SIK – Berikutan kenaikan keuntungan Kumpulan Ladang-Ladang Perbadanan Kedah Sdn Bhd (KLPK) di bawah Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah pada tahun lepas sebanyak 13 peratus maka seramai 553 ketua keluarga di bawah Skim Penempatan Semula Beris Jaya menarik nafas lega kerana menerima dividen bersih sebanyak RM4225 berbanding tahun lepas hanyak sebanyak RM2900.
Perbezaan keuntungan dividen pada tahun ini berbanding tahun lepas adalah amat ketara iaitu sebanyak RM1325. Skim Penempatan Semula Penduduk Beris atau lebih dikenali sebagai Skim Bandar Baru Beris Jaya dimulakan pada pertengahan tahun 2002.
Pada tahun 2003 semua penduduk yang layak mula menikmati dividen hasil ladang bermula daripada sebanyak RM570 pada 2003 dan meningkat dari tahun demi tahun sehinggalah pada tahun ini ahli menerima dividen sebanyak RM4225.
Setakat ini KLPK, agen pengurus ladang ini telah menjana keuntungan ladang sebanyak RM20,026,275 sejak dari tahun 2003 hingga JUN 2012.
Daripada jumlah ini sebanyak RM14,716,116 telah diagihkan sebagai dividen kepada ahli-ahli yang layak dalam tempoh sembilan tahun kebelakangan ini.
Pemberian dividen pada hari tersebut diberi secara terus melalui KLPK kepada ahli berbanding tahun-tahun sebelum ini diberikan kepada peserta melalui koperasi.
Atas daya usaha kejaan pakatan.
ReplyDelete