Kastam Diraja Malaysia hari ini mengeluarkan kenyataan melalui ketua pengarahnya, Datuk Khazali Ahmad yang menyatakan sokongan untuk mengekalkan duti eksais kenderaan.
Kontroversi mengenai cadangan pemansuhan cukai tersebut oleh Pakatan Rakyat, menyebabkan beliau mengeluarkan kenyataan ini dengan menyatakan duti eksais kenderaan yang bernilai RM6 bilion setahun kepada Perbendaharaan boleh digunakan untuk membantu projek-projek pembangunan di seluruh negara.
"Kira-kira RM6 bilion kepada RM7 bilion dikumpul setiap tahun hanya dari duti eksais kenderaan. Bayangkan berapa banyak sekolah dan hospital kita dapat bina dengan jumlah wang itu, "kata Datuk Khazali Ahmad.
Tetapi mengikut Penganalisis Ekonomi, dengan pemotongan duti eksais kenderaan - yang kini mencecah setinggi 105 peratus - boleh membantu merangsang ekonomi dengan meningkatkan pendapatan boleh guna dan mengurangkan beban hutang isi rumah yang berjumlah RM581 bilion.
Harga kereta yang tinggi akibat cukai yang amat berat telah dikenalpasti menghalang rakyat Malaysia mampu memiliki rumah mereka sendiri. - gambar fail |
Pandangan Anak Muda
Mendengar kenyataan Datuk Khazali, Anak-anak muda tidak mempertikaikan jumlah yang dikumpul dan digunakan untuk membina sekolah & hospital. Namun berapa banyak wang yang disalurkan kepada kroni sebagai komisen?
Jadi jika RM6 bilion dikumpul, contoh sekiranya RM2 bilion komisyen masuk ke dalam poket kroni, apa yang ditinggalkan untuk Rakyat. Ini adalah paksi utama perdebatan.
Kami mahu membawa masuk kerajaan baru kerana semua komisen yang dibayar dari wang cukai Rakyat. Ingatkah pembelian kapal selam dan komisen yang dibayar? Kita boleh huraikan dan menamakan banyak lagi penyelewengan oleh kroni Umno dan Bn.
Awal bulan ini Datuk Khazali juga telah membuat kenyataan bahawa duti dan cukai yang tidak dituntut dalam negara ini adalah berjumlah RM8 bilion setahun.
Beliau juga mahu tindakan diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab ke atas "kehilangan" RM8 bilion tanpa mengira mereka pesalah dari kalangan kakitangan Kastam atau pemimpin perniagaan..... tanpa menyebut ’pemimpin politik’ ???
No comments:
Post a Comment