Wednesday, August 3, 2011

Hasil PAS Perintah 3 Tahun - banyak Rakyat Jadi Miskin....!!

Tak mampu sekolahkan anak

TIKAM BATU – Walaupun hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi tempoh pembelajaran bagi sesi persekolahan Tahun Satu 2012 akan bermula, sepasang suami isteri masih tidak mampu menguruskan anak ke sekolah disebabkan kesempitan wang.

Sharimah Sabu, 35, dari Kampung Hutan Gelam, Tikam Batu berkata, suaminya, Yusof Siong Abdullah seorang mualaf hanya bekerja di kilang tepung dan memperoleh pendapatan sebanyak RM650.

Menurutnya, anak sulungnya, Mashitah masih belum mampu disekolahkan walaupun sudah menjangkau umur enam tahun dan sepatutnya dihantar ke tabika atau pra-sekolah sebelum ke sekolah rendah beberapa bulan lagi.

“Suami hanya kerja kilang dan membuat kerja sampingan seperti mengedarkan iklan pada setiap rumah, selain saya juga mengambil upah menyiapkan hiasan pada tudung saji.

“Tetapi wang yang diterima masih belum cukup kerana kami perlu membayar sewa rumah sebanyak RM200 selain bil api dan air serta keperluan harian,” katanya ketika kunjungan Sinar Harian ke rumah mereka.

Menurutnya, selain Marshitah, dia juga mengharapkan dua lagi anaknya iaitu Mohd Faris Irfan, 4, dan Mimi Marsha, 2, juga mendapat peluang untuk belajar, namun masih kesempitan wang.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan Kampung Hutan Gelam, Yusof Ahmad berkata, walaupun sering melihat Yusuf Siong berjalan kaki setiap kali masuk kampung, tetapi dia tidak mengenalinya.

“Namun, ketika diberi salam semasa sedang kait rambutan suatu hari, baru saya tahu dia beragama Islam,” katanya.

Yusof berkata, setelah mengetahui keadaan mualaf itu dan kesusahan ditanggung lima beranak berkenaan, beliau tekad membawa perkara itu ke pengetahuan umum.

Pengerusi Persatuan Kebajikan dan Sosial Kuala Muda, Makbul Ilahi Hashim berkata, pihaknya akan memanjangkan perkara itu ke pengetahuan Jabatan Kebajikan Masyarakat atau Pejabat Zakat untuk permohonan bantuan.

“Insya-Allah saya akan cuba bantu membuat permohonan sekiranya layak bagi meringankan beban mualaf yang terpaksa mengharungi hidup membesarkan anak serta isterinya seorang diri,” katanya.

No comments:

Post a Comment