Thursday, August 30, 2012

Tour BAS DSAI : Yang UMNO dok dengki pasai paa..???

 UMNO dengki DSAI berkempen guna BAS.

kah kah kah

Sementara tunggu member2 update perhimpunan janji demokrasi di dataran sebab aku tak pergi, kita layankan satu isu yang timbul disebabkan sikap baghal orang umno. Mungkin ramai yang dah tahu yang dsai akan berkempen jelajah satu malaysia guna bas.

Bas tersebut juga boleh menjadi pentas ceramah bila dibuka.. lihat gambar contoh kat bawah neh geng ;




Bas tersebut lebih baik jika dibandingkan dengan bas mewah najib.

Kenapa?

1. Bas mewah najib hanya boleh memuatkan beberapa orang. Bas neh pula sebaliknya. Ramai orang boleh melepak dalam neh. Takde lah sampai satu kampung tapi at least kita boleh muatkan satu team untuk berkempen dari daerah ke daerah or negeri ke negeri.

2. Menggunakan bas lebih pratikal dan jimat dari segi masa dan wang. Mereka boleh duduk dalam satu bas dan berbincang terus agenda yang bakal diucapkan dalam ceramah dan sebagainya.

3. Ia juga pratikal sebab boleh buka terus jadi pentas ceramah. Lihat kat bawah neh geng ;


Nampak tak kelebihan2 yang ada pada bas di atas berbanding pada bas mewah najib? Itu pun tv kemain sembang pongpang najib berkempen naik bas.. cisss setakat bas mewah nak kecoh bagai.. kelakar gilee larh team lue orang.

Bila gambar + isu dsai berkempen guna bas tersebar mula larh geng2 umno mempersoalkan dari mana pkr dapat duit beli bas tersebut? Guna wang pembayar cukai ke? Bahkan ada yang persoalkan gambar dsai kat bas tersebut which is aku rasa bukan isu at all.

Baca sini ;

1. Apa tujuan bas tersebut? Berkempen politik. 

2. Oleh siapa? DSAI.

3. So logik ke tak logik muka DSAI terpampang kat bas tue?

4. DSAI dan wakil rakyat PR akan turun berkempen politik menggunakan bas tersebut.

5. DSAI akan dilantik jadi PM andai PR menang.

6. Jawatan DSAI = ketua pembangkang. So sekali lagi, logik ke tak logik muka orang tue berada kat bas tersebut?

Bercakap pasal modal pula. UMNO.. umno. Korang boleh berkempen buat blog apa seme gunakan wang rakyat tapi korang bising bila PKR buat perkara yang sama? Aku pernah mengulas dulu. Bagi aku tiada masalah untuk UMNO bayar blogger bagi menyebarkan kempen2 politik mereka kerana blogger juga manusia dan mereka perlu hidup.

Apa yang menjadi pertikaian ialah setiap isu2 yang disebarkan itu adakah ia benar2 fakta ataupun fitnah? Apabila kita telah menjadi kerajaan, suka tak suka kita perlukan wang untuk bergerak dan berkempen. Kita tak beli minyak guna air liur oke.

Jika PR asingkan sedikit wang untuk buat kerja2 kempen untuk mendapatkan sokongan orang ramai aku tak nampak kenapa ia jadi satu isu. Jangan sembang kencang sedangkan umno juga melakukan hal yang serupa. Berapa banyak unit tempur yang menggunakan dana awam? Adakah sesiapa bising? Mereka tak bising jika tak fitnah. Mereka bising sebab ia lebih banyak fitnah dan auta berbanding fakta.

Yang penting asingkan peruntukan dengan cara yang betul. Janganlah ko ada rm2juta, 1juta ko gunakan untuk kempen2 politik. Kalau ko gunakan 100 ribu untuk kempen politik logik akal juga.. manakala selebihnya ko gunakan untuk kebaikan rakyat jelata.

Tapi don't worry larh bloggers umno. Sebab itupun tak betul juga. Walaupun aku tak nampak apa salahnya pr mengasingkan sedikit peruntukkan untuk kempen2 politik, mereka tak buat pun perkara tersebut. Bas tersebut dibiayai oleh khalid ibrahim tanpa melibatkan wang pembayar cukai. Maksudnya takde kena mengena langsung dengan wang kerajaan negeri.

Rujuk sini.

Dan mesti lepas neh bloggers umno pertikaikan dari mana khalid dapat duit. Jangan lupa khalid kaya sebelum dia duduk dalam pr. Dan macam bloggers umno sering katakan, dia kaya angkara umno.. so disinilah kebijaksanaan khalid terserlah. UMNO tolong kayakan khalid ibrahim dan khalid ibrahim pula tolong pkr untuk berkempen setelah dia dikayakan oleh UMNO. 

Bagaimana? Adakah sakit ahti anda terhenti disitu?

kah kah kah 

Jangan lupa baca ini juga.

No comments:

Post a Comment