Thursday, March 1, 2012

MB: Bijih besi sumber pendapatan baru Kedah

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/430037_363580076997697_100000371225027_1195103_791427593_n.jpg

GURUN - Kerajaan Kedah melalui syarikat milik penuhnya, Permodalan Kedah Berhad (PKB), sedang giat meneroka hasil bumi secara usaha sama dengan syarikat swasta untuk dijadikan sumber pendapatannya yang baru.

Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, aktiviti terbaharu PKB ialah mengusahakan lombong bijih besi dengan Nacstone Mining Worlwide (M) Sdn Bhd, di tapak seluas 26.091 hektar berhampiran Gunung Jerai di sini, yang dijangka memberi hasil sebanyak RM10 juta setahun.

Bercakap kepada pemberita selepas lawatan kerja ke tapak lombong itu hari ini, Azizan berkata, kerajaan negeri menerima royati sebanyak lima peratus daripada nilai bijih besi yang dieksport, tidak termasuk keuntungan yang diperoleh PKB melalui usaha sama itu.

Menurutnya, tapak tersebut diangggarkan mengandungi lebih satu juta metrik tan bijih besi manakala satu tapak lagi seluas 42 hektar bersebelahannya, hanya menunggu kelulusan Jabatan Galian dan Geosains, untuk dilombong.

Dalam tempoh tiga bulan lombong itu beroperasi, sebanyak tiga kapal muatan bijih besi itu telah dieksport ke China, kata Azizan.

Beliau berkata, beberapa tapak lain juga telah dikenal pasti mengandungi bahan galian bernilai seperti kuartz di Bukit Kachi, Sintok, yang masih dalam proses kajian dan sudah ada pengusaha yang berminat melombongnya. - Bernama

3 comments:

  1. Baru dapat memerintah Kedah sepenggal sudah nampak hati perut orang PAS. Berebut harta, kuasa dan wanita. Dimana maruah orang Islam hampa? Selama ini semuanya hanya pura-pura. Jual nama agama ISLAM, menipu rakyat, tipu ALLAH, hampa semua nak jadi apa? Malulah sikit. Dah la tak pandai mentadbir negeri, kerja nak perabih harta rakyat saja. Pikiaglah sendiri!

    ReplyDelete
  2. Cara komen awak elok masuk dalam blog PAPAGOMO atau Parpukari ja..low class..tabur fitnah..

    ReplyDelete
  3. Apa lagi projek yang kerajaan Kedah nak buat. Dah dekat pilihanraya ni ada macam-macamlah pengumuman. Lepas itu senyap sunyi. Dulu masa di Pendang pun umum nak jual bijih besi juga tetapi senyap saja. Cakap nak sedapkan hati rakyat saja. Tetapi rakyat dah kenal siapa MB Kedah ni...Cakap macam lain tapi buat macam lain.

    ReplyDelete