Showing posts with label Bebas. Show all posts
Showing posts with label Bebas. Show all posts

Saturday, April 7, 2012

Amanah.... Ada Pas, Umno, PKR, MCA dan DAP......

Amanah bukan parti politik
NURUL HUDA HUSAIN
8 April 2012
Tengku Razaleigh Hamzah
KUALA TERENGGANU – Presiden Angkatan Amanah Merdeka (Amanah), Tengku Razaleigh Hamzah mengakui pertubuhan itu menggunakan pendekatan politik kerana kebanyakan isu berkenaan yang dibangkitkan rakyat.

Namun, pihaknya tidak merancang mengubah status pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu kepada parti politik.

Menurutnya, terpulang orang ramai mentafsir Amanah sama ada menjurus kepada politik atau sebaliknya, kerana asas perjuangan utama adalah menjaga kepentingan rakyat.

“Kita ingin menjadi badan (NGO) yang disertai pelbagai kaum dan parti politik pertama di negara ini.

“Amanah kini mempunyai latar belakang yang pelbagai. Ada Pas, Umno, PKR, MCA dan DAP,” katanya kepada media pada majlis Pelancaran Serta Penerangan Amanah Peringkat Negeri Terengganu di Hotel Tanjung Vista di sini, semalam.

Tengku Razaleigh berkata, Amanah bercakap atas kepentingan umum dan bila membabitkan rakyat, secara tidak langsung akan berkait dengan isu politik dan terpulang bagaimana mentafsirnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Gua Musang tidak mahu penubuhan Amanah disamakan dengan parti politik lain kerana tindakan berkenaan secara tidak langsung mengundang rasa muak rakyat.

“Kalau banyak sangat parti politik rakyat akan jelak serta situasi ini akan cacatkan lagi politik negara.

“Atas sebab itu, kita ingin membantu rakyat tanpa libatkan politik,” katanya.

Ketika ditanya status beliau setakat ini, Tengku Razaleigh mengakui bahawa dirinya masih anggota dan ahli Umno dan perkara itu tetap tidak berubah, meskipun terbabit pertubuhan berkenaan (Amanah) yang secara asasnya ditubuhkan untuk memastikan kepentingan dan hak rakyat terus terbela.

Hadir sama Koordinator Amanah Negeri Terengganu, Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah dan Penaung Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat), Tengku Paduka Raja, Tengku Ibrahim Ismail bersama-sama lebih 500 tetamu pelbagai parti.

Thursday, March 29, 2012

Baiklah Senator & MP nie pergi menari tiang lagi bagus..!!!



Sebenarnya Nallakarupan ini membawa suara siapa apabila menyatakan Anwar tidak layak menjadi PM malah Ketua Pembangkang sekalipun?

Sebuah akhbar arus perdana membawa tajuk besar:
"Anwar tak layak jadi PM: Nalla"

Tajuk tersebut sebenarnya hampir sama dengan tajuk
"Najib: Anwar not qualified for PM post"

Tajuk yang sama tapi diucapkan oleh dua manusia yang berlainan.

Jadi apakah Najib mempergunakan Nalla untuk menyerang Anwar?

Dan jika benar, maka Najiblah yang sebenarnya jahil undang-undang. [Greenboc]

Gua Rasa Jika bengap macam nie SENATOR & MP yang dok ada baik hangpa pie menari tiang lagi bagus sebab denda dia pun baru RM25....sikit jeee....

Sebab apa yang mereka usulkan nie sudah di tolak oleh Timb Speaker atas alasan yg simple sahaja....
 Tiada Peruntukan Lucut Kelayakan Anwar
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK 
KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat tidak memperuntukan mekanisme tertentu bagi membolehkan kelayakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang dilucutkan.
Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat sedia ada yang digubal sejak 1960 tidak mengandungi prosedur seumpama itu.
"Kita kena berpandukan kepada tiga perkara iaitu peraturan, undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan bagi mencabar kelayakan seseorang.
"Bagaimanapun tiada satu daripada tiga perkara ini yang memberi ruang atau peluang untuk mencabar kelayakan terhadap sesiapa.
"Justeru itu, mekanisme tertentu perlu difikirkan untuk tujuan berkenaan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, pada Khamis.
 

