Friday, August 31, 2012

Anwar: Teruskan Jelajah, jangan gentar ancaman

Anwar: Teruskan Jelajah, jangan gentar ancaman
WAN ZAILANI ABDUL RAHMAN
1 September 2012
Anwar Ibrahim dan Dr Wan Azizah Wan Ismail
Anwar Ibrahim dan Dr Wan Azizah Wan Ismail menunjukkan kerosakan pada bas PKR yang diletakkan di pekarangn Pasar Siti Khadijah Kota Bharu.
 
Bas PKR
Cermin depan bas PKR pecah dan disimbah dengan cat merah. - Foto Sinar Harian
 
KOTA BHARU - Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihatkan semua yang terlibat dalam menguruskan siri Jelajah Merdeka Rakyat PKR agar tidak gentar dengan ancaman yang diterima termasuk insiden merosakkan bas digunakan mereka awal pagi tadi.

Ketua Umum PKR itu berkata, kejadian berbaur provokasi seperti menyimbah cat dan memecahkan cermin kenderaan sudah biasa dialami beliau dan parti itu.

Namun perkara itu tidak mendapat perhatian pihak berkuasa, kata beliau pada sidang media di sini, hari ini.

"Baiki dan teruskan perjalanan," kata beliau yang terdahulu menyampaikan ceramah di sekitar bandar Kota Bharu pagi ini.

Siri jelajahnya akan diteruskan ke Tanah Merah sebelum memasuki perjalanan ke Perak.

Walau Disabotaj Bas Merdeka Teruskan Perjalanan #kedahlanie

PETALING JAYA 1 SEPT: Walau diserang, Bas Merdeka Rakyat tetap meneruskan program gelajahnya, demikian tegas Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini.

Menurut Azmin serangan samseng ke atas bas Merdeka Rakyat berkenaan gagal mematahkan kemaraan jelajah tersebut.

Malah dalam sidang media sama, Pengarah Startegi PKR, Rafizi Ramli memberitahu bas tersebut telah mula bergerak menuju ke distinasi jelajah seterusnya, Grik.

Pagi tadi kira-kira jam 4.30 pagi Bas Merdeka Rakyat yang memulakan perjalanan di sebelah pantai timur dicemari dengan insiden buruk apabila ia diserang di Kota Bharu.


Memetik laporan portal rasmi PKR, keadilandaily.com akibat serangan itu cermin depan retak dan simbahan cat merah di bahagian depan Bas dua tingkat yang digunakan untuk program jelajah Merdeka Rakyat.

Kejadian berlaku ketika bas berkenaan diparkir di depan pasar besar Siti Khadijah, Kota Bharu.

Bas berkenaan sebelum ini dinaiki Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Kejadian ini berlaku kira-kira jam dua pagi selepas ceramah perdana Merdeka Rakyat di Padang Majlis Daerah Tanah Merah, malam tadi.

Ia disedari pemandu bas berkenaan, SP Raman, 39, yang kemudianya membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Daerah Polis Kota Bharu dan siasatan dikendalikan pegawai penyiasat, Inspektor Fazillah.

Setiausaha Pengelola PKR, Radin Shamsulkamar dipetik berkata kos membaik pulih bas berkenaan dianggar lebih RM10,000.

Sementara itu, pemandu bas SP Raman pula berkata, kejadian berlaku ketika beliau sedang tidur di tingkat atas bas.

“Saya dengar ada bunyi kaca pecah. Saya segera keluar bas dan nampak ada sebuah kereta Proton Wira dengan bunyi bising, laju meninggalkan tempat ini. Kemudian, saya nampak ada dua batu dan dua plastik cat berwarna merah di tepi bas,” katanya seperti dilapor Keadilandaily.

Dok Kalut Bab Bendera 'Sang Saka Merah' laa pulak...

Kantoi!!! Bendera Malaysia: Umno tiada modal, fitnah PR

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat akan tetap menggunakan bendera Malaysia sebagai bendera rasmi biarpun ada cubaan daripada sesetengah pihak yang melakukan provokasi mengibarkan bendera 'Sang Saka Merah' semasa himpunan Janji Demokrasi di Dataran Merdeka, malam tadi.

