Ketua Pemuda Pas Alor Setar, Mohd Azam Awang berkata, apa yang dibangkitkan oleh Phahrolrazi adalah suatu andaian semata-mata, tanpa merujuk kepada fakta sebenar.
“Tuduhan beliau itu juga seolah merendahkan kewibawaan dua buah Dewan dan 15 kawasan dalam Pas Kedah yang mengemukakan usul dan menyokongnya, termasuk pendirian daripada beberapa Pas kawasan yang menilai krisis ini,” katanya.
Menurutnya, tuduhan yang dilemparkan terhadap Pemuda Pas Negeri Kedah konon diperalatkan pihak tertentu untuk merampas kedudukan beliau sebagai Timbalan Pesuruhjaya I adalah suatu kenyataan yang ego dan keterlaluan.
“Tidak ada sesiapa pun dalam kalangan pemimpin Pas Kedah kini mahu rebut jawatan beliau seperti didakwanya. Jangan anggap orang lain tak tahu apa yang sedang berlaku. Kami harap selepas beliau dikekalkan sebagai Timbalan Pesuruhjaya I, beliau perlu buktikan kenyataannya yang bersedia bekerjasama dengan Pesuruhjaya,” katanya.
Mohd Azam berkata, Phahrolrazi juga diminta supaya tidak lagi membuat spekulasi melalui media seolah-olah ahli dan pimpinan Pas lain tidak tahu situasi sebenar.
“Kami sentiasa mengharapkan kepimpinan bersatu dan saling membantu mengukuhkan parti, bukan sebaliknya. Mana-mana pemimpin atau pihak yang tidak dapat bekerjasama dengan Pesuruhjaya adalah dinasihatkan menarik diri secara terhormat,” katanya.
Menurutnya, Pemuda Pas Alor Setar menyokong penuh keputusan yang dibuat oleh Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berhubung usul yang dikemukakan oleh Pemuda Pas Negeri dalam mesyuarat perhubungan, Sabtu lalu.
“Kami juga menyokong tindakan Pemuda Pas Negeri yang bertegas dalam isu menyusun semula barisan Badan Perhubungan yang mantap untuk menghadapi PRU13 dan Muslimat Pas turut menyokong usul itu,” katanya.
Difahamkan hampir semua Pas kawasan turut menyokong usul berkenaan yang bertegas mahu melihat Pas Kedah bersatu-padu menghadapi PRU13.
Ketua Pemuda Pas Kedah, Ahmad Yahya ketika dihubungi, bagaimana pun enggan mengulas lanjut dan mengambil sikap berdiam diri, difahamkan bagi mengelak situasi menjadi lebih tegang.
Kelmarin, Phahrolrazi mendakwa ada pihak dalaman mahu beliau disingkirkan daripada jawatan Timbalan Pesuruhjaya I dengan menuduhnya sebagai khianati parti, dan menyifatkan pihak berkenaan mempunyai agenda tertentu apabila mengusulkan supaya beliau dan Timbalan Pesuruhjaya II, Dr Ismail Salleh dilucutkan jawatan.
Krisis ini mula berlarutan selepas kedua-dua pemimpin itu yang juga bekas Exco Kerajaan Negeri menolak untuk dilantik semula jawatan pada 28 Februari lalu.
Tuesday, March 20, 2012
Dakwaan Phahrolrazi tidak berasas
ALOR SETAR - Dakwaan wujud pihak ketiga mendesak jawatan Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah yang disandang Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi dilucutkan, adalah tidak berasas.
Labels:
Cawan Kopi,
Sinar Harian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Nampaknya pemerintahan PAS di Kedah tak sama mcm di Kelantan. Kemunkinan bakal merudum mcm Terengganu kalau dah MB pun kepala batu.
ReplyDeleteKdg2 tak faham jugak dengan pemimpin kuat ugama. Memanglah tak kaki betina, tak mkn rasuah tak itu tak ini tapi kalau dah boleh tambah cawangan tu tandanya memang bernafsu besar.
Tak payahlah dok megah duit balak berjuta2 tapi bagi rakyat miskin disekitar kedah ni tak habis2 merungut bil air mahal.
Dahlah tu, SADA pulak kejam, main potong bekalan tanpa belas kasihan ko ada anak kecik ke, rumah penghuni ramai ke, ada orang tua ke. janji semua kena bereskan segala tunggakan. Ini arahan.
Kelam kabutlah orang di paya nahu, di estet2, ditaman2 perumahan kelas bawah mana nak cari duit. Memanglah salah kalau dah tak bayar tapi kenalah budi bicara.
Nak buat camana mereka dah diberi muka oleh BN lama dah. Tak bayar bertahun pun air jalan. Tak payahlah dok jatuh air muka rakyat miskin bila sudah berada dalam SADA.Yang usuknya sapa...MBlah jugak!!
Nak cuba alih pandangan mereka untuk memilih PR namun mereka yang lebih tua pun ada jawapan.
' Buat apa depa pun dok bergaduh '
Sebelum UMNO kembali yak yei merampas harta balak himpunan MB lah sangat, apakata MB buatlah ehsan pada rakyat miskin Kedah yang tak dak pay slip...yang beranak dikedah, hidup di kedah, mati ja tak tau kat mana.
Bagilah jariah satu rumah seribu. Bukan saja dapat bayar tunggakan air bahkan dapat beralih arah memilih PR yang kononnya dok laungkan perjuangan untuk rakyat.