Monday, January 31, 2011

ADAKAH DOSA DAN PAHALA DALAM MENGUNDI PILIHANRAYA?


Jawapan: Prof Madya Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin

Kepada Dr Mohd Asri, apabila menjelang pilihanraya, pelbagai pandangan akan dikeluarkan oleh macam-macam pihak. Ada yang kaitkan isu-isu agama dengan proses membuang undi. Soalan saya, sejauh manakah soal dosa dan pahala dalam mengundi ini. Apakah seseorang itu boleh dikira berdosa atau dapat pahala kerana mengundi parti tertentu? Harap Dr Asri tolong huraikan.

Zamani, Johor.

JAWAPAN PROF MADYA DR MOHD ASRI BIN ZAINUL ABIDIN:

Terima kasih kepada saudara yang bertanya. Sebagai seorang muslim kita wajar prihatin terhadap perkara-perkara yang seperti ini. Apatahlagi, persoalan seperti undian dalam pilihanraya yang walaupun kelihatan sangat ringkas prosesnya, tetapi mempunyai kesan yang besar terhadap pembentukan sesebuah negara. Sekalipun kadang-kala ada perkara dalam sistem pilihanraya itu tidak memenuhi kehendak syarak, namun kepentingannya terhadap masa depan sesebuah negara itu tidak dapat dinafikan. Bahkan, jika diperhatikan sistem demokrasi jauh lebih baik dari segala sistem lain yang sedang diamalkan oleh kerajaan-kerajaan di dunia hari ini.

Melalui demokrasi, rakyat dapat bersuara dan memilih orang yang mereka redha sebagai pemimpin. Pemimpin pula tidak begitu berani melakukan kezaliman dan penyelewengan disebabkan mereka tahu rakyat mempunyai hak dalam menentukan kedudukan mereka. Ini lebih baik dari sistem autocracy. Bahkan demokrasi yang adil akan lebih baik dari pentadbiran sesetengah para pemerintah dalam sejarah umat Islam pada zaman Umawiyyah, ‘Abbasiyyah dan selain mereka yang bersifat kuku besi dan bertindak tanpa menghormati hak rakyat. Untuk menjawab persoalan saudara tentang dosa dan pahala undian dalam pilihanraya, maka saya sebut perkara-perkara berikut;

1. Pada asasnya dalam Islam, setiap amalan kebaikan atau yang membawa kebaikan maka pengamalnya memperolehi pahala. Begitu juga, setiap amalan buruk atau yang membawa keburukan maka pengamalnya memperolehi dosa. Besar atau kecil pahala dan dosa itu, bergantung kepada besar atau kecil kesan kebaikan atau keburukan sesuatu amalan. Maka, mengundi dalam pilihanraya boleh membawa kesan baik dan buruk kepada sesebuah masyarakat dan negara. Jika kesannya baik dan pengundi itu pula memang inginkan kebaikan tersebut, maka itu adalah amalan soleh. Jika kesan buruk dan pengundi tersebut memang inginkan kesan yang buruk itu, atau boleh menjangkanya, atau dia tidak peduli dengan buruk atau baik kesan undiannya itu, maka dia memperolehi dosa.

2. Hal ini dijelaskan oleh Nabi s.a.w dalam hadis baginda:

“Adakalanya seseorang kamu berucap dengan sesuatu kalimat yang diredhai Allah, padahal dia tidak menyangka ia akan sampai ke tahap sedemikian lalu dengannya Allah mencatatkan keredhaan untuknya sehingga hari dia bertemu Allah. Adakalanya seseorang kamu pula berucap dengan sesuatu kalimat yang dimurkai Allah, padahal dia tidak menyangka ia akan sampai tahap sedemikian lalu dengannya Allah mencatatkan kemurkaaan untuknya sehingga hari dia bertemu Allah”. (Riwayat Malik dan al-Tirmizi).

Kata tokoh ulama salaf yang besar Sufyan bin ‘Uyainah (meninggal 198H)

“Hadis ini bermaksud kalimah di hadapan pemerintah, kalimat yang pertama (yang direhai Allah) ialah yang menghalang kezalimannya. Kalimat yang kedua (yang dimurkai Allah) ialah yang mendorong pemerintah melakukan kezaliman” (Al-Mubarakfuri, Tuhfah al-Ahwadhi, 7/21, Beirut: Dar al-Fikr).

Ya, berdasarkan hadis ini, sekalipun pengucapnya tidak menyangka sebegitu besar kesan ucapannya, atau menganggapnya kecil, namun disebabkan kesan baik dan buruk dari ucapannya itu, maka dia mungkin mendapat pahala, ataupun dosa. Hal ini samalah seperti undian dalam pilihanraya.

3. Maka undi juga bagaikan satu kalimat, bahkan mungkin lebih, yang mana ia boleh memberikan kuasa kepada seorang pemimpin yang baik atau kuasa untuk pemimpin yang jahat atau zalim atau tidak bertanggungjawab. Dalam hadis yang lain Nabi s.a.w menyebut:

“Adakalanya seorang hamba Allah mengucapkan satu kalimah yang menyebabkan dia tergelincir ke dalam Neraka yang jaraknya dalamnya antara timur dan barat” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Kalimat itu konteks demokrasi adalah undi dalam pilihanraya. Seseorang hendaklah berfikir kesan undi yang diberikan kepada seseorang calon terhadap negara dan rakyat.

4. Kita hendaklah sedar bahawa undian itu membawa maksud bersetuju memberikan mandat kepada seseorang bagi sesuatu kepimpinan. Maka, sebelum mandat tersebut hendak diberikan, wajib kita memastikan samada dia berkelayakan atau tidak. Ini kerana Allah berfirman: (maksudnya)

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu memberikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu berhukum di kalangan manusia maka hendaklah kamu berhukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu.” (Surah an-Nisa’ ayat 58).

Memberikan undi kepada yang tidak berkelayakan adalah mengkhianati amanah.