Anwar menjawab pertanyaan pengikutnya di Twitter yang curiga ia akan dijadikan isu oleh Umno-APCO dan Barisan Nasional untuk menempelak Pakatan Rakyat kununnya gabungan itu akan mengubah bendera rasmi negara ini, Jalur Gemilang dengan Sang Saka Merah. Menjawabnya di Twitter sebentar tadi, Anwar menegaskan:


@anwaribrahim PR tdk jdkan ini sebgai isu! @_Joe__7: harap DSAI dpt selesaikan isu bendera itu....jika tidak pasti Dlm PR sendiri akan wujud perpecahan disebabkan isu yg remeh ini

Dan satu lagi tweet dari Anwar juga menjelaskan:

@anwaribrahim PR -bendera Msia @razzanismail: apa pendapat DS tentang mereka yg kibarkan 'sang saka malaya' malam tadi?

Malam tadi, beberapa individu yang kelihatan semasa himpunan Janji Demokrasi dilihat mengibarkan bendera Sang Saka Merah yang didakwa bendera asal Tanah Melayu sebelum bendera itu digantikan dengan Jalur Gemilang semasa negara ini mencapai kemerdekaan pada 1957.

Ia mendapat reaksi pelbagai di laman sosial Twitter selain blog pro-Umno-APCO cuba menjadikannya sebagai modal untuk menghentam Pakatan Rakyat kunun sekiranya pakatan tersebut memerintah Malaysia nanti, bendera Jalur Gemilang akan digantikan dengan bendera asal.

Pendapat Anwar turut disokong ahli parlimen Sibu, Wong Ho Leng yang berkata ia hanyalah satu bentuk pembohongan mengalihkan cerita (spin) akibat kegagalan Umno-APCO menghalang himpunan Janji Demokrasi malam tadi yang dihadiri lebih 10 ribu orang tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.

@wongholeng ‎"@anwaribrahim: No such decision by PR.Why spin? @mukhlis_30: Pls advice me y after 55 years we must change our flag.."Lousy spin culture Tambah Wong lagi, tidak ada makna sambutan kemerdekaan dirayakan kerana pemimpin BN langsung tidak menjemput pemimpin Pakatan Rakyat menghadiri sambutan tersebut yang diadakan tahun ini di Sibu bagi peringkat Sarawak.

Jelas cubaan Umno-APCO menjadikan isu bendera sebagai modal untuk menempelak Pakatan Rakyat gagal lagi. -wargamarhaen






2hb Sept di Perkarangan Stadium Darulaman bersama DSAI

Hari Ini Dalam Sejarah.. Tiada Countdown MERDEKA di siaran TV pada malam MERDEKA...!!!

oleh Abang Ngah



Hari ini dala sejarah sambutan kemedekaan pada tahun ini tidak ada Program Diambang Merdeka di Dataran Merdeka seperti tahun-tahun yang lepas [contoh seperti video diatas].

Rakyat di biarkan sunyi sepi tanpa berita dan siaran langsung di RTM, TV3 serta siaran siaran TV Swasta yang lain untuk menanti dan membilang detik MALAUNGKAN MERDEKA tepat jam 12.00 malam pada 31 Ogos 2012...



TETAPI telah menjadi HARI INI DALAM SEJARAH NEGARA bahawa kewajipan perbuatan tersebut tak ada disiarkan di TV-TV dalam negara....sebab apa...rasanya anda sendiri tahu kerana... JANJI DEMOKRASI aka LAUTAN KUNING telah melanda...


MERDEKA MERDEKA MERDEKA......

55 tahun MERDEKA Malaysia berjaya menghasilkan 234,647 orang tak sah..!!!


Mana rakyat Johor yang dok maki NIZAR tuu tak rasa nak mintak maaf kwpada dia semula..???

Untuk Rakyat Johor yg terlalu Marah hingga turun berdemo,membuat laporan polis serta mengeluarkan kenyataan bahawa Mantan MB Perak Dato Sri Nizar tidak dibenarkan untuk menjejak kaki ke negeri Johor kerana menghina Sultan Kamu....Mungkin Allah nak tunjukkan kebenarannya......

Nah!!!!! Baru2 ini Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur hari ini memerintahkan Utusan Melayu (M) Bhd membayar gantirugi kepada bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin atas saman yang difailkan ke atas penerbit akhbar tersebut pada Julai lalu.


