oleh SITI ZALEHA ABDUL RAHIM
ALOR SETAR – Kerajaan negeri Kedah telah mengurangkan denda cukai tanah sebanyak 75 peratus kepada pemilik yang menjelaskan cukai masing-masing, sebelum akhir tahun ini.
Tawaran terbuka kepada pemilik-pemilik tanah yang mempunyai denda atas tunggakan cukai tanah.
Timbalan Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah (Pendaftaran dan Hasil), Haji Mohd Shahadan Abdullah berkata, keputusan ini diambil bertujuan untuk mengurangkan beban dan menggalakkan mereka untuk menjelaskan tunggakan serta denda tersebut.
“Pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah bertarikh 27 Jun 2012, kerajaan negeri bersetuju beri pengurangan sebanyak 75 peratus bagi bayaran denda cukai tanah.
“Tawaran ini diberi tempoh sehingga 31 Disember 2012 bagi menggalakkan pembayaran ke atas tunggakan serta denda yang dikenakan kepada pemilik-pemilik tanah,” ujar beliau ketika dihubungi.
Selain itu, pengurangan ini juga dapat meningkatkan jumlah kutipan cukai tanah daripada pemilik serta bukti keprihatinan kerajaan negeri dalam membantu rakyat yang menghadapi peningkatan taraf hidup masa kini.
No comments:
Post a Comment