Oleh: Saiburi Sudin
Keratan berita di atas tidaklah besar sangat akan nilai beritanya, kerana parti politik memang sewajarnya turun padang jumpa rakyat. Tapi SS sengaja paparkan berita itu di sini untuk menunjukkan itulah realiti sebuah parti politik yang bernama UMNO yang menjadi pembangkang di Kedah.
Sebaik menyedari bahawa mereka adalah pembangkang pada Mac 2008, maka tiadalah kerja utama bagi UMNO melainkan siang malam pagi petang dok cari akan kesalahan PAS dari sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besar (malangnya yang besar tak jumpa pun) perkara. Siang malam juga media-media maya mereka mengutuk dan memaki hamun PAS seolah-olah Allah menjadikan PAS di mukabumi ini untuk dimaki oleh UMNO. Atas nasihat dari penasihat berbayar mereka iaitu Yahudi APCO, pelbagai fitnah dihamburkan kepada PAS. Sehinggakan pernah suatu ketika negeri Kedah dilanda banjir besar, MB, para Exco, ADUN PR serta seluruh jentera kerajaan negeri turun padang dengan bajet tunai lebih RM2 juta membantu mangsa banjir, siang malam MB turun 'randok' air banjir tiba-tiba lepas seminggu Menteri BN turun, kaki pun tak basah maki hamun kerajaan negeri tuduh kerajaan negeri lembab, tak buat apa-apa.
Sewaktu PAS bertungkuslumus menjaga kebajikan rakyat dalam segenap perkara, BN lupa bahawa bukan kerajaan PAS atau PR saja yang memerintah Kedah tetapi juga Kedah yang terletak di dalam Malaysia jugak ditadbir oleh Kerajaan BN Pusat. Kerana kealpaan itu semua perkara dibebankan kepada kerajaan negeri semata-mata sedangkan mereka mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai kerajaan Pusat.
BN lupa tanggungjawab untuk rakyat. Dalam tidur dalam jaga, sambil duduk sambil berdiri dan sambil mencangkung mereka hanya memikirkan untuk mencari kesalahan kerajaan negeri. Itulah kerja mereka selama tiga tahun. Maklumlah pembangkang...
Bila masuk tahun keempat, setelah menyedari bahawa PRU akan tiba bila-bila masa saja.. barulah mereka terjaga dari mimpi. Barulah dengan muka tak malu terhegeh-hegeh turun nak jumpa rakyat, atur program itu dan ini.. sedangkan PAS dan PR jatuh bangun, tidur baring semua bersama rakyat, bersama secara zahir hingga ke denyut nadi rakyat.
Sama-samalah rakyat menilai.. siapa yang ikhlas dan siapa yang hipokrit dalam menjaga kesejahteraan rakyat.[kedahLa]
No comments:
Post a Comment