Mohammad Nizar mendakwa, Utusan pada 31 Mei menerbitkan menerbitkan pernyataan fitnah berhubung kenyataannya berhubung pembelian nombor plat kenderaan WWW 1 oleh Sultan Johor.Mohammad Nizar mendakwa pernyataan fitnah itu antara lain membawa maksud bahawa beliau adalah seorang penderhaka kepada sultan amnya, dan Sultan Johor khususnya, beliau adalah ahli politik yang anti-sultan dan seorang ahli politik yang cuba menghasut rakyat untuk membenci Sultan Johor.

Mengenai pampasan yang akan diterima Nizar pendaftar mahkamah Mazuliana Abdul Rashid memerintahkan Mohammad Nizar memfailkan taksiran bagi ganti rugi berkenaan untuk tuntutan daripada Utusan, katanya.

Adakah anda setuju dengan saya jika saya katakan Utusan sudah tidak layak untuk menjadi media informasi rakyat tapi layak menjadi media fitnah rakyat ?Adakah demo yang dianjurkan di Negeri Johor oleh sekutu2 UMNO BN UNTUK MEMBANTAH perhinaan terhadap Sultan mereka adalah mereka yang termakan dengan fitnah ini?Alangkah ruginya hasil dari fitnah ini penduduk difelda2 dan orang asal diangkut dengan bas kononnya membantah kebiadapan Nizar? Apa kata anda tentang isu ini? [Abusiraj Almuner]

Nampaknya lepas PRU13 MB Kedah boleh berehat dah kot..!!!

Oleh DepaKata.Co.cc

Depa dok kata Nampaknya jika macam nie selalu election pru13 nanti rasanya sudah tiba MB kita berehat dari memegang jawatan MB dan boleh menyerahkan batton kepada pengganti beliau pulak... bab pengganti tu rasanya kita tak perlu susah hati kerana ramai lagi pimpinan yang berkeliber untuk diketengahkan menjadi MB...berkenaan siapa tu rasanya kita serahkan kepada Pimpinan PAS Pusat kerana bab nie mereka lebih arif....
KUALA LUMPUR, 31 Ogos — Keadaan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak (gambar) stabil selepas dimasukkan ke Pusat Perubatan Kedah (KMC), Alor Setar semalam.

Menurut Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, beliau telah berbual dengan Azizan dan juga berbincang dengan doktor yang merawat menteri besar itu.


"Buat masa sekarang, beliau dinasihatkan doktor agar berehat di hospital untuk mempastikannya mendapat rehat yang cukup, makan ubat dengan teratur dan tidak memakan makanan yang tidak sesuai untuk kesihatan beliau.

"Doktor mendapati Ustaz Azizan keletihan akibat terlalu banyak menyertai pelbagai program sepanjang bulan puasa yang lalu.

"Doktor berpendapat beliau perlu berehat di hospital buat masa ini di bawah pengawasan doktor dan tidak membuat kerja yang terlalu berat tetapi boleh mempengerusi mesyuarat-mesyuarat penting," kata Mustafa dalam kenyataan media yang dihantar kepada The Malaysian Insider hari ini.

Mustafa berkata beliau diberitahu bahawa MB akan memanggil mesyuarat Exco dalam waktu yang terdekat dan atas nasihat doktor, mesyuarat tersebut akan diadakan di hospital.

Sehubungan dengan itu kata Mustafa, rakyat Kedah dan ahli-ahli PAS tidak perlu bimbang dengan hal ini.
Azizan merupakan menteri besar Kedah ke-10 dan ahli dewan undangan negeri (Adun) Sungai Limau.
Beliau mula memegang jawatan tersebut selepas gabungan parti Pakatan Rakyat (PR) memenangi 22 daripada 36 kerusi dewan undang negeri di Kedah pada pilihan raya umum 2008.

Kemeriahan dari Jalan Sultan ke Dataran Merdeka

 
KUALA LUMPUR 31 OGOS: Rakyat Malaysia berbilang kaum dan dari semua lapisan semalam memilih untuk menyambut ambang Hari Merdeka dengan caranya tersendiri – dengan berbaju kuning dan berarak dari Jalan Sultan hingga ke Dataran Merdeka.

Sekitar 3000 peserta berpakaian kuning dan hijau menyertai perarakan “Selamatkan Jalan Sultan” dengan meriah dan bersemangat sebelum bergabung dengan ribuan lagi peserta himpunan Janji Demokrasi yang siap menanti di sekitar kawasan Dataran Merdeka.