Saturday, December 17, 2011

Wakil Rakyat Yang Melompat Parti Hendaklah Bertanding Semula

Oleh: WFAUZDIN NS

http://zainulfaqar.blog.com/files/2010/04/frog.jpgPENDENGARAN Awam Jawatankuasa Khas Parlimen penambahbaikan Pilihanraya baru-baru ini telah mendengar satu cadangan yang pada saya amat baik untuk sokong agar dikuatkuasakan. Cadangan tersebut adalah mengadakan undang-undang dan peraturan bahawa Adun/MP yang melompat parti diwajibkan mengosongkan kerusinya untuk diadakan Pilihanraya semula bagi menentukan samada tindakannya itu direstui oleh para pengundi di kawasannya.

Cadangan itu menyebut, setiap Adun/MP yang melompat parti ke parti yang bukan dari komponen parti asalnya, contohnya Adun/MP dari Umno/Bn melompat ke parti PR, maka hendaklah diadakan Pilihanraya semula di kawasannya dan Adun/MP tersebut dibenarkan bertanding bagi mewakili parti yang baru disertainya. Begitu juga jika Adun/MP berkenaan melompat menjadi calon Bebas.

Melainkan, sekiranya Adun/MP berkenaan melompat dari partinya ke parti yang menjadi rakan sekutu partinya maka tidak perlu diadakan Pilihanraya. Sebagai contoh, Adun/MP dari PKR melompat menyertai PAS maka tidak perlu kerusi tersebut dikosongkan. Begitu juga jika Adun/MP dari Umno melompat menyertai parti Gerakan maka tidak perlu kerusi tersebut dikosongkan.

Peraturan ini perlu diwujudkan demi kebaikan dan keadilan semua pihak, khususnya untuk rakyat yang telah memberikan amanah kepada calon berkenaan. Di antara lain, sebab-sebab peraturan ini perlu dikuatkuasakan adalah seperti berikut;

1. Mengelak dari amalan rasuah, jual beli Adun/MP.

2. Mengelak dari berlakunya `rampasan kuasa' secara tidak demokratik samada di peringkat Kerajaan Pusat atau Kerajaan Negeri.

3. Mewujudkan sebuah kerajaan yang benar-benar datang dari pilihan rakyat, bukan dari pilihan atau selera Adun/MP yang kadangkala mempunyai kepentingan peribadi.

4. Melahirkan suasana yang tenteram, rakyat tidak memberontak dan merasa tidak berpuas hati jika Adun/MP yang mereka pilih khianat terhadap mereka.

5. Adun/MP yang berhasrat untuk melompat parti akan berfikir dua, tiga kali untuk berbuat demikian kerana belum tentu beliau akan menang semula jika Pilihanraya Kecil diadakan.

Sebenarnya terlalu banyak kebaikan yang boleh diperolehi sekiranya peraturan ini dikuatkuasakan, tetapi yang paling penting adalah demokrasi hendaklah diamalkan di mana hak rakyat mesti dihormati bagi menentukan Wakil Rakyat yang mereka pilih. /wfauzdin.blogspot.com

Friday, November 18, 2011

Biaq Betul... Mata Duitan jugak kaa Naib Presiden Perkasa nie..!!!????

Zul Noordin pula didakwa minta RM60,000

Veteran PKR Dr Syed Husin Ali mendakwa, beliau pernah diberitahu bahawa Naib Presiden kumpulan pendesak Melayu PERKASA Datuk Zulkifli Noordin pernah meminta RM60,000 untuk mengosongkan kerusinya bagi membolehkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding.

NONEDr Syed Husin berkata, ia berlaku apabila Anwar pada mulanya dirancangkan parti bertanding di kerusi Kulim-Bandar Baharu yang disandang Zulkilfi, ketika itu masih bersama PKR.

"Aku diberitahu mula-mula Zulkifli bersetuju berundur dengan syarat beliau dibayar oleh parti, khabarnya sebanyak RM60,000, walaupun aku tidak dapat memastikan jumlah sebenar," dedahnya dalam memoirnya yang baru dilancarkan.