5. Untuk menentukan kelayakan seseorang itu, maka secara umumnya hendaklah dilihat kepada dua ciri yang penting yang disebut oleh al-Quran al-Qawiy (kuat atau mampu) dan al-Amin (amanah atau bertakwa). Firman Allah: (maksudnya)

“Sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja ialah yang kuat lagi amanah” (Surah al-Qasas:26).

Dua ciri ini hendaklah dilihat dalam kerangka jawatan yang hendak diberikan. Jika jawatan itu membabitkan kewangan umpamanya, maka kemampuan dalam pengurusan kewangan dan digabungkan dengan nilai amanah dalam diri calon yang dilantik. Begitulah juga jawatan dalam bidang-bidang yang lain. Maka dilihat kemampuan calon dalam tanggungjawab yang hendak diberikan dan nilai amanah dalam dirinya.

6. Kata Syeikhul-Islam Ibn Taimiyyah dalam kitabnya Al-Siyasah al-Syar`iyyah fi Islah al-Ra`iy wa al-Ra`iyyah:

“Hendak dipastikan orang yang terbaik baik setiap jawatan, kerana sesungguhnya kepimpinan itu mempunyai dua rukun iaitu al-Quwwah (kekuatan/kemampuan) dan al-Amanah…Al-Quwwah dinilai pada setiap kepimpinan berdasarkan keadaannya. al-Quwwah dalam mengetuai peperangan merujuk kepada keberanian hati, pengalaman dalam peperangan, tipu daya peperangan kerana peperangan itu adalah tipu daya dan kepada kemampuan dalam berbagai jenis peperangan…al-Quwwah dalam kehakiman manusia merujuk kepada ilmu mengenai keadilan seperti yang ditunjukkan oleh al-Quran dan al-Sunnah dan kepada kemampuan melaksanakan hukum. Dan amanah pula merujuk kepada perasaan takutkan Allah, tidak menjual ayat-ayat Allah dengan harga yang murah dan tidak takutkan manusia (sehingga mengabaikan Allah-pent.)”. (m/s 26. Kuwait: Dar al-Arqam)

7. Ertinya, sebelum seseorang itu mengundi, dia hendaklah memastikan individu yang diundi itu berkemampuan melaksanakan tanggungjawab bagi jawatan tersebut dan mempunyai nilai amanah dalam diri yang tinggi. Jika tidak, bererti dia memberikan undinya kepada orang yang zalim yang akan mengkhianati tanggungjawab. Apatahlagi, jika calon itu memang sudah ada rekod buruk dalam tanggungjawabnya. Juga, hendaklah dipastikan kesan undi itu tidak membawa keburukan kepada negara secara umumnya. Allah berfirman: (maksudnya)

“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang membuat zalim nanti kamu akan disambar oleh api neraka sedangkan kamu tiada sebarang penolong pun selain dari Allah. kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan” (Surah Hud: 113)

8. Maka, kita tidak boleh mengundi seseorang calon hanya kerana hubungan keluarga, atau sahabat atau parti. Sebaliknya, hendaklah atas kelayakan dan kesan undian itu. Justeru itu Nabi s.a.w tidak memberikan jawatan kepada Abu Zar kerana beliau tidak berkemampuan. Sekalipun Abu Zar seorang sahabat baginda yang soleh dan disayangi oleh Nabi s.a.w. Baginda bersabda:

“Aku bertanya: “Wahai Rasulullah! Tidakkah mahu engkau melantikku?”. Baginda menepuk bahuku dan bersabda: “Wahai Abu Zar, Sesungguhnya engkau ini lemah, sedangkan jawatan itu adalah amanah. Ia pada hari akhirat nanti adalah kerugian dan penyesalan, kecuali sesiapa yang mengambilnya dengan kelayakan dan menunaikan apa yang menjadi tuntutannya. (Riwayat Muslim).

9. Maka, undi dalam pilihanraya itu bukan sesuatu yang tiada nilai di sisi Islam. Sebaliknya, undi itu boleh menyebabkan seseorang mendapat pahala, ataupun mungkin mendapat dosa. Undilah yang berkelayakan dan memberikan kesan yang baik kepada negara dan rakyat.

Tenang dalam banjir: Kemenangan UMNO didahulukan?

Meskipun Barisan Nasional akhirnya berjaya untuk mempertahankan kerusi DUN Tenang-nya, namun kemenangan ini pada hakikatnya memberi tamparan sengit kepada slogan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan", tebu yang ditanam di bibir Pengerusi BN merangkap Presiden UMNO Najib Razak.

Apa tidaknya, apabila Tenang dilanda banjir yang setinggi paras pinggang (sedalam dua atau tiga kaki), sehingga menghalang sesetengah pengundi untuk menunaikan tanggungjawab mereka, ia sebenarnya mencerminkan ketidakcekapan dan kepincangan kerajaan tempatan dalam perancangan pembangunan bandar.

Selum lagi pertikaian yang semakin kuat didengar, sama ada pengundian perlu dihentikan atau ditangguhkan untuk memberi laluan sepenuhnya kepada kerja penyelamatan dan bantuan kepada mangsa banjir.

Ironinya, ketidakcekapan kerajaan inilah sebaliknya menyumbang kepada kemenangan BN. Pusat pengundian SMK Kamarul Ariffin di Bandar Labis Tengah misalnya, dikelilingi air bah - menghalang kira-kira 90 orang pengundinya untuk melaksanakan tanggungjawab masing-masing, meskipun hanya satu kilometer jaraknya dari pusat pengundian.

Salah seorang pengundi merungut kepada wartawan MerdekaReview, mereka sudah berada di situ pada jam 4 petang, menunggu agar truk tentera menghantar mereka ke pusat pengundian. Hasrat mereka tidak kesampaian. Mereka akhirnya gagal bergerak walaupun satu kilometer dalam masa satu jam - dan jarak 1 km inilah yang menggagalkan suara mereka untuk diambil kira dalam PRK ini.

