Rupa-rupanya dah beberapa minggu arahan dari pimpinan agar ulasan berkenaan isu Hudud hanya boleh dibuat oleh Tuan Guru Presiden dan kerana arahan itu, saya diajar untuk mematuhinya. Saya diajar untuk sentiasa TAAT ketika senang dan susah, ketika malas dan rajin. Rasa-rasanya pimpinan kawasan, negeri dan pusat lebih arif soal ini dari saya. Saya hanyalah pimpinan rumahtangga dan ahli biasa sahaja. Saya seiring dengan kenyataan Tuan Guru Presiden PAS berkenaan isu Hudud ini.
Tidak ada isu dengan DAP sebenarnya, sebab PAS tetap akan berjuang untuk melaksanakan Hudud melalui sistem demokrasi yang sedia ada. Kita hanya mempersoalkan kenapa UMNO tidak mahu Hudud dan kenapa pula menghalang PAS dari melaksanakannya apabila mereka juga mengaku diri mereka ISLAM. Tak pelik DAP tolak sebab mereka bukan ISLAM.
Kewajipan melaksanakan Hudud adalah kewajipan semua umat manusia yang mengaku diri mereka ISLAM sahaja. Jadi kita fokus penentangan kita terhadap UMNO dari aspek ini dan bukan menghala senjata kita kepada parti-parti lain di dalam PAKATAN. Kalau ada perbezaan, bincanglah secara dalaman. Hal rumahtangga, kita tak cerita kat orang luar - Salam Aidilfitri dari pimpinan rumahtangga dan ahli biasa PAS sahaja. Kalau tersilap, tersalah kata, pohon ampun dan maaf, siapalah saya berbanding sahabat-sahabat lain yang lebih tinggi ilmunya.

No comments:
Post a Comment