Tempoh sekatan Anwar bertanding tamat pada 14 April 2008. Anwar kemudiannya bertanding di kerusi Permatang Pauh yang dikosongkan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail yang juga isterinya.

Buku Memoir Perjuangan Politik juga mendedahkan, selepas Umno menarik balik kes kegagalan menyerahkan laporan perbelanjaan dalam pilihan raya sebelumnya, Zulkifli kemudiannya menukar fikiran.

NONE"Tidak dapatlah Anwar bertanding di Bandar Baru Kulim," tulis bekas timbalan presiden PKR itu.

Zulkifli, kini anggota parlimen bebas, kemudian sering memburukkan parti dan Anwar dalam tulisan blog yang mendapat liputan meluas, yang kemudian mengheretnya ke jawatankuasa disiplin PKR, dakwa Dr Syed Husin.

"Akhirnya beliau disingkirkan daripada parti. Tohmahan dan fitnah beliau semakin meningkat," coret Dr Syed Husin.

"Terutama sekali selepas beliau dan seorang lagi yang keluar parti, Datuk Zahrin (Hashim), dibawa oleh PM Najib ke Amerika Syarikat. Mengikut Zulkifli mereka berbincang tiap-tiap tiap-tiap malam dengan PM."

Malaysiakini telah menghubungi Zulkifli dan masih menunggu komennya berhubung dakwaan itu.

Wednesday, March 23, 2011

YB Sengal - Orang Ajak DEBAT dia asyik dok sembang bab UMI HAFILDA.. awat dah tengok 'birthmark' dah kaa..!!!

Heh. Kesian aku dengan yb neh. Aku dah guna segala kesopanan dan kesantunan untuk ajak dia masuk kbsb untuk berdebat bagi mempertahankan hujah dia atas dua perkara ;

1. Berhujah bagi membuktikan sang pelaku seks adalah 110% "dia" seperti yang dia sebutkan dalam berita malam tadi, baca sini dan sini

DAN

2. Berhujah membuktikan bahawa kepimpinan ulama pas meminta dsai serahkan dna ataupun kepimpinan ulama pas akan mempertimbangkan semula kerjasama dengan pkr dan anwar ibrahim.

Fitnah berat tue. Satu dia tuduh orang berzina. Satu dia tuduh pemimpin tertinggi pas atas sesuatu perkara yang mereka tak pernah buat. Dan di bawah ini adalah hasil perbualan aku dengan dia. Aku fikir bila dia tuduh dsai asyik belit situ belit sana mestilah dia bukan kaki pembelit. Tapi rupanya tuduhan dia tue jatuh ke atas dirinya sendiri. Cukup tak sangka. Inilah yb yang ada di antara korang pernah undi. Heh


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhVroxUfPlR4ae1O-e5zltpbF4YSN7AOh_xcrybg07Pbu_XFAAf82AKi9d4MGeLg_zToCHQCkmww_1JRQvlTaYquKXnBammbeqB05k2eEdRS7TQCk561z0YTzr-LQujGcL21yOKyFIgMcQ/s1600/zul1.png
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgzh44mA2cBKbhAxJIdStAAl-Aaxkx2l51Rfj_JWM2ujobbYQJ4vfSCn1X2U_i9S4AG62cGbe9SfAh7HoIAlxPGxkz2mJSLAB2840cQKl9FINsfjG0ftfKnuadIuOF_Xx7VU_2OSJ5JuEc/s1600/zul2.png
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjpSDPDsDzpKRCzVEQ2QRo6eKsdeABC4ro-4Mw98oqHEFYhfJUzccbhTz_1R9BvGqkrbsGBlT4XBEB2tP6dToTfdgHr-0TT4Fv_ej6qfGXmDnWO5SW8_sJJ9xvUN-mGzxXyyWkzOv-XrV4/s1600/zul5.png
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhvyntDYCYf0KiUZP-yC3PT64oIPLL4CRnN-TL7Mq5YV42MlsXAiSvmR7XxuJzZwCKSjt95IVbR_SC_mgRhjN3hOxkJ7_6csO9rN46gfcTdNPe2K0WtculmaOcmV6l_qlghlhaZNMzXGCA/s1600/zul4.png
Aku sebenarnya bukan apa, aku cuma nak berbincang dengan yb neh secara berdepan dan berterus terang je tapi dah nasib badan le yb neh asyik mengelak je.. dia yang takmo berdiskusi dengan anak-anak muda zaman sekarang.. payahlah macam neh ada kemudahan teknologi tapi dia taknak gunakan untuk menyelami isi ahti rakyat macam mana? Lepas tue nak suruh kita percaya cakap dia?