Bagaimanapun, UMNO-BN menang dengan majoriti 3,707 undi, lebih kurang daripada matlamat 5,000 undi yang digariskan Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin sebelum ini. Apa yang lebih menarik, sokongan pengundi Cina masih memihak kepada Pakatan Rakyat, meskipun diwakili PAS kali ini - pola yang cukup meresahkan BN, terutamanya MCA dan Presidennya Chua Soi Lek.

Chua Soi Lek: Musuh luar dan dalam

Maklumlah, 14 PRK sejak PRU ke-12 sebenarnya cukup penat buat pemimpin dan penyokong kedua-dua Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. Pada hakikatnya, tidak banyak ruang khayalan untuk PR menawan kubu BN di Tenang, memandangkan 4,118 undi daripada jumlah keseluruhan datang dari kawasan FELDA.

Apa yang menarik, PRK Tenang adalah PRK pertama di Johor, kubu BN di Semenanjung Malaysia. Lebih-lebih lagi, DUN Tenang berada di bawah kawasan parlimen Labis, kawasan asal Presiden MCA Chua Soi Lek. MCA telah dilanda krisis pergelutan kuasa untuk hampir setahun, dan hanya reda (pada permukaannya) selepas pemilihan semula pada 28 Mac 2010. Satu soal selidik yang dikendalikan Merdeka Center pada Mac 2010 mendapati "hanya 22% Cina anggap MCA relevan".

PRK Tenang menjadi kayu ukur untuk menilai prestasi Chua Soi Lek. Namun, untuk Chua Soi Lek, kemenangan BN di Tenang tidak membawa apa-apa makna yang positif untuk dirinya - seandainya undi Cina tidak melonjak. Malah, kesudahan yang mungkin paling sempurna dari perkiraan politik Chua Soi Lek adalah BN kalah, tetapi undi Cina meningkat. Ini kerana kesudahan sedemikian akan menonjolkan betapa pentingnya kedudukan MCA dalam UMNO, sementara membuktikan bahawa Presidennya berjaya mengembalikan sokongan Cina.

Ini menjelaskan mengapa Chua Soi Lek mengatur strategi untuk menyerang dengan isu sama ada calon PAS Normala Sudirman bersalaman dengan lelaki atau tidak. Strategi ini langsung tidak mengambil sensitiviti masyarakat Melayu-Muslim, yang sudah tentunya bakal memberi impak kepada UMNO.

Begitu juga sebaliknya, Timbalan Presiden UMNO Muhyiddin Yassin tidak mengambil kira perasaan MCA, terus menyelar Chua Soi Lek secara terbuka, malah mengeluarkan kenyataan bahawa "Malaysia adalah Negara Islam yang menjadi teladan", pada ketika MCA menakut-nakutkan komuniti Cina dengan isu Negara Islam.

Sebagai politikus veteran, Chua Soi Lek (gambar kiri, tengah) semestinya menyedari bahawa selain musuh dari Pakatan Rakyat, antara parti komponen BN, beliau juga berdepan dengan musuh dalam MCA sendiri. Seandainya beliau gagal mempertahankan undi Cina di kawasan dirinya (sungguhpun kini disandang anaknya, Chua Tee Yong), maka keupayaan beliau akan dipertikaikan oleh pemimpin yang menggosok tangan dalam MCA. Dan ia mungkin pencetus konflik dalaman seterusnya dalam MCA.

Keputusan hari ini jelas menunjukkan bahawa strategi Chua Soi Lek untuk menakutkan pengundi Cina dengan isu "Negara Islam" hilang mujarabnya. Sama ada MCA bakal tunduk kepada realiti ini, ataupun kekal menggunakan senjata terakhir ini, akan diketahui dalam PRK Merlimau yang bakal diadakan pada hujung Februari depan.

Kedudukan PAS di kawasan campuran

Untuk PAS pula, PRK Tenang sebenarnya lebih merupakan pertarungan untuk menguji kedudukannya di kawasan campuran. Rakan partinya dalam Pakatan Rakyat, DAP dilihat bersungguh-sungguh untuk menangkis serangan dari MCA terhadap PAS. Jikalau "Negara Islam" menjadi isu yang menghantui hubungan antara PAS dengan DAP pada masa dahulu, kini kedua-dua parti ini kelihatan lebih matang untuk berdepan dengan isu yang kontroversi ini.

Keputusan PRK Tenang menyaksikan PAS meraih sokongan yang melonjak di komuniti Cina, dan mungkin lebih tinggi seandainya pengundi tidak disekat banjir. Ketika dihubungi MerdekaReview, pengkaji politik, Wong Chin Huat menyimpulkan keputusan ini dengan "UMNO menewaskan PAS, dan PAS pula menewaskan MCA".

Wong Chin Huat mengingatkan bahawa, PAS masih mampu melonjakkan sokongan pengundi Cina terhadap dirinya dalam keadaan kadar pengundian menurun, malah di kawasan kubu Presiden MCA sendiri!

Ini bermakna, MCA akan tewas dengan lebih teruk jikalau calon DAP atau PKR menyarung jersi dalam PRK ini. Malah, jikalau keadaan yang sama berlaku di kawasan yang bukannya kubu MCA, kekalahannya akan lebih ketara, menurut Wong Chin Huat.

Bagaimanapun, keputusan sedemikian mengesahkan sekali lagi realiti bahawa PR menghadapi kesukaran di kawasan desa, khususnya kawasan FELDA dan ladang estet.

Sungguhpun kalah dalam PRK Tenang, namun PAS mungkin boleh yakin dengan undi yang diraihnya melalui Pakatan Rakyat - sokongan yang melangkaui batas kaum dan agama. Malah, ia semestinya menyuntik semangat kepada pemimpin yang mengambil pendekatan sederhana dalam PAS. Cuma, PAS perlu memikirkan sesuatu untuk menembusi kubu UMNO di kawasan pedalaman, yang mana pendekatan ini tidak semestinya perlu mengorbankan undi bukan Melayu-Muslim.