Himpunan tersebut berarak memenuhi sepanjang Jalan Sultan sambil melaungkan slogan-slogan ‘Merdeka’, ‘Bersih’ dan ‘Selamatkan Jalan Sultan’. Turut kelihatan bersama ialah Ahli Parlimen Bukit Bintang Fong Kui Lun, Pengerusi gabungan NGO Pertahankan Warisan Kita Haji Ishak Surin dan beberapa orang wakil NGO yang lain.

 Dataran Merdeka ‘dikuningkan’
Biarpun tiada bunga api dan konsert anjuran kerajaan, Dataran Merdeka tetap meriah walaupun tiada sebarang acara rasmi malam tadi seperti tahun-tahun yang lalu. Malah, rakyat yang berkunjung ke Dataran Merdeka disambut dengan papan tanda “Kawasan ini di tutup di tutup untuk semua aktiviti”.

Walau bagaimanapun, pagar penghadang, papan tanda, kawalan polis dan penguatkuasa DBKL tidak berjaya menghalang perkumpulan rakyat pelbagai kaum untuk duduk bersama meraikan malam ambang Hari Merdeka dengan laungan Merdeka! Demokrasi! dan Bersih!

Perhimpunan di Dataran Bangunan DBKL tersebut turut menyaksikn tokoh sasterawan Negara A.Samad Said mendeklamasikan sajak beliu berjudul “Janji Demokrasi”.


Malam amatlah indah walaupun kalbu masih terdera,
kita terpaksa menyambut senyum demokrasi yang lara.
Dataran Merdeka tak lagi dipupuk gah sejarahnya
kerana tak digalak ia untuk lebih bersejarah.
Kini di mana-mana sajalah Dataran Suara kita!
Angin sejarah yang tulen kini makin berhembus kencang
mencanda panji negara yang berkibar girang dan garang;
dan seragam gelombang kuning – diri kita yang sejati –
menghimpun azam dan tekad untuk tulus damai berbakti,
menjeritkan: Janji Demokrasi, ya, Janji Demokrasi!
Kita mulai dihindar untuk mengalir ke Dataran;
di mana sajalah kini kita rai kemerdekaan.
Kita enggan menjadi wira ciplakan di dalam mimpi.
Kita laungkan jerit senyaringnya: “Janji Demokrasi!”
sehinggalah janji itu turut menjeritnya sendiri!

Roketkini.com mengucapkan selamat menyambut

Hari Merdeka ke 55. “Sebangsa, Sejiwa, Senegara” – Roketkini.com


Kjaan Negeri Kedah anjur Karnival Gaya Hidup Pemadam 14-16 September

 Karnival Gaya Hidup Pemadam 14-16 September di Stadium Darul Aman

ALOR SETAR - Masalah keruntuhan moral dan penagihan dadah semakin menjadi-jadi di begara ini. Disebabkan itu, kerajaan negeri Kedah dengan kerjasama Persatuan Mencegah Dadah Malaysia mengambil inisiatif mengadakan Karnival Gaya Hidup Pemadam di Stadium Darul Aman.

Exco Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO), Sains & Inovasi, Teknologi Maklumat & Komunikasi, YB Dr Ismail Salleh berkata, bagi memberikan kesedaran kepada masyarakat Kedah mengenai masalah penagihan dadah yang sedang kini serius maka kerajaan negeri akan mengadakan program ini.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam sidang media berkenaan dengan Karnival Gaya Hidup Pemadam, di sini.


“Kita nak beritahu kepada masyarakat bagaimana cara nak mengatasi masalah yang serius ini.

“Dulu masalah penagihan dadah hanyalah melibatkan heroin, candu dan ganja tetapi kini penagihan dadah juga melibatkan penggunaan pil-pil seperti pil khayal, ecstacy dan banyak lagi,” terangnya.

Katanya lagi, berikutan Kedah berdekatan dengan Thailand dan mempunyai pantai yang panjang ianya memudahkan kemasukan pelbagai jenis dadah.

Oleh itu, untuk memberi kesedaran kepada masyarakat maka kerajaan negeri akan menjalankan program ini selama tiga hari berturut-turut iaitu pada 14,15,16 September, bertempat di Stadium Darul Aman.

