Monday, August 1, 2011

PERLIS ikut KEDAH..mana dia tak ada sapa bangkang pun..terutama blogger UMNO..??

Pusat hiburan diarah tutup

KANGAR - Semua pusat hiburan terutama pusat karaoke dan pusat snuker yang dikendalikan pengusaha Melayu diarah tutup sepanjang Ramadan ini.

Bagaimanapun, bagi pengusaha bukan Islam, mereka dibenarkan berurus niaga seperti biasa tetapi, mereka perlu memastikan pelanggan Melayu tidak dibenarkan melanggan di premis hiburan mereka sepanjang bulan itu.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar (MPK), Rosley Mat berkata, arahan itu sudah dikeluarkan kepada hampir 300 peniaga pusat hiburan di negeri ini dan mereka bersetuju untuk mematuhinya.

Menurutnya, tanda larangan ‘Orang Islam Di Larang Masuk’ perlu ditampal di setiap pintu premis perniagaan sepanjang operasi perniagaan berlangsung bagi memastikan pelanggan Melayu dan Islam maklum akan perkara itu. Namun, sekiranya peniaga gagal berbuat demikian, lesen perniagaan mereka ditarik balik MPK.

“Kita akan membuat pemantauan dari semasa ke semasa sepanjang Ramadan ini bagi memastikan semua orang khususnya yang beragama Islam menghormati Ramadan. Tambahan pula, Ramadan adalah bulan yang menggalakkan semua orang memperbanyakkan amal,” katanya.

Dalam perkembangan sama Rosley berkata, pada tahun ini, sebanyak tujuh lokasi bazar Ramadan kendalian MPK akan dibuka dengan jumlah lot kedai sehingga 800 lot.

Kesemua lokasi iaitu di Stadium Utama Kangar, Arau, Taman Kemajuan, Pauh, Padang Besar, Kuala Perlis dan Simpang Empat itu akan dilengkapi dengan kemudahan seperti tempat solat dan tandas bergerak.

“Selain MPK, kita turut menerima permohonan daripada pihak swasta untuk menubuhkan bazar Ramadan.

“Sehingga kini, jumlah yang dipohon adalah 200 lot iaitu di Mata Ayer sebanyak 35 lot, Tapak Peladang B1 Mada Kayang, 40 lot, Pekan Seriab, 70 lot, Jalan Behor, 20 lot, Masjid Al-Ariffin Padang Katong, 28 lot dan Pasar Baru Sena, 20 lot.

“Jumlah kadar sewa yang dikenakan hanya antara RM120 hingga RM160 sahaja bergantung kepada jenis perniagaan yang dijalankan,” katanya.

No comments:

Post a Comment