Baca: BN raih majoriti 3707, gagal menjangkau matlamat 5000 undi

*Analisa ini disunting daripada beberapa laporan dan tulisan yang disiarkan di MerdekaReview, edisi bahasa Cina.

Lupakan ‘dacing sengget’, fikir-fikirkanlah ‘dacing akhirat’

Oleh Lanh

NAMPAKNYA dacing telah menang di Tenang. Menjelang pilihan raya kecil di Dun itu 30 Januari lalu dacing mengamuk sakan. Dacing berada di mana-mana. Dacing mendominasi ruang dan tempat. Tengok kiri dacing, tengok kanan dacing. Tengok depan dacing.

Namun dacing berimbang atas kayu atau besi ini sudah ketinggalan zaman - orang sekarang pakai dacing elektronik atau dacing ada muka, malah kedapatan dacing dua muka agar pelanggan tidak ditipu

Mungkin tidak ada orang lagi pakai dacing berimbang ini. Namun jika ada yang memakainya pun, orangnya pasti berslogan dulu, kini dan selamanya. Tak nak bertukar, jumud. Masih nak pakai dacing berimbang sekalipun ia sudah sengget.


Hendak bernostalgia pakai dacing berimbang tidak salah, yang salahnya menipu timbangan dalam bisnes. Ertinya menyalahgunakan dacing. Dalam Islam, menipu dalam bisnes adalah kesalahan amat serius; dalam al-Quran ada kisah umat Nabi Shuib dimusnahkan kerana cenderung menipu dalam bisnes.

Orang menipu tatkala menggunakan dacing sebenarnya tidak ingat akan dacing paling hebat iaitu dacing akhirat atau dalam istilah agama disebut timbangan amal (mizan). Setiap perbuatan manusia akan ditimbang walaupun sebesar zarrah (atom). Firman Allah SWT dalam Ayat 7 Surah Al Zalzalah, bermaksud: “Barang siapa yang mengerjakan kebaikan sebesar zarrah pun nescaya Dia akan melihatnya (menilai)."

Dalam hidup bermasyarakat, atau norma manusia bertamadun, seseorang itu tidak boleh menilai dirinya sendiri. Dalam masyarakat Melayu, kerana ketelitian bangsa ini, ada satu peribahasa menyebut 'masuk bakul angkat sendiri'.

Sekarang BN masuk dacing, selepas itu angkat sendiri. Sebab itu apabila harga barangan keperluan seperti gula dan harga minyak serta gas naik, orang yang masuk bakul ini (dacing) akan berkata 'kenaikan ini tidak membebankan'.

Mana ada beban, dia sendiri sudah masuk dalam bakul. Yang menanggung beban adalah orang di luar bakul (luar dacing). Orang dalam dacing, semuanya kata tidak membebankan. Betullah tu, sebab dia berfikir dalam timbangan dacing. Macam ikan busuk atau ayam pencen sudah masuk dacing, takkan boleh menjerit, aku beratlah!

Memang hebat fikiran orang Melayu dulu. Mereka mencipta simpulan bahasa, peribahasa yang cantik-cantik itu sebagai iktibar untuk orang kemudian. Orang Melayu dacing tidak faham kecantikan dan keindahan bahasa Melayu. Sebab itu mereka menginggeriskan Sains dan Matematik.

Berbalik kita kepada peribahasa 'masuk bakul angkat sendiri'. Adalah normal dalam masyarakat, seseorang yang jahat tidak akan berkata dia jahat. Seorang pencuri tidak akan berkata dia pencuri.

Seorang penyamun tidak akan mengaku dirinya penyamun. Sebaliknya apabila berlaku sesuatu kecurian dalam sesebuah kampung, si pencuri yang terperangkap akan menjerit, mengejar orang lain dengan mengatakan orang lain sebagai pencuri.

Apa yang berlaku sepanjang zaman, seorang penyamun atau perasuah akan pura-pura buat baik bagi menutup 'kepenyamumannya'. Orang puasa dia puasa. Orang raya dia pun raya. Orang bayar zakat fitrah, dia pun bayar zakat fitrah. Orang naik haji, dia pun naik haji. Itulah penyamun tarbus namanya. Banyak filem sudah dibuat mengenai hal ini. Jadi apa nak dihairankan jika penyamun tarbus dacing mengaku dia terbaik di dunia ini.

Dalam masyarakat Melayu, adalah pelik seseorang itu mengaku dia baik. Orang Melayu ini pemalu. Orang Melayu yang baik tidak mendabik dada dia baik. Sebab baik itu adalah penilaian orang.

Apabila seseorang itu mengaku dia baik atau mengiklankan bahawa dia baik, tentulah ada yang tidak kena dengan dirinya. Apabila orang mendakwa dia baik, hampir pasti dia tidak baik atau ada 'wayarnya putus' (short-cicuit).

Orang Melayu halus dalam budi bicaranya. Ada yang gemar bercakap 'cara kebalikan' (reverse). Apabila seseorang anak terjatuh kerana memanjat pokok, bapanya akan berkata, "panjat, panjat, panjat lagi", tetapi hakikatnya si bapa tadi tidak mahu si anak memanjat pokok lagi. Demikian betapa hebatnya orang Melayu berbahasa!

Tetapi apa yang dacing sudah buat? Dacing mengiklankan dia hebat! Kalau digunakan pendekatan 'reverse' tadi, hakikatnya dacing itu tidaklah hebat. Kalau dacing kata pendidikan percuma, ia bermaksud pendidikan tidak percuma.

