SHAH ALAM - Masalah jahil dan miskin dikenal pasti antara punca ada orang Islam di negara ini yang murtad.
Ketua Pemuda Pas, Nasruddin Hassan berkata, angka disebut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom di Parlimen bahawa dalam tempoh 10 tahun sejak 2000, seramai 863 individu me-ngisytiharkan diri murtad tidak boleh dipandang remeh.
“Itu secara rasmi, yang tidak rasmi kita tak tahu. Jadi ini masalah berat,” katanya.
Menurutnya, murtad bukan isu baru di negara ini.
“Pada 1988, Presiden Pas sekarang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pernah bangkitkan isu ini di Dewan Rakyat tetapi ditolak. Pada 1999, juga ditolak. Pada 2006, Salahuddin Ayub (Naib Presiden Pas sekarang) pernah cadangkan isu murtad dibincang, tidak berjaya juga,” katanya.
Nasruddin berkata, sehingga kini, pihaknya tidak pasti mengapa kesemua usul dibawa Pas ditolak.
“Bagi kami, ia sangat penting kerana kita tak boleh biar orang tinggalkan Islam. Ia perlu disekat,” katanya.
Menurutnya, isu murtad bukan berlaku di Malaysia sahaja tetapi menjadi kebimba-ngan sepanjang masa di selu-ruh dunia.
http://www.sinarharian.com.my/sh/com/content/story9434323.asp

Sejak akhir-akhir ini kita telah melihat kebobrokan pentadbiran di PPinang, Selangor, Kedah dan juga Kelantan.(perhimpunan Bersih, gereja-murtad, bacaan Al-Quraan-Azan dan sebagainya)
ReplyDeleteKebobrokan semakin tenat dengan sikap PAS yang hanya pentingkan undi dan pilihanraya(SPR?) tanpa mempertahankan akidah dan syiar Islam. Keadaan ini barangkalinya tidak akan terjadi sekiranya PAS tidak bersekongkol dengan DAP yang sememangnya anti-Islam....
Kembalilah PAS kepada perjuangan asal sebuah negara Islam bukannya negara kebajikan seperti yang direncanakan dan disukai oleh DAP....!
Jika PAS melihat UMNO jahil mentadbir negara...buktikanlah PAS adalah terbaik untuk seluruh rakyat di bumi Malaysia ini...bukannya sekadar berceramah dan bertazkirah sahaja!
Sesuatu yang manis dalam perjuangan adalah mengakui kesilapan sendiri dan tidak menyalahkan pihak lain.