Tuesday, August 2, 2011

9 Perkara yang buat UMNO/BN Kedah kancing gigi sampai lanie..!!

TAHUKAH ANDA DENGAN 9 PERKARA INI?

1. Kerajaan negeri berjaya meningkatkan hasil kutipan premium balak sebanyak RM53 juta pada tahun 2010 sehingga mendapat pujian dalam Laporan Ketua Audit Negara (2009)

2. Buat pertama kali dalam sejarah negeri Kedah, ekoran perancangan startegik yang dilaksanakan, Defisit Belanjawan 2010 sebanyak RM16 juta telah berjaya diatasi.

3. Bagi yang belum mengetahui, Menteri Besar dan Exco telah membuat pemotongan gaji dan elaun secara bulanan ke Tabung Tunku Mahmud. Pengurangan elaun mesyuarat juga dilakukan bagi MB dan Exco yang menjadi anggota Lembaga Pengarah anak-anak syarikat Kerajaan Negeri (GLC).

4. GLC pula buat pertama kali dalam sejarah negeri Kedah telah berjaya menyumbangkan semula sejumlah RM30 juta kepada kerajaan negeri.

5. Kerajaan negeri 'rela' kerugian kira-kira RM50 juta setahun semata-mata tidak mahu mebebankan rakyat apabila mengurangkan kadar cukai tanah 25% sehingga 75% sebaik megambil-alih pemerintahan.

6. Untuk rekod, elaun perbelanjaan dan tuntutan sebelum ini (sebelum Pakatan Rakyat memerintah) mencecah sehingga RM 7 juta setahun berbanding kini tidak sampai RM 2 juta setahun.

7. Melibatkan Sekolah Agama Rakyat yang tidak dibantu kerajaan pusat, kerajaan negeri sering menyumbang dana sejak 2008 kepada sekolah terbabit secara tahunan malah melalui Tabung Tunku Mahmud, hasrat membantu pendidikan agama dan kemiskinan di Kedah dapat direalisasikan.

8. Kelas-kelas pengajian Agama serta Kuliah juga telah dilaksanakan di kebanyakan tempat termasuklah di kediaman Rasmi MB di Seri Mentaloon pada setiap Sabtu, Bangunan Menara Zakat dan pusat-pusat pengajian tradisional (pondok) yang mendapat sambutan ribuan peserta.

9. Kerajaan negeri tidak pernah mengabaikan kepentingan kaum lain khususnya melibatkan perayaan agama dan aktiviti budaya masyarakat berbilang kaum. Untuk itu telah diperuntukan RM1.5 juta kepada masyarakat Cina, India dan Siam bagi aktiviti yang berkaitan. Selain itu, sejumlah RM180,000 telah diberikan kepada 3 buah Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (C) Persendirian manakala RM200,000 untuk lebih 20 sekolah cina yang menghadapi masalah bil tertunggak kerana tidak dibantu Kementerian Pelajaran.

No comments:

Post a Comment