“Program tersebut akan bermula pada lapan pagi sehinggalah tengah malam. Antara aktiviti pada hari pertama, di sebelah siang adalah kayuhan basikal di setiap daerah terpilih bagi mengedarkan risalah berkaitan dengan dadah, pertandingan mewarna, memasak, gubahan, pertandingan futsal dan net ball serta kuliah agama oleh Ustaz Azhar Idrus pada sebelah malam.

“Pada malam ke duanya pula akan diadakan malam kesenian Islam yang akan diserikan dengan persembahan nasyid daripada kumpulan nasyid terkenal iaitu kumpulan Hijjaz atau Rabbani,” katanya.

Sambungnya, sebelum itu, pertandingan nasyid dan dikir barat akan diadakan. Kumpulan yang menang akan dapat bersama dengan kumpulan nasyid Rabbani atau Hijjaz pada malamnya.

Pada petang hari penutup 16 September, Menteri Besar juga akan turun padang dan dijangkakan 200 hingga 300 ribu hadirin akan hadir program ini.

Taulah Geram..tapi yang hangpa pie rimbok sampai mati buat apa..???

8 pelajar asrama direman tujuh hari
Wartawan Sinar Harian

ALOR SETAR - Polis menahan lapan pelajar lelaki sebuah sekolah agama persendirian berhubung kes memukul seorang lelaki sehingga menyebabkan kematian semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, kesemuanya ditahan reman selama tujuh hari mulai semalam hingga 5 September untuk siasatan lanjut.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika disabit kesalahan.

Semalam, Sinar Harian melaporkan seorang lelaki dipukul sekumpulan pelajar apabila menyedarinya memecah masuk asrama sebuah sekolah agama persendirian di sini, awal pagi kelmarin.


Laporan itu menyatakan berlaku sedikit pertikaman lidah sehingga mangsa dibelasah kumpulan pelajar berkenaan menyebabkannya mengalami kecederaan pada bahagian badan.

Adzaman berkata, mangsa mengalami kecederaan dalaman dengan patah tulang rusuk kiri dan dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia sekitar jam 2 petang.

“Berdasarkan rekod lampau, mangsa mempunyai empat kes jenayah pada 2006 dengan satu kes dalam kediaman serta tidak dapat memberi keterangan,” katanya.

Dok Kalut Jaja Janji Orang Last Janji Depa Pon kantoi tahap maxima tak sedaq...!!

BN hanya tunai 7.25% janji sepenggal

KUALA LUMPUR: Kalau separuh dari tanah rizab Melayu tergadai dan hutang negara pula hampir mencecah pada paras siling 55 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), tidak ada nilai langsung dakwaan Umno kononnya telah menunaikan janji.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan dakwaan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kononnya kerajaan Barisan Nasional (BN) berjaya menunaikan lebih daripada 87 peratus janji yang dibuat sejak daripada pilihan raya umum pada 1959 ketika di bawah Parti Perikatan sebagai bukti kegagalan Umno.

"Kalau Zahid hendak sangat bermain dengan angka, 87 peratus dibahagikan dengan 12 kali pilihan raya, maknanya hanya 7.25 peratus janji kerajaan BN atau Perikatan yang ditunaikan setiap penggal.

"Ia bermakna Pakatan Rakyat (PR) lebih banyak menunaikan janji sebab Zahid yang kata kerajaan negeri di bawah PR hanya menunaikan kurang 15 peratus daripada keseluruhan janji yang dibuat dalam satu penggal pilihan raya.

"Kurang 15 peratus mungkin 14 peratus dalam satu penggal pilihan raya dan ia jelas lebih banyak dari hanya 7.25 peratus janji yang ditunaikan oleh kerajaan BN atau Perikatan dalam satu penggal pilihan raya . Itu kalau Zahid hendak sangat bermain angka," kata Mahfuz.

Di sisi yang lain pula, kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu, dakwaan Menteri Pertahanan mengenai peratusan janji yang ditunaikan oleh BN itu hanya akan menjadi bahan ejekan dan cemuhan rakyat.

"Rakyat yang berbangsa Melayu akan mempersoalkan apa guna dakwaan Zahid yang belum tentu betul itu kalau rekod dalam dalam tahun 1995 sahaja menunjukkan hampir 44 peratus daripada jumlah asal tanah rizab Melayu terlepas dari tangan orang-orang Melayu," kata Mahfuz.