Tanyalah mana-mana ibu bapa yang mendaftar anak-anak ke sekolah baru-baru ini. Mana ada pendidikan 'free'. Bagi seorang anak, kos ke sekolah rendah pada penggal baru lalu adalah antara RM100-RM300. Anak sekolah menengah pula (asrama) kosnya antara RM500-RM1,000. Betul buku teks adalah 'free', tetapi janganlah berbohong menyatakan pendidikan 'free'.

Dacing memang suka cakap 'reverse'. Katanya jangan berpolitik di bangunan sekolah, masjid dan tempat awam lain. Jangan guna harta kerajaan ketika berkempen, tetapi dia buat. Katanya, jangan hasut rakyat, dia yang mempropaganda rakyat. Mana tidaknya, buka saja radio atau TV, akan terdengarlah dakyah murahan..."Kerajaan dacing telah buat itu, telah buat ini...kejayaan sana, kejayaan sini...cemerlang, gemilang, terbilang..."

Kalau dacing telah buat semuanya, orang lain selama ini buat apa? Selepas itu dibilang pula, "pembangkang huru-hara...rakyat tidak selamat...bla,bla." Demikiannya kerja dacing siang dan malam. Petugas penyiaran, wartawan yang mengaku beriman, tidak takut dosakah berbohong menyatakan dacing baik-baik saja?

Akhir sekali dengarlah nasihat terakhir yang terbaik mengenai hal ehwal dacing ini. Dacing dunia ini lazimlah sifatnya tidak adil. Kerap sengget. Kuasa, pangkat dan duit boleh membeli dunia ini. Bolehlah masuk bakul (dacing), angkat sendiri.

Tetapi semua mahu ingat ada satu lagi dacing iaitu timbangan amal (mizan) yang maha tepat. Ketika diadili dacing ini, tidak lagi 'can' (chance) masuk bakul angkat sendiri!

Bawa pulang rakyat Malaysia segera - Anwar

KUALA LUMPUR, 1 Feb: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa kerajaan supaya membawa pulang rakyat negara ini dari negara Mesir sekarang ekoran suasana yang tidak terjamin lagi dari segi keselamatannya.

"Saya menggesa kerajaan segera membawa pulang rakyat kita di sana. Jangan tunggu sehingga nasi menjadi bubur," kata Anwar dalam satu kenyataannya.

Ketegangan di Mesir jelasnya tidak akan mengendur dalam beberapa ketika ini.

Protes menuntut perubahan disertai puluhan jika tidak ratusan ribu rakyat setiap hari di beberapa kota utama negara tersebut.

Keadaan semakin tidak menentu, keselamatan orang awam tidak lagi terjamin. Lebih membimbangkan adanya laporan bahawa wujudnya kumpulan samseng yang melakukan jenayah sewenang-wenangnya, kata beliau dalam kenyataannya itu.

"Saya difahamkan rakyat Malaysia yang kini tinggal di Mesir hampir mencecah 11 ribu orang, 10,328 dari jumlah tersebut merupakan pelajar yang mendaftar dengan kedutaan Malaysia di sana.

"Saya khuatir kedutaan kita menghadapi kesukaran untuk mengawasi serta menjamin keselamatan para pelajar dan rakyat Malaysia," katanya.

Beberapa hari ini regim Hosni Mubarak telah mengambil tindakan untuk merencat penggunaan internet terutamanya jaringan media sosial seumpama Facebook dan Twitter.

Malah, perkhidmatan telefon mudah alih juga sukar diperolehi, kata anggota Parlimen Permatang Pauh itu.

Oleh itu, kata Anwar yang juga Ketua Pembangkan, adalah mustahil buat kedutaan Malaysia mengawasi serta menjamin keselamatan seluruh rakyat kita di sana kerana sistem telekomunikasi sudah lumpuh dan tidak lagi berkesan.

Perkembangan ini sewajarnya menyedarkan Kerajaan Malaysia bahawa mereka perlu segera merencana kepulangan rakyat kita dari Mesir, tegas Anwar.

"Adalah tidak munasabah membiarkan rakyat kita terdedah kepada bahaya dan tersepit di celah-celah keributan menuntut Perubahan," katanya.

Kesah Benar: Bagaimana Penyelamat Banjir Sengaja Tidak Mengambil Pengundi PAS/PR

NOTA EDITOR: Kesah ini diberitakan oleh seorang ahli FB bernama Syabab PJ Selatan. Kalau hendak melihat kesah ini yang original, sila klik di sini.

Beliau bertugas di kg Paya Merah. Beliau dan rakan-rakan bertungkus lumus cuba membawa pengundi ke pusat mengundi. Apabila bot-bot bomba dan polis datang ke tempat mengambil pengundi beliau, bot tersebut berpatah balik. Terpaksalah syabab PJ Selatan meminta pertolongan sebuah lori askar membawa pengundi ke tempat mengundi di dalam banjir.

Akhirnya, hanya satu lori sahaja yang dapat dibawa ke pusat mengundi. Pengundi lain semuanya tidak dapt mengundi.

Dengan hanya satu trak itu sahaja, PAS berjaya menang di UPU SM Kamaruddin dengan 300 undi lebih. Bayangkan kalau pengundi-pengundi lain dapat datang. Sudah tentu bilangan undi kepada PAS jauh lebih tinggi.

Syabab Pas Pj Selatan: Saya berada di kg paya merah - jam 3ptg , hisyamudin keris datang dan tanya.."mana bot kita?" ketika itu saya didalam trak askar membantu mereka memindahkan pengundi yang tiba2 saluran bertukar ke sm kamarudin yg sebelum ini di sekolah cina( ditukar ke dewan semasa prk kali ni)

Syabab Pas Pj Selatan: kasihan melihat hanya seorang askar bertugas membantu pengundi dan seorang lagi askar drive lori , saya mengerahkan unit amal untuk sama-sama membaantu , hisyamudin akhirnya terpaksa naik trak untuk ke sm kamarudin, didalam trak penuh dengan pengundi cina

SSyabab Pas Pj Selatan: datang bot polis , mereka berpatah balik , datang bot bomba mereka berpatah balik...sapa pelik...kenapa?

