Wednesday, June 22, 2011

MBAS Guna Penutup Longkang Plastik

ALOR SETAR – Pelbagai langkah dilakukan oleh pihak berkuasa tempatan untuk menangani kes kecurian membabitkan harta awam di negeri ini

Terbaru, Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) akan menggunakan gentian plastik sebagai penutup longkang bagi menggantikan penutup longkang besi yang sering kali dicuri.

Datuk Bandar, Datuk Khazali Din berkata, tindakan itu dilakukan bagi mengelakkan kes kecurian penutup longkang besi yang didapati semakin berleluasa sejak kebelakangan ini.

“Kita telah tempat penutup gentian plastik itu dan menunggu kontraktor menghantar barangan itu,” katanya di sini hari ini.

Mengulas lanjut Khazali berkata, usaha itu akan dilakukan secara berperingkat dan berharap tindakan itu akan dapat mengatasi masalah kecurian yang timbul.

Jelasnya, pihaknya percaya gentian itu tidak akan dicuri kerana ia tidak bernilai jika mahu dijual semula moleh pihak tidak bertanggungjawab.

Dalam pada itu, kata beliau, penutup longkang gentian plastik tersebut adalah dari jenis yang berkualiti meskipun ia sejenis plastik.

Tambahnya, hampir 70 peratus penutup longkang besi dilaporkan hilang di kawasan MBAS mengakibatkan kerugian kira-kira RM30,000 pada tahun lalu.

No comments:

Post a Comment