'pungkok' 'betina jalang' 'kaki Danok'... macam-macam loya MK nak dengaq. Cuma UMNO bahagian Alor Setar depa tak bincang, mungkin dah lepas tajuk tu waktu MK mai tadi.
MK pun mula nak jolok, “Betoi ka Mat Bashah dok penin, ada UMNO yang dok pegang jawatan dalam UMNO cawangan pun adalah penyokong PAS?”
“Awat tak betoi, kami laa..” kata salah sorang aktivis UMNO tu. Hak lain pakat gelak berdekah-dekah, MK pun tumpang gelak sama.
Betoi ke main-main ayat yang diucapkan oleh rakan UMNO tu tak penting bagi MK, tapi yang penting nak habag kat semua, aktivis UMNO pun dah hilang jati diri. Kalau masih sayang kat UMNO depa tak sembang macam tu secara terbuka depan orang PAS macam MK.
Maka dapatlah MK bayangkan ‘hari-hari terakhir’ sedang menghimpit UMNO sekarang.
Semalam MKK meluangkan masa untuk dengaq ceramah sempena perasmian Markaz PAS Cawangan Kampung Berjaya. MK ucap tahniah pada cawangan tu, walau setahun jagung dah ada markaz sendiri tak macam Mat Bashah, dah 65 tahun UMNO wujud kat muka bumi ni pejabat pun menumpang macam pelarian Myanmar. Tu pun jangan, nak rampas Kedah dari PAS.Tiga penceramah berpidato di majlis perasmian yang ada permit polis tu iaitu YB. Firdaus Jaafar MP Jerai, YB. Dr Ismail Salleh Exco Negeri Kedah dan Haji Zulkifli Yahya, Timbalan YDP PAS Alor Setar.
MK tertarik dengan isi ceramah Haji Zul sebab sentuh isu UMNO Bahagian Alor Setar. Katanya orang kita (maksudnya orang PAS) dah ada dalam UMNO Alor Setar. Setiap program dalaman UMNO laporan sampai dekat PAS. Begitu jugak kata Haji Zul dalam Keda pun berlambak orang kita, sampai boleh hadir dalam semua program dalaman depa.
Kalau Mat Kering dok tempat Mat Bashah pun pening jugak, licik permainan PAS sampai dalam sarang depa pun PAS dah boleh masuk.
Pagi tadi, MK menyerok (sarapan) di gerai makan dekat Insaniah, kebetulan beberapa aktivis UMNO Taman Wira dah bertandang kat situ ajak aku joint.. pucuk dicita ulam mendatang, aku terus tarik kerusi tumpang sekaki. “Kami dok tengah bincang UMNO pecah 18 ni, elok hang main joint,” kata salah sorang dari depa. Pakat gelak reyuh rendah. Dok ingat dalam hati, ni taraf aktivis dah tak dak jati diri UMNO.
Lepas tu macam biasa, tanpa segan silu, walaupun depa tahu MK ni PAS, macam-macam depa cerita pasal perpecahan UMNO di Sungai Petani dan Padang Serai. Muncul istilah 'pungkok' 'betina jalang' 'kaki Danok'... macam-macam loya MK nak dengaq. Cuma UMNO bahagian Alor Setar depa tak bincang, mungkin dah lepas tajuk tu waktu MK mai tadi.
MK pun mula nak jolok, “Betoi ka Mat Bashah dok penin, ada UMNO yang dok pegang jawatan dalam UMNO cawangan pun adalah penyokong PAS?”
“Awat tak betoi, kami laa..” kata salah sorang aktivis UMNO tu. Hak lain pakat gelak berdekah-dekah, MK pun tumpang gelak sama.
Betoi ke main-main ayat yang diucapkan oleh rakan UMNO tu tak penting bagi MK, tapi yang penting nak habag kat semua, aktivis UMNO pun dah hilang jati diri. Kalau masih sayang kat UMNO depa tak sembang macam tu secara terbuka depan orang PAS macam MK.
Maka dapatlah MK bayangkan ‘hari-hari terakhir’ sedang menghimpit UMNO sekarang.
No comments:
Post a Comment