Friday, August 24, 2012

Ini kategori "Minyak Kangkang" nie..!!!

Sembunyi minyak dalam seluar

Sembunyi minyak dalam seluar
Polis menahan suspek (tengah) sebelum dibawa ke Balai Polis Kulim.
 
KULIM - Seorang lelaki berusia 20-an ditahan ketika cuba melarikan beberapa barangan dapur di sebuah pasar mini di sini, kira-kira jam 12.45 petang, kelmarin.

Salah seorang pekerja yang berada di tempat kejadian berkata, dia ternampak suspek memasukkan barangan yang diambil ke dalam seluarnya sebelum berlegar di sekitar kawasan pasar mini terlibat.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, pekerja di premis itu kemudiannya memaklumkan kejadian itu kepada beberapa pekerja lain sebelum menahan suspek dan meminta dia mengeluarkan semua barangan diambil.

Suspek mengeluarkan dua barangan keperluan harian seperti minyak masak dan minuman paket sebelum berjaya melarikan diri.


“Suspek melarikan diri kira-kira 100 meter sebelum ditahan oleh orang ramai. Pemilik premis kemudiannya memaklumkan kejadian itu kepada polis.

"Unit MPV yang tiba di tempat kejadian mengarahkan suspek mengeluarkan semua barangan dicuri sebelum dibawa ke Balai Polis Kulim untuk siasatan lanjut, " katanya.

Menurutnya, suspek yang sering melakukan kes curi di pasaraya atau pasar mini selalunya memakai dua helai seluar.

"Seluar yang dipakai di bahagian dalam akan diikat di kakinya dengan tali sebelum memakai seluar lain di bahagian luar.

"Apabila mencuri, suspek akan memasukkan barangan diambil ke dalam seluar dan ia akan tersangkut di bahagian kaki kerana ia sudah di ikat, ” katanya.

Menurutnya, sehingga kini beberapa kes seumpama itu dilaporkan berlaku dan suspek selalunya terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

No comments:

Post a Comment