Sokongan harga kereta lebih rendah, kemenangan moral buat Anwar, kata PKR
KUALA LUMPUR, 28 Ogos -- Industri automotif Malaysia menyokong cadangan PKR untuk menurunkan harga kereta dengan merendahkan duti eksais, memberi kemenangan moral terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan dengan isu itu, kata pengarah komunikasi parti Nik Nazmi Nik Ahmad hari ini.
Ahli dewan undangan negeri Seri Setia berkata hari ini cadangan menurunkan harga kereta oleh Anwar secara perlahan-lahan dalam lima tahun untuk mengelakkan harga kereta dan kereta terpakai jatuh mendadak.
"Beliau (Anwar) berkata kerajaan persekutuan yang diperintah Pakatan Rakyat (PR) mula-mula akan berbincang dengan pihak konsultasi berkenaan dengan pemilik saham termasuk pihak kewangan, pihak industri dan penjualan berkenaan duti eksais yang diturunkan dalam bajet nasional," kata Nik Nazmi (foto fail).
Hari ini, The Malaysian Insider melaporkan bahawa industri automotif Malaysia telah memberikan sokongan agar harga kereta lebih rendah dengan menurunkan duti eksais, telah menyebabkan tekanan kepada Putrajaya untuk menurunkan harga kenderaan di salah sebuah pasaran terbesar Asia Tenggara.
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) menyokong kenyataan pembangkang bahawa rakyat Malaysia terseksa untuk membayar harga kereta antara yang termahal di dunia dan terdapat keperluan menurunkan duti eksais yang kini antara 65 ke 105 peratus.

Presiden MAA Datuk Aishah Ahmad berkata harga yang lebih rendah melalui penurunan cukai sangatlah diharapkan.
“Jika harga diturunkan dalam keadaan berperingkat dan tidak menyebabkan gangguan pada pasaran, bagi saya itu baik,” katanya lagi.
Nik Nazmi berkata kempen PKR “Turunkan Harga Kereta” yang dilancarkan oleh parti tersebut akan memberi impak yang lebih baik dalam meningkatkan pendapatan isi rumah.
Beliau menunjukkan statistik pendapatan isirumah pada tahun 2009 dari Jabatan Statistik telah menunjukkan 53 peratus dari isi rumah berpendapatan bawah dari RM3,000 sebulan.
Beliau berkata 71.9 peratus dari jumlah keseluruhan menggunakan atau memiliki kereta, dan peningkatan hutang dalam keluaran dalam negara kasar (KDNK) di Malaysia telah meningkat dari 33 peratus pada tahun 1997 kepada 78 peratus pada 2011, dan hutang isirumah kepada KDNK ialah 140 peratus pada 2011, lebih tinggi dari Singapura (105 peratus), Thailand (53 peratus) dan Indonesia (38 peratus), dan hutang kereta adalah hutang kedua tertinggi selepas hutang perumahan iaitu RM134.2 billion pada akhir Mei 2012.
Dengan statistik begitu, Nik Nazmi berkata menurunkan harga kereta akan menyebabkan penurunan hutang kereta.
“Rakyat tidak perlu membelanjakan lebih banyak wang untuk membayar apa yang kebanyakannya ialah cukai kerajaan.
“Sebaliknya, mereka akan mempunyai pendapatan yang lebih tinggi dengan meningkatkan taraf kehidupan dan membantu ekonomi dengan menambahkan perbelanjaan,” katanya lagi.
Ia juga akan menjadi sebahagian dari kempen PKR yang akan bermula bulan hadapan di seluruh negara.
“Kami juga mahu menjemput MAA untuk berkongsi idea tentang isu ini dan berharap mereka akan menerimanya,” katanya lagi.
Malaysia kini meletakkan cukai di antara 65 ke 105 peratus dalam duti eksais bergantung dengan enjin dan kapasiti kereta, membentuk satu pendapatan yang lumayan untuk kerajaan.
Ini bermakna jika pembeli membeli kereta berharga RM100,000, RM55,000 akan disalurkan kepada kerajaan sebagai duti eksais.
Ini tidak termasuk cukai 10 peratus cukai jualan yang mereka perlu bayar. Mereka yang membeli kereta import juga perlu membayar permit kebenaran (AP) yang ironiknya diberi percuma kepada segolongan peniaga. Duti yang lebih tinggi juga perlu dibayar selepas Malaysia memasuki era 1980an di zaman perindustrian berbanding sebelumnya.
Kebanyakan rakyat Malaysia bagaimanapun berkata mereka tidak mempunyai banyak pilihan selain membeli kereta kerana mereka tidak boleh bergantung kepada pengangkutan awam, dan harga kereta yang tinggi telah menyebabkan hutang mereka meningkat kepada 75 peratus dalam KDNK, yang kedua tertinggi di Asia.
No comments:
Post a Comment