Kalau di negara lain misalnya Singapura dan Amerika, sekatan macam ni jarang kedengaran atau mungkin tidak ada sama sekali. Tapi yang biasa kita dengar adalah kalau seseorang tu terlibat dalam aktiviti menyebar/muat turun fail/software cetak rompak, ip yang mereka gunakan akan dikesan oleh pihak berkuasa dan polis atau FBI sendiri akan memberkas individu yang terlibat dengan kegiatan cetak rompak tadi.
Kenapa modus operandi yang sama tidak dilakukan di Malaysia? Tujuan dilakukan tetap sama, iaitu untuk membanteras aktiviti cetak rompak (sebab yang diberikan untuk menyekat internet). Adakah pihak berkuasa kita malas untuk mengesan dan mencekup mereka yang bersalah?Percayalah cakap aku, bila satu dua kes kena cekup dan penjara akibat kesalahan muat turun/memiliki benda cetak rompak ni, aku pasti aktiviti sebegini akan berkurang. Menyekat internet bukanlah jawapan kepada masalah ini kerana ini hanya akan mendatangkan kemarahan rakyat dan menggalakkan mereka menjadi lebih kreatif.
Jadi adalah serangan ini releven? Mungkin ya. Sekurang-kurangnya memberi kesedaran kepada kerajaan Malaysia bahawa apa yang mereka lakukan ni agak melampau. Juga, ianya adalah latihan kepada cybertroopers (bukan cybertrooper UMNO/PKR) Malaysia sendiri untuk melindungi portal kerajaan kita.Cuma aku berharap janganlah dijadikan agenda oleh mana-mana syarikat yang ada talian dengan kerajaan untuk mencadangkan kontrak berjuta-juta ringgit untuk ‘menaiktaraf’ sekuriti portal kerajaan Malaysia pulak. Cukuplah dengan projek-projek bodoh yang telah diumumkan sebelum ini.
Video yang diorang buat ni agak style. Betul tak? Apa-apa pun, tak sabar nak tengok hasilnya. hehe..http://ariffshah.com
No comments:
Post a Comment