Kenyataan Media
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Wilayah
22 Ogos 2012
Kurang Perhatian Punca Pemuda Umno Seputeh Buat Tuduhan Melulu
Merujuk kepada satu laporan tuduhan oleh Pemuda Umno Seputeh kononnya SAMM menampal pelekat ABU di banner dan pejabat Umno Seputeh, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Wilayah ingin menegaskan bahawa;
1. SAMM Wilayah mahupun SAMM Kebangsaan langsung tidak terkesan dengan tuduhan rambang yang dilontar oleh Pemuda Umno Seputeh.
2. Gerakan Asalkan Bukan Umno atau ABU adalah gerakan rakyat yang menolak Umno. Ia adalah milik semua orang yang berkongsi perasaan sama menjelang PRU-13. Pelekat ABU telah dikesan sejauh Australia, adakah ia juga ditampal oleh SAMM?
4. SAMM Wilayah berasa simpati kepada Umno Seputeh dan pemudanya, seraya itu ingin menasihatkan pemuda Umno Seputeh supaya cari jalan lebih baik untuk publisiti di hari raya, contohnya seperti mengadakan rumah terbuka.
5. SAMM Wilayah mengesyaki ada kemungkinan ia ditampal sendiri demi untuk mencari perhatian. Ketika seluruh negara menyambut hari lebaran, pemuda Umno seputeh terpaksa guna taktik cedera diri untuk tarik perhatian. Amalan ‘baling batu sembunyi tangan’ begitu sinonim dengan Umno.
6. Bagi SAMM Wilayah, seharusnya ketika perayaan ini lebih baik pemuda Umno Seputeh bantu pihak polis banteras kejadian pecah rumah daripada susahkan polis dengan kes sebodoh ini.
7. Merengek hanya kerana banner ditampal stiker adalah sangat tidak matang. Usah dikata banner PR malah banner milik SAMM juga banyak yang hilang dan rosak namun tidaklah merengek hingga ke balai polis. Ini semua hanya kes kurang perhatian dan kurang kasih sayang yang dilalui Umno Seputeh.
SAMM Wilayah juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Salam Aidilfitri dan menjemput semua untuk hadir ke rumah terbuka SAMM Kebangsaan bertarikh 2hb September (Ahad) 2.30petang – 5.00petang, bertempat di Taman Seri Acheh, Nibong Tebal P.Pinang.
Sekian,
Azmir Hj Mustapha
Penyelaras
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Wilayah
www.anakmudamalaysia.com
No comments:
Post a Comment