Bendera BN dan Umno di Merbok, dibakar
18 Mac 2012SUNGAI PETANI - Pemuda Umno Bahagian Merbok hari ini membuat laporan polis berhubung 14 bendera Barisan Nasional (BN) dan enam bendera Umno di jalan masuk ke Taman Malinja, Merbok di sini dibakar dipercayai perbuatan penyokong parti pembangkang.
Kejadian itu dipercayai berlaku malam tadi.
Penyelaras Parlimen yang juga ketua Umno bahagian Merbok, Datuk Tajul Urus Mat Zain berkata Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian Merbok Anuar Ahmad membuat laporan itu di Balai Polis Merbok.
Beliau yakin perbuatan itu mungkin dilakukan penyokong parti pembangkang yang menghadiri ceramah politik di taman perumahan itu.
Katanya beliau kesal dengan kejadian membakar bendera itu yang disifatkan bukan cara atau etika masyarakat Malaysia yang mengamalkan demokrasi.
Menurutnya kejadian itu bukan yang pertama kali berlaku dalam Parlimen Merbok kerana banyak poster BN yang dipasang dikoyak pihak tertentu atau ditampal dengan poster pembangkang sebelum ini. - Bernama
Etikanya : bukan ke pemuda umno yg sebelum ni menyerang dan membuat kacau di ceramah2 pembangkang? jika mahu org hormat kita.. kita seharusnya hormat org juga... dan kes ini belum tentu pihak pembangkang yg buat.. mungkin juga pihak lain yg buat dgn tujuan untuk memburukkan imej pembangkang.. setelah imej pemuda umno begitu buruk di mata rakyat meliha mereka menyerang ceramah2 pakatan rakyat...
No comments:
Post a Comment