Apa pun terima kasih la yb sebab menunjukkan sikap sendiri.. ha ha ha.. lawak siottt..

http://amenoworld.blogspot.com/2011/03/hot-zulkifli-nordin-termalu-bila-dah.html

Wednesday, March 16, 2011

Dedah cek RM1.4 juta: Saifuddin tidak gentar disaman Gobala


KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail tidak gentar dengan amaran Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan untuk menyamannya RM12 juta.

Ahli Parlimen Machang itu berkata pendedahan beliau sebelum ini bahawa Gobala dibayar RM1.4 juta untuk meninggalkan KEADILAN, berasaskan fakta.

“Beliau berhak berbuat apa-apa sahaja (untuk menyaman saya) kerana itu haknya. Kita biar mahkamah tentukan. Sama ada saya perlu membayar (RM12 juta) atau tidak, kita akan tahu kelak, ” kata Saifuddin.

Saifuddin juga tidak akan membuat permohonan maaf kepada Gobala berhubung pendedahannya itu.

“Kenapa saya perlu minta maaf? Dan saya perlu minta maaf untuk apa? Saya sudah nyatakan, fakta saya berkenaan urus niaga itu. (Dan) Gobala kelihatannya menggelabah,” kata Saifuddin.

Beliau mempunyai bukti Gobala terlibat secara peribadi dalam urus niaga berkenaan dan ia tidak melibatkan ahli keluarga beliau seperti didakwa Gobala.

Lanjutan itu, beliau bersedia berhadapan dengan Gobala di mahkamah.

“Saya akan berhadapan dengan beliau di mahkamah. Beliau berbohong. Biarkan dia ‘berjuang’. Saya akan jumpa dia di mahkamah,” katanya dalam laporan MalaysiaKini.

Minggu lalu, Saifuddin membuat pendedahan di Parlimen mengenai Gobala mebayat bayaran pajakan tanah syarikatnya seluas 100 ekar di Lojing, Kelantan RM1.4 juta melalui dua cek masing-masing bernilai RM700,000 dan RM701,250.

Hutang itu dijelaskan Embun Megah Sdn Bhd, syarikat milik Gobala kepada Kumpulan Pertanian Kelantan Bhd.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=9083

Thursday, March 10, 2011

Keluar PR jika tidak puas hati: Anwar

KOTA SARANG SEMUT - Mana-mana pemimpin Pakatan Rakyat (PR) yang tidak berpuas hati sekiranya tidak dipilih bertanding pada pilihan raya umum akan datang ‘dialu-alukan’ untuk keluar dari PR kerana pakatan itu hanya memerlukan calon yang sanggup berkorban.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pemimpin PR yang dikenal pasti bermasalah dan tidak menunjukkan prestasi yang baik akan digugurkan bagi memberi laluan kepada pemimpin lain yang lebih berkebolehan dan diterima rakyat.

Menurutnya, PR memandang serius usaha memenangi PRU akan datang demi membawa perubahan kepada rakyat sebagaimana dinikmati rakyat Mesir dan Tunisia setelah pemimpin diktator mereka dijatuhkan.

“Lebih baik mana-mana pemimpin yang ada kepentingan diri keluar dari PR dengan segera kerana kita memerlukan gerak kerja yang kukuh dan sentiasa yakin dengan keupayaan pakatan ini untuk menentang pemerintahan zalim UMNO dan BN.

