Tuesday, August 28, 2012

Mahathir - Mula Meroyan Tak Ketahuan Punca..!!!

  Mahathir Terus Berdolak Dalih

Selepas menuduh ada malaikat yang buat kesalahan, hari ini Mahathir Mohamad berdolak dalih pula mengenai hudud. Katanya dia bukan tolak hukum hudud tetapi hanya menolak hukum hudud Pas. Itulah dolak dalih Mahathir mengenai hudud sejak berdekad lalu.

Katanya hudud Pas tidak adil dan tidak ada dalam Qur'an. Soalnya Mahathir hanya tahu berkata-kata dan menuduh tetapi dia tidak pernah membuktikan dari juzuk mana enakmen jenayah syairah (hudud) yang diluluskan oleh Dewan Undangan Kelantan bertentangan dengan Qu'ran seperti mana dakwanya itu.

Tidak dipastikan apakah Mahathir melihat dan meneliti kanun jenayah itu atau hanya mengulas dari Putrajaya dengan sentimen politik semata-mata. Atau pun beliau hanya berpandukan kepada maklumat yang diberikan oleh Inchek Ibrahim Ali.

Jawaban Mahathir itu tidak dapat diterima sebagai satu pandangan yang baik dan ikhlas melainkan ia bermotif politik serta berniat jahat.

Dalam pada itu kalau hukum hudud Pas itu tidak adil, tidak Islamik, mengapa Umno sekurang-kurangnya kalaupun tidak BN membentangkan deraf hukum hududnya sendiri bagi dibandingkan dengan hudud Pas? Sudah lebih 20 tahun Mahathir mempertikaikan hukum hudud Pas ini tetapi gagal menyediakan hukum hududnya sendiri.
Apabila Umno masih belum menunjukkan deraf hududnya sendiri ini bermakna Umno amnya dan Mahathir sebagai pemimpin boleh dianggap tolak hudud.

Saya tidak mahu mengatakan Mahathir sudah terlalu nyuyuk untuk membuat ulasan mengenai hudud atau pun mengingati kata-kata sendiri? Ia terpulang maklum kepada penjengok blog Merah Tinta ini. [wm.kl.12:10 am 29/08/12]

No comments:

Post a Comment