Syabab Pas Pj Selatan: jika saya jahat , ketika hisyamudin hulurkan tangan nak naik trak saya boleh tarik dan lepaskan biar beliau jatuh dalam banjir...tapi sy bukan begitu..sy tarik tangan beliau atas dasar kemanusiaan

Syabab Pas Pj Selatan: tetapi apalah gunanya seorang menteri kdn berpura-pura naik trak bersama pengundi padahal beliau boleh arahkan bila2 masa bot2 untuk membantu memindahkan pengundi

Syabab Pas Pj Selatan
:untuk rekod...PAS menang majoriti 300 undi di sm kamarudin , disebabkan hanya sebuah trak askar , satu trip boleh memuatkan hanya 40 orang, dan ramai pengundi masih menunggu untuk mengundi walaupun jam sudah 4.45 petang, trak terakhir tiba jam 5.05 petang ketika SPR sudahpun umunkan tidak melanjutkan tempoh pengundian pada jam 4 ptg

Syabab Pas Pj Selatan: bagi mereka dalam fb..jika anda tidak ada pada masa kejadian , jangan cuba nak komen seperti anda berada disana..apa yang anda fikir x sama dengan apa yang kami rasa!

Syabab Pas Pj Selatan
: di pusat mengundi dewan sebaguna kg paya , kelihatan 2 orang wanita umno berada dikiri pintu masuk utama dan 2 orang petugas bn lelaki berada di pintu kanan...musykil bagaimana ini berlaku? - lihat bukti dalam akhbar sinar harian N2 31 januari 2010 , ini bukan akhbar harakah...tapi sinar harian!

Syabab Pas Pj Selatan
: bagaimana payung logo parti tidak boleh dimawa masuk ke pusat mengundi...tetapi ahli2 parti bn boleh masuk sampai ke pintu pusat mengundi..bukti jelas dalam akhbar sinar harian - mungkin editor x sedar atau mungkin Allah nak tunjuk betapa rakusnya be-end mencabul undang2 pilihanraya!

AWAS.. ada puak talam 2 muka dalam MBAS

Peniaga tidak perlu risau : ADUN

POKOK SENA - Masalah tempoh operasi niaga yang dihadkan di Pasar Pekan Lama Pokok Sena sehingga tengah hari turut mendapat perhatian wakil rakyat di kawasan berkenaan yang berjumpa dengan pihak pengurusan tertinggi Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lada, Ahmad Izzat Mohd Syauki berkata, jawapan yang diterima daripada Datuk Bandar MBAS, Datuk Ghazali Din adalah positif.

Menurutnya, Ghazali turut memberikan reaksi yang sama bahawa tidak ada tempoh masa yang ditetapkan bagi peniaga untuk berniaga dan perkara ini memberikan jawapan bahawa golongan peniaga di pekan berkenaan tidak perlu risau.

“Disebabkan masalah ini, saya sendiri pergi berjumpa dengan Datuk Bandar MBAS mengenai masalah berkenaan dan jawapan adalah positif malah beliau menyatakan bahawa tidak ada perkara yang menyatakan adanya tempoh meniaga yang dihadkan masanya kepada peniaga.

“Saya difahamkan bahawa arahan ini hanya dikeluarkan oleh segelintir penguat kuasa MBAS sahaja dan kini peniaga tidak perlu risau dan boleh berniaga seperti biasa, namun pada waktu sama masih perlu lagi mengikuti peraturan yang ditetapkan sebelum ini,” katanya.

Maklum balas berkenaan adalah reaksi kepada masalah baru yang timbul dalam kalangan peniaga yang mendakwa masa perniagaan mereka dihadkan sehingga waktu tengah hari untuk memberi laluan kepada kerja pembersihan pasar berkenaan oleh pihak berkaitan.

Ahmad Izzat berkata, beliau menghargai tugas yang dilaksanakan penguat kuasa MBAS dan pihak berkaitan dalam mendisiplinkan peniaga untuk mengikut peraturan dan menjaga kebersihan.

Bagaimanapun menurutnya, perkara berkenaan boleh dilaksanakan secara berhemah dan bijaksana bagi mengelakkan masalah antara peniaga dan pihak berkaitan.

“Sekiranya masalah ini terus berlarutan walaupun pada asal puncanya kecil, ia akan menghakiskan rasa kepercayaan penduduk terhadap pihak penguat kuasa dan pada waktu yang sama kita tidak mahu ada pihak yang cuba mengambil kesempatan atas masalah seperti ini,” katanya.

Terdahulu, Ahli Majlis MBAS, Umar Awang secara peribadinya melihat bahawa keperluan penduduk perlu menjadi keutamaan dan perkara berkenaan jika benar boleh dipertimbangkan kembali untuk memberi keselesaan kepada semua pihak.

* Segelintir penguatkuasa MBAS = Inilah puak 2 alam yg lebih sudu dari kuah untuk memburukkan kerajaan negeri..berhati2lah dengan golongan ini...

Bukit Raya : Tudia nie Kubu Kuat PAS nie.. Takan MKK lena kot..??

Gagal jelas yuran, beli buku sekolah

PENDANG – Kemiskinan ternyata membatas segala-galanya, namun apakan daya manusia melawan takdir. Begitulah yang dialami seorang ibu di Kampung Bukit Raya Dalam, di sini.

Berikutan kesempitan hidup, pendidikan anaknya terganggu. Sehingga kini Che Siti Kalsom Don, 45, dan suaminya masih gagal menjelaskan yuran dan membeli buku sekolah buat anak kesayangan mereka.

Che Siti Kalsom berkata, anaknya, Nor Atikah Md Rafi merupakan pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan Pendang.

Keadaan itu bermula sejak suaminya jatuh sakit akibat mengalami pendarahan di bahagian dubur.

“Disebabkan tiada buku, anak saya tidak mahu ke sekolah.