“Pada masa sama, saya juga menuntut semua ahli PR lebih berani menyampaikan wadah perjuangan pakatan itu kepada umum di samping tidak meremehkan usaha yang dilakukan pucuk kepimpinan parti masing-masing dalam usaha menawan Putrajaya,” katanya sewaktu menyampaikan ceramah sempena pemerintahan tiga tahun PR di Kedah di Kota Sarang Semut, semalam.

Anwar turut mendedahkan terdapat pemimpin PR yang dibayar sebanyak RM1.4 juta untuk keluar dari parti masing-masing di samping cuba melaga-lagakan keutuhan hubungan tiga parti utama PR iaitu PKR, Pas dan DAP.

“Saya sudah menyerahkan segala bukti itu kepada Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution untuk disimpan sebelum menunggu masa yang sesuai untuk didedahkan,” katanya.

Anwar juga meluahkan keazaman PR untuk berusaha dan berikhtiar dengan sedaya upaya untuk memperbaiki prestasi pakatan itu di kawasan Dewan Undangan Negeri( DUN) dan Parlimen yang tewas pada PRU dan Pilihan Raya Kecil (PRK) yang lalu.

“Kita mesti bersungguh-sungguh untuk menghadapi PRU yang akan datang memandangkan ianya peluang terbaik untuk menukar pemerintah sebagaimana berlaku di beberapa negara di Timur Tengah,” katanya.

Tuesday, March 8, 2011

"KATAK" Mampu beli Tanah RM1.5 Juta?

Ahli Parlimen PKR Lompat Parti terus Mampu beli Tanah RM1.5 Juta?

KUALA LUMPUR 8 MAC: Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan di Parlimen hari ini beberapa keping cek ditandatangan oleh seorang ahli parlimen bagi membeli tanah bernilai RM1.5 juta.

Beliau mendedahkan perkara tersebut semasa membahaskan ucapan menjunjung kasih Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agung petang tadi menjelaskan, cek tersebut ditandatangani oleh seorang ahli parlimen PKR yang baru-baru ini keluar parti tetapi yang menghairankan beliau ialah ahli parlimen tersebut berkemampuan membeli tanah tersebut dalam masa dua bulan sahaja selepas keluar parti.

Beliau menegaskan parti PKR bukanlah tempat untuk menjadi kaya ataupun membuat duit seperti tanggapan segelintir yang keluar parti, maka ahli yang tidak berpuas hati bertindak keluar parti dan mula melontarkan tohmahan yang tidak benar terhadap parti.

"Yang tak dicerita apa dia? Bila berada dalam barisan pembangkang, khususnya PKR ini, bukannya lesen nak jadi kaya. Kalau hidup berpendapatan RM10, jangan berbelanja RM100. Ketidakupayaan untuk menambah RM90 kadang-kadang menyebabkan mereka tewas dengan ujian," kata beliau.

Beliau menjelaskan, ada ahli yang mula membuat pelbagai dakwaan liar terhadap parti selepas keluar parti, bahawa kononnya parti ini telah meninggalkan perjuangan membela rakyat, parti dipimpin pengkhianat, seorang ketua yang mahu menjadi Perdana menteri walau apa cara sekalipun dan bermacam lagi semata-mata sebagai alasan keluar parti.

"Pada saya ini ada salinan cek yang ditandatangani oleh satu daripada enam rakan saya yang keluar parti. Satu cek, RM700 ribu bertarikh 12 Januari, 2011. Satu cek lagi, 15hb Mac, 'post dated'. Tujuannya apa? Bayar harga tanah, nilainya RM1.5 juta," ujar beliau.

Saifuddin kemudiannya mempersoalkan punca pendapatan tersebut sehingga dapat memberi kemampuan luar biasa kepada ahli parlimen tersebut membuat pembelian semewah itu.

"Duduk dalam parti, (dia) tanya tak dapat itu ini. Keluar sahaja, dapat bayar tanah RM1.5 juta. Dari mana dapatnya duit ini? Itu sahaja persoalannya," tegas beliau.

Katanya lagi, beliau ingin tahu samada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan memulakan siasatan atau tidak terhadap ahli parlimen tersebut selepas beliau mendedahkan perkara tersebut.[TVselangor]