Wednesday, June 15, 2011

Harga Minyak Ron 97 : Alhamdulillah..Naik Berkupang hari nie turun Sekupang..

RON97 turun 10 sen, kali pertama sejak harganya diapung
Harga RON97 turun 10 sen seliter. — Gambar fail
KUALA LUMPUR, 15 Jun — Harga petrol RON97 yang mengalami kenaikan berperingkat sejak diapungkan tahun lalu akan turun 10 sen buat julung kali, berkuat kuasa tengah malam ini.

Dengan itu, RON97 akan dijual RM2.80 seliter.

Sejak awal tahun ini ia telah mengalami empat kenaikan untuk mencecah harga semasa RM2.90 seliter.

“Ya, RON97 akan turun 10 sen seliter mulai tengah malam, ini kali pertama ia turun sejak kerajaan memperkenalkan polisi pelarasan subsidi tahun lalu,” kata sumber industri ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Satu lagi sumber berkata keputusan mengenainya dimaklumkan kepada pengedar petang ini.

Pada Julai lalu, kerajaan mengumumkan pelarasan subsidi petrol, diesel, gas petroleum cecair (LPG) dan gula mengikut harga pasaran dunia.

Ketika itu kerajaan memutuskan harga petrol RON95 dan diesel diselaraskan lima sen kepada harga baru iaitu masing-masing RM1.85 seliter dan RM1.75 seliter.

Harga LPG pula diselaraskan 10 sen menjadi RM1.85 sekilogram dan petrol RON97 diapung terkawal memandangkan ia hanya membabitkan 13 peratus penggunaan bahan api di Malaysia.

Kerajaan menetapkan harga RON97 pada paras RM2.10 seliter dan mengalami kenaikan sehingga RM2.90 termasuk dua kali tahun lalu dan empat kali tahun ini.

1 comment:

  1. GUNA YANG INI.TQ>

    Tu la pasai ...

    kalau naik kita marah ...
    kalau turun pun , kita tak pueh hati ...
    elok kalau terus naik aja ...
    baru padan dengan muka kita, yang tak reti nak bersyukur pada nikmat!

    sekupang pun nikmat jugak, tapi kepada yang pakai RON97 aja la ...

    kepada orang yang tak pakai, tak payah cakap banyak yerr ...

    Apapun, RON95 maseh kekal dengan harganya. JUGA MASEH ELOK UNTUK KITA SAMA-SAMA BERSYUKUR dan berterima kasih kepada Kerajaan Malaysia atas subsidi yang diberikan.


    AloQStaQBlog

    ReplyDelete