ALOR SETAR – Kerajaan Negeri Kedah sentiasa prihatin dan ‘mendengar’ masalah rakyat negeri Kedah apabila menaiktaraf dan membaiki lampu jalan yang sedia ada di kawasan sekitar Alor Setar agar dapat menjamin keselamatan dan keselesaan penduduk setempat.
Exco Industri & Pelaburan, Perumahan, Kerja Raya, Pertanian & Industri Asas Tani, Bioteknologi,YB Dato’ Ir Amiruddin Hamzah menjelaskan bahawa penambahan lampu jalan sekitar Jalan Simpang Kuala telah dilaksanakan di bawah Program Bandar Selamat dan pembaikan lampu jalan sedia ada di Jalan Alor Mengkudu yang mengalami kerosakan kabel juga telah diperbaiki.
Beliau menjelaskan dalam jawapan bertulis ketika menjawab pertanyaan daripada ADUN Kota Darulaman, YB Encik Lee Guan Aik berkenaan dengan usaha kerajaan negeri dalam menghadapi masalah lampu jalan di sekitar Alor Setar, semasa Mesyuarat ke Tiga Penggal ke Empat Dewan Undangan Negeri ke 12.
“Manakala, kerosakan berulang lampu di Jalan Lebuhraya Sultan Abdul Halim masih belum dapat diatasi sepenuhnya kerana kabel sedia ada telah melebihi kapasiti kuasa dan perlu pengantian baru.
“Cadangan untuk meniktaraf berjumlah RM2 juta telah dikemukakan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan,” jelasnya.
Tambahnya lagi, selain itu, pemasangan lampu di kawasan sekitar Menara Pandang Tanjung Chali telah dipasang semasa pembinaan menara tersebut.
Namun begitu, disebabkan oleh aktiviti vandalisma dan kecurian tiang-tiang lampu serta kabel, maka kawasan tersebut menjadi gelap. Melalui peruntukan kerajaan negeri pada tahun 2011, pemasangan lampu persisiran sungai dari hadapan Medan Raja hingga ke Pekan Cina telah dilaksanakan.
“Dijangkakan fasa berikutnya dapat dilaksanakan pada akhir tahun 2012 bergantung kepada kelulusan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan,” ujarnya.
Takkan sekitar Alor Star aje nak bagi cantik. Kawasan lain tak perlu ka? Aku tiap hari berulang dari
ReplyDeleteBaling ke Kulim, jalanraya punyalah teruk, lubang sana-sini, dah la tu, tampal pulak macam ape tah.
Setahu aku jalanraya tu dah lebih 5 tahun tak diturap baru, dok macam tu la. Aku bukan pakai keta
baru macam hangpa, keta pun dah lebih 15, tu pun keta mesia... jenuh keluar masuk workshop dok baiki
segala mak nenek kat bahagian tayar tu. Semua punca dari Jalanraya Yang Tak Diselenggara dengan Betul.
Kalau Hangpa kata Hangpa ada kuasa, gunalah kuasa tu, ingatlah kami sebagai pengguna, kalau HANGPA
ingat kat kami, kami pun INGAT lah kat HANGPA.. Tapi kalau dah HANGPA tak ingat kat kami, kami
pun TAKKAN INGAT kat HANGPA la masa nak pangkah nanti. Win win situation la kawan...
Ini pasai pas Menjadi majority dalam dun. Kalau bagi dap, semua Akan bertukar macam penang
ReplyDelete