“Saya sedih dengan keadaannya. Dia juga malu untuk berterus-terang kepada guru mengenai hal itu,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, dia bimbang pelajaran anaknya itu terjejas.

“Keadaan ini, memaksa suami saya bekerja beberapa bulan lalu. Dia pula terpaksa memakai lampin pakai buang kerana pendarahan yang banyak.

“Masalah ini telah dirujuk kepada pihak berkenaan, namun mereka meminta kami melakukan pekerjaan. Mereka mengatakan kami masih mampu dan kuat. Sedangkan mereka tidak tahu keadaan yang dihadapi keluarga kami,” katanya.

Sinar Harian juga dimaklumkan, lantai rumah keluarga itu masih lagi tidak disimen dan mereka terpaksa tidur di atas tanah dengan beralaskan tikar sahaja.

MKK Sg YAN.. nganga lagik pie tengok masalah anak buah nie..

Minta bantuan baiki kediaman

SUNGAI YAN - Seorang warga emas di Kampung Jeti 10 Batu 24 di sini, mengharap bantuan baik pulih rumah berikutan masalah anai-anai.

Sofiah Hasan, 57, yang turut menjalankan perniagaan kuih-muih berkata, pendapatannya sebagai penjual kuih tidak mampu untuk membaiki kerosakan tiang rumahnya.

“Masalah tiang ini telah lama berlaku, kalau tidak silap saya hampir dua tahun. Dulu tidaklah teruk sangat. Namun, bila dibiarkan ia semakin serius.

“Selain tiang, anai-anai turut merosakkan pakaian yang diletakkan di dalam almari.

“Kalau ada baju yang jarang guna pasti akan menjadi mangsa.

“Kadang-kadang sedih juga bila tengok baju kesayangan rosak,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, permohonan untuk mendapatkan bantuan baik pulih rumah telah pun dibuat dan masih belum ada respons yang positif.

“Saya dah letih buat permohonan, terlalu banyak permohonan yang saya buat. Kadang- kadang saya terpaksa menutup gerai untuk berurusan dengan pihak yang sepatutnya.

“Saya harap ada pihak yang dapat pantau keadaan rumah saya. Sampai sekarang saya masih menunggu penjelasan pihak yang berkenaan,” katanya ketika ditemui.

Dia berkata, kerosakan rumahnya turut melibatkan kawasan atas rumah.

“Bukan saja tiang, malah dinding di bahagian atas rumah saya turut dimakan anai-anai. Keadaan ini amat merisaukan.

“Jika masalah ini tidak diatasi segera, kemungkinan keluarga saya berada dalam bahaya. Walaupun anai-anai ini kecil, tapi kesannya besar,” katanya.

Menurutnya, pelbagai langkah telah diambil untuk mengatasi masalah itu.

“Saya dah gunakan pelbagai cara, tetapi hasilnya tiada. Anai-anai tetap ada. Saya risau ancaman anai-anai ini akan terus merosakkan rumah.

“Disebabkan itulah saya berharap ada pihak yang sudi tampil melihat keadaan rumah seterusnya dapat menilai sendiri masalah yang saya alami,” kata Sofiah.

30 tahun JKKK Lena 3 tahun MKK Lena..

33 tahun hidup dalam gelap

TELOI KANAN – Selama 33 tahun sembilan keluarga di Kampung Bukit Endoi tidak pernah menikmati bekalan elektrik, malah bekalan air yang digunakan sekarang juga diambil dari sumber air bukit berhampiran.

Namun, kini mereka boleh menarik nafas lega apabila dalam tempoh tiga bulan lagi bekalan elektrik akan diterima.

Penduduk yang juga penoreh getah, Mustafa Daud, 33, berkata, sejak dia dilahirkan di kampung itu, dia tidak pernah menikmati kemudahan bekalan elektrik.

“Selama ini saya dan keluarga serta penduduk lain hidup dalam kegelapan dan hanya diterangi dengan lampu minyak gas sahaja untuk melakukan urusan harian.

“Tambahan pula, harga minyak gas bagi setengah kilogram (kg) sekarang mencecah RM5 dan mampu bertahan selama empat hari sahaja penggunaannya,” katanya.

Mustafa berkata, apabila dimaklumkan bekalan elektrik akan dipasang dalam kampung mereka, dia sangat gembira kerana akhirnya penantian penduduk untuk mendapat bekalan elektrik akan berakhir.

Menurutnya, dengan adanya bekalan elektrik, ia memberikan banyak manfaat kepada penduduk di sini terutama anak yang ingin mengulang kaji dan menyiapkan kerja sekolah mereka.

Penduduk, Mat Isa Idris berkata, ketiadaan bekalan elektrik di kampung mereka memang menimbulkan kesusahan kepada penduduk di sini.

“Setiap hari anak-anak terpaksa belajar di bawah cahaya lampu minyak gas, malah apabila waktu malam kami semua sukar untuk bergerak dalam keadaan gelap.

“Saya berterima kasih kepada pihak berkenaan yang berusaha membantu penduduk kampung mendapatkan bekalan elektrik tidak lama lagi, malah pendawaian dalam rumah sudah dipasang,” katanya.

Sebanyak sembilan keluarga bakal menerima bekalan elektrik hasil usaha Persatuan Kerabat Diraja Kedah yang memohon bekalan elektrik luar bandar ke kampung itu melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Yang Dipertuanya, Datuk Tengku Zainol Tengku Yahya berkata, beliau terharu apabila mendapat tahu mengenai kedaifan penduduk kampung berkenaan yang hidup dalam kegelapan selama 33 tahun.

Menurutnya, permohonan kepada Kementerian terlibat telah dibuat dan persetujuan diberikan yang mana ia akan dilaksanakan Tenaga Nasional Berhad (TNB) mulai Mac ini selepas proses perolehan diselesaikan.