Menurut beliau, tanah rizab Melayu berjumlah tiga juta hektar pada tahun 1957 merosot kepada 1.7 juta hektar pada tahun 1995, iaitu hampir 44 peratus daripada jumlah asal.

[Read More]

Doktor nasihat Ustaz Azizan berehat di hospital

Saya telah menziarahi YAB Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak semalam di Kedah Medical Centre, Alor Setar.

Saya telah berbual dengan beliau dan juga berbincang dengan doktor yang merawat beliau.

Buat masa sekarang, beliau dinasihatkan doktor agar berehat di hospital untuk mempastikannya mendapat rehat yang cukup, makan ubat dengan teratur dan tidak memakan makanan yang tidak sesuai untuk kesihatan beliau.

Doktor mendapati Ustaz Azizan keletihan akibat terlalu banyak menyertai pelbagai program sepanjang bulan puasa yang lalu.

Doktor berpendapat beliau perlu berehat di hospital buat masa ini dan mendapat pengawasan doktor dan tidak membuat kerja yang terlalu berat tetapi boleh mempengerusi mesyuarat-mesyuarat penting.

Untuk itu, saya diberitahu MB akan memanggil mesyuarat Exco dalam waktu yang terdekat dan atas nasihat doktor, ia adakan di hospital.

Sehubungan dengan itu, rakyat Kedah dan ahli-ahli PAS tidak perlu bimbang dengan hal ini.


Dato' Mustafa Ali
Setiausaha Agung PAS

Thursday, August 30, 2012

MERDEKA..!! MERDEKA..!! MERDEKA..!!



Untuk Makluman Hari Ini PUBLIC HOLIDAY


[Gambar] Akhirnya Dataran Merdeka di Kuningkan malam ini.. MERDEKA.. MERDEKA.. MERDEKA... dari BN..!!!



Betul seperti ramalan para pemimpin UMNO.
Himpunan Janji Demokrasi di Dataran Merdeka tiada mendapat sambutan dari rakyat...Sunyi sepi, lengang dan hambar!!!
Rupa-rupa rakyat akur akan kemahuan dan kehendak para pemimpin UMNO serta arahan Ketua Polis Daerah, Dang Wangi Kuala Lumpur.
Kesiannnnnnn...menitis air mata admin bila lihat gambar-gambar yang dimuat naikkan ini.
Tak caya?.. Sila lihat gambar-gambar yang dimuat naik.
Macam mana rakyat nak datang sebab tak de cabutan bertuah beb!!!

http://omakkau.blogspot.com/2012/08/padan-muka-weh-janji-demokrasi.html

[Gambar] Walaupun polis cakap 'Haram.. Haram.. Haram..', rakyat masih 'keras kepala'

Walaupun polis cakap 'Haram.. Haram.. Haram..', rakyat masih 'keras kepala' nak sertai jugak HIMPUNAN HARAM ni! Degil betul rakyat Malaysia ni!


Gambar Terkini dari Dataran...kuning kuning najib pening..

gambar di ambil dari facebook

[gambar] “Kita mahu kalau boleh, ramai orang akan memakai baju kuning dan kelihatan di mana-mana sebagai tanda sokongan kepada demokrasi.”

Jurucakap Gabungan Janji, Hishamuddin Rais, berkata perhimpunan “Janji Demokrasi” akan tetap diteruskan walaupun polis tidak membenarkan mereka berhimpun di Dataran Merdeka.

Katanya, pihaknya tidak akan melanggar arahan polis supaya tidak berhimpun di Dataran Merdeka, sebaliknya berkata mereka akan menyambut Hari Kemerdekaan di mana-mana sahaja di sekitar Kuala Lumpur dengan baju kuning.

“Jika perjalanan ke Dataran Merdeka tersekat dan hanya sampai di Chinatown (Jalan Petaling), kita akan sambut hari kemerdekaan di Chinatown,” katanya lagi.

“Kita mahu kalau boleh, ramai orang akan memakai baju kuning dan kelihatan di mana-mana sebagai tanda sokongan kepada demokrasi.”
















http://greenboc.blogspot.com/2012/08/bergambar-terkini-kuning-sudah-mula.html