ALOR SETAR - DAP Kedah yakin Pakatan Rakyat (PR) akan terus memerintah negeri Kedah pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) nanti.
Pengerusinya, Lee Guan Aik berkata, DAP yakin PR akan terus memerintah negeri Kedah selepas PRU-13 nanti berikutan rakyat semakin tidak percaya kepada pimpinan Umno dan BN.
Katanya, rakyat sudah jemu dengan isu perlaksanaan hukum hudud yang cuba dimainkan oleh Umno dan BN.
“Umno dan BN semakin gelabah sebab mereka sudah kekeringan idea untuk menyerang PR yang berjaya memimpin negeri dengan baik.
“Mereka hanya menyerang PR menggunakan isu perkauman dan keagamaan bertujuan untuk memecahbelahkan hubungan baik PR,” katanya, semalam.
Guan Aik berkata, Umno dan BN cuba mainkan isu perlaksanaan hukum hudud kerana mereka takut tewas kepada PR pada PRU-13 nanti.
Katanya, mereka gunakan isu hukum hudud kerana yakin akan menewaskan PR dalam PRU-13 nanti.
“Namun, serangan demi serangan yang diberikan telah membuatkan PR semakin kuat dan diterima baik oleh rakyat.
“Serangan Umno dan BN terhadap Pas mengenai perlaksanaan hukum hudud di Malaysia dianggap senjata yang telah tumpul,” katanya.
No comments:
Post a Comment