Wednesday, June 1, 2011

Tu dia depa dok kata ALOQ SETAQ dah jadi BANDARRAYA KAROK..


PAPARAN EKSLUSIF !!! ...

Hari ini , seperti yang AloQStaQBlog janjikan sejak dua hari lepas ... AloQStaQBlog dengan bangganya melaporkan satu laporan EKSLUSIF - Pembohongan Janji PAS Negeri Kedah Dalam Memperjuangkan Islam di Negara Malaysia amnya dan Negeri Kedah Darul Aman khasnya.

INILAH PENDEDAHAN KALI KELIMA ALOQSTAQBLOG MENGENAI KEWUJUDAN BARU PUSAT HIBURAN KARAOKE (
YANG KINI TELAH HAMPIR MENCECAH SEPULUH BUAH !) HANYA DI BANDARAYA ALOR SETAR SAHAJA SEJAK PAS MEMERINTAH KEDAH. (Kewujudan hampir 10 Pusat Hiburan BARU ini belum lagi dicampur dengan daerah-daerah lain di negeri ini)

Kewujudan terlalu banyak Pusat Hiburan Karaoke (anak muda sekarang sebut sebagai PUSAT KAROK) di Bandaraya Alor Setar kelihatan "tumbuh melata begitu segar" satu persatu semenjak Negeri Darul Aman ini diperintah oleh Kerajaan PAS pasca Pilihanraya Umum Ke-12.

AloQStaQBlog tertanya-tanya juga, APA DAH JADI DENGAN JANJI-JANJI ISLAMIK
PAS dahulu bahawa seandainya mereka diberi mandat oleh rakyat Kedah untuk memerintah , PAS akan pasti "Mencegah segala jenis Elemen serta Punca berlakunya Maksiat di bumi Kedah" !!?

Cuba kita lihat dahulu statistik populasi penduduk Bandaraya Alor Setar kini yang masih sekitar 300,000 orang penduduk sahaja (bacaan satistik ini) adalah sehingga tahun 2010 :



Bandar Populasi 1980 Populasi 1991 Populasi 2000 Populasi 2009 Populasi 2010



Alor Setar,Kedah 69,435 165,113 186,524 223,199 300,000

Data ini AloQStaQBlog petik daripada Wikipedia.

Dirasai begitu cepat perkembangan yang tidak sihat ini berlaku dan ianya pasti akan memberikan impak negatif terhadap kehidupan sosial penduduk Bandaraya Alor Setar yang tidaklah seramai mana berbanding kepadatan penduduk di bandar-bandar besar lain, khususnya masyarakat Melayu yang beragama Islam (majoriti) dan termasuk juga terhadap kaum yang Bukan Islam secara amnya.

Kenapa Kerajaan PAS Negeri Kedah nampaknya langsung tidak bersungguh-sungguh mentadbir secara Islamik (walaupun tidak perlu secara drastik) sebagaimana mereka telah janjikan di pentas-pentas ceramah PAS selama ini, untuk cuba menyekat atau mengarahkan PBT bertanggungjawab yang mentadbir Bandaraya Alor Setar ini daripada terus meluluskan permit-permit serta lesen perniagaan baru bagi sumber hiburan remaja seperti ini ??
[Selanjutnya]

ADMIN : Tu dia depa dok kata ALOQ SETAQ jadi bandar HIBURAN KAROK... takan terlepas pandang kot..cuba tengok balik apa cerita nie...!!!

1 comment:

  1. tak rasa menda pon apa yg aloqsetaq heboh tu..mokata kita ni jenis tak gila menyalak karok..tak der nya pegi tempat camtu...

    aloqsetaq sembang merata tempat dia pi cari..tapi dia tertinggai 1 pusat karok dekat taman sultan badlishah,sebelah superstore..ado pusat karok berkurun lama dah..memang ramai bebudak melayu dok pi karok..
    benda ni rasanya patut di serahkan dekat pejabat agama..penguatkuasaan yg lemah..sepatutnya depa rajin pi serbu..budak2 melayu kita dok pi buat maksiat kat situ sapa pon xnampak..

    ReplyDelete