“Masalah seperti ini tidak seharusnya berlaku kepada penduduk di kampung ini dan saya berharap pemimpin masyarakat dapat turun meninjau maslah yang dihadapi rakyat.

“Selepas ini, persatuan juga akan masuk ke kampung-kampung yang menghadapi masalah kemudahan infrastruktur dan cuba untuk membantu menyelesaikan maslaah mereka setakat termampu,” katanya.

Facebook: Bahagia dan bahaya

TERIMALAH hakikat bahawa ranking masyarakat kita membuka akaun, melayari dan apa jua istilah laman sosial dalam alam maya seperti Facebook, Twitter, Myspace, Finder dan sebagainya antara yang tertinggi di dunia.

Namun isunya apakah yang terjadi dengan teknologi Internet seperti Facebook?

Bukalah laman web Internet dan klik Facebook nama si polan bin/binti si polan dengan mudah kita dapat membelek foto manis, foto tampan, foto samaran atau apa jua kemungkinan yang boleh dieksploitasikan untuk tatapan awam bagai papan tanda di Bursa Saham! Tidak kira isteri orang, jejaka perasan, don juan, kasanova, pemimpin politik yang berkarisma dan apa jua jenis manusia yang mana yang membezakan mereka hanyalah nawaitu masing-masing. lronisnya ada isu fitnah, gosip dan tohmahan pula yang dipaparkan!

Justeru berlakulah seperti laporan konflik politik, pergeseran kaum, pergolakan rumah tangga dek keberanian dan keberahian yang tidak dapat dikawal.

Dan di sebalik tabir menerusi laman sosial seperti ini apabila hubungan dilayani kian bertambah intim dalam kes pasangan suami isteri maka kian parahlah hubungan kekeluargaan.

Si wanita meraih simpati, si lelaki pendengar/pelayan/pelayar yang empati maka hanya tembok malu sebagai benteng terakhir sama ada bertahan atau kecundang jua akhirnya.

Yang mendukacitakan lagi, cuba jengok-jengoklah pejabat kerajaan, baik di Putrajaya atau di mana jua, staf yang senior mahupun yang junior khususnya anak-anak muda begitu tekun dan asyik menghadapi papan monitor; seolah-olah menumpukan tugasan rasmi.

Ketua-ketua jabatan dari peringkat KSN, KSU, KP, TKSU, TKP dan seterusnya ke bawah akar umbi rajin-rajinlah cuba jengok dan pantau.

Jangan anggap bahawa anda generasi lama boleh dikelentong dengan silap mata ICT. Bukanlah mustahil asyik melayani dan chatting menyebabkan sepatutnya surat rasmi yang disiapkan dalam masa satu jam bertukar menjadi satu bulan. Bahkan ada yang ditunda tarikh ke belakang hampir sebulan.

Kepada mereka yang leka gila dengan pembaziran masa cuba hitung masa yang anda bazirkan dalam sehari seminggu atau sebulan semata-mata untuk bersembang-sembang kosong. Lihatlah mereka yang maju seperti anak-anak muda keturunan Cina, mereka terus berniaga dan bekerja gigih secara terus menerus menghargai masa ketika lapang pada usia muda.

Tanyalah diri kita sendiri; berapakah buah buku yang kita berjaya habis baca dalam seminggu atau bulan ini? Sudahkah kita membelai suami/isteri/anak-anak kita dengan bisikan kata-kata romantis pada hari ini; pagi, petang atau malam ini?

Sudahkah kita menyiapkan tugasan rasmi di pejabat? Kunci ada di tangan kita maka kitalah yang sendiri mahu membuka atau mengunci minda kita, terserahlah.

MAHNESSA A. KADIR
Setiausaha Agung Persatuan Pengamal Pendidikan Malaysia
Kuala Lumpur

Kerajaan sedia lakukan ‘swapping’ untuk bolehkan Siam miliki rumah

ALOR SETAR, 31 Januari - Rakyat keturunan Siam adalah Bumiputera tetapi mengikut undang-undang yang sedia ada mereka tidak dibenarkan membeli rumah-rumah yang dibina di atas Tanah Rizab Melayu.

Undang-undang ini bukan diwujudkan oleh Kerajaan hari ini tetapi yang sedia ada sebelum Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan dan pentadbiran hari ini hanya meneruskan pelaksanaannya sahaja.

Demikian kenyataan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Dato’ Ir Phahrolrazi Haji Zawawi.

Kerajaan Negeri, katanya, tidak menafikan hak rakyat keturunan Siam untuk membeli rumah. “Ini kerana 50 peratus unit rumah di satu-satu taman perumahan yang dibangunkan adalah pegangan bebas yang terbuka kepada sesiapa sahaja rakyat negeri ini untuk membelinya termasuklah Bumiputera keturunan Siam,” ujarnya.

Mengulas laporan sebuah akhbar hari ini yang memetik segelintir penduduk keturunan Siam dalam Daerah Padang Terap tidak dibenarkan membeli rumah di Taman Seri Naka.

Laporan itu juga menyebut beberapa orang penduduk keturunan Siam di daerah Padang Terap tidak dibenarkan membeli rumah kerana tapak perumahan itu adalah Tanah Rizab Melayu dan mereka menggesa kerajaan mengkaji semula undang-undang itu.

“Kerajaan akan mengkaji isu ini dan kes yang berbangkit boleh diselesaikan dengan baik.

“Mereka boleh membeli rumah berkenaan dan kerajaan akan lakukan ‘swapping’ bagi unit-unit yang mereka beli dan akan diganti di tempat lain,” katanya.

Ujarnya, kaedah ‘swapping’ ini akan dilaksanakan dalam menangani kes-kes tertentu sahaja seperti menyelesaikan kes penduduk keturunan Siam untuk membeli rumah berkenaan.

“Isu ini bukanlah isu baru sebab rakyat keturunan Siam tidak dianggap sebagai Melayu walaupun mereka adalah Bumiputera dan mereka tