Monday, August 27, 2012

Politik di IPT - Antara 2 darjat.. BN sembang boleh.. Jika PR.. Sorry To Says...

Apa beza antara 2 berita ini.... 

Berita 1 :

Pemuda Umno mahu tubuh kelab penyokong di IPT

Umno menerusi sayap Pemudanya akan menubuhkan kelab penyokong parti itu di setiap kampus institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negara ini bagi meraih sokongan golongan mahasiswa terhadap parti itu dan BN.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata ia adalah langkah awal yang diambil Pemuda Umno selari dengan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 2012 baru-baru ini, yang kini membenarkan mahasiswa untuk telibat dan memegang jawatan dalam mana-mana persatuan dan pertubuhan termasuk parti politik.

"Jadi daripada kita menunggu mereka untuk masuk menyertai parti kita dan BN, ada baiknya kita memainkan peranan proaktif untuk turun ke kampus dan menubuhkan kelab penyokong Umno di setiap kampus," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis rumah terbukanya sempena Aidilfitri yang diadakan di Dewan Orang Ramai Kampung Gadong, di Rembau hari ini.
Katanya, Pemuda Umno akan masuk ke setiap kampus IPTA dalam masa terdekat untuk mengadakan sesi dialog bersama mahasiswa dan merangka penubuhan kelab itu.[seterusnya]


Berita 2 :

Garis panduan UM larang propaganda parti di kampus

Universiti Malaya (UM) kini menggunakan kod tata kelakuan baru yang antaranya melarang penyebaran maklumat, propaganda dan ideologi parti politik di dalam kampus melalui pelbagai cara.

Menurut garis panduan yang diwartakan pada 22 Jun lalu itu, aktiviti yang dilarang termasuk menyebarkan risalah berkaitan, mempamerkan sepanduk, poster, sebaran lisan dan melalui media elektronik.

Panduan sembilan halaman yang dimuat naik ke laman web UM itu juga menjelaskan ia bertujuan memastikan keamanan dan keharmonian kampus terjamin.

Perkara lain yang turut dilarang:
  • Berurusan dengan parti politik atau persatuan luar kampus tanpa kebenaran UM, termasuk membuat penyataan atau mengutip sumbangan bagi pihak parti politik dalam kampus.
  • Menyatakan sokongan, simpati atau bangkangan terhadap parti politik melalui penggunaan simbol yang melambangkan parti politik, termasuklah melalui pakaian, topi dan lencana dalam kampus.
  • Menyatakan sikap terhadap badan yang yang menyalahi undang-undang yang ditetapkan sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau UM.
  • Memakai atau membawa logo atau simbol UM dalam penglibatan pelajar dalam aktiviti parti politik di luar kampus. 
- Kesimpulannya anda sendiri yang fikirkan...ini antara komen di fb :
Arizam Shaila · Pengulas Tertinggi · Polisas
kata di kampus tak boleh berpolitik.hanya di luar kampus mahasiswa boleh terlibat politik.mereka nak buat kelab penyokong tak lebih hanyalah untuk meraih sokongan dari mahasiswa yang semakin berkurangan....ABU
 
 Raja Mohd Shahrim · · Pengulas Tertinggi
Laa. selama ni pun sebelum pindaan Akta Kolej dan Universiti, berpuluh kelab penyokong UMNO diwujudkan.. (konon bergerak sebagai NGO's) hehe KJ.. budak kecik blum sunat boleh kencing arr.. budak U sokong PR!!!
 
Sarjan Tulang · Pengulas Tertinggi
boleh...asalkan bila PR nk tubuh kelab kt dalam IPT pun takde halangan..jangan satu pihak je lepas...yg satu lagi tak dapat.....
 
Oren RapidFire · Pengulas Tertinggi · Ohio University
issh!issh! yalah bodoh sangat ke dia ni!ingat kita ni LEMBU NFC ke?Lembu pun dah duduk kat kondo la KJ!..ingat kita tak tahu ke berrapa banyak KELAB yg UMNO dah tubuh kat unversiti ni!..bukan dlm negeri aja bersepah kat luar negri TU!..budak universiti di ajar dgn DUIT RSAUAH!..utk melawan pembangkang!...betul kata RMS budak unversiti dah SOKONG PR!..ABU!
 
Anim Idris · Pengulas Tertinggi · University of Delhi
Jangan lupa ya Khaiiry Kutty. Jangan sekat bila PAS, DAP dan PKR juga masuk IPT. Demokrasi....mahasiswa juga pandai memilih mana yang baik dan yang buruk.
 

No comments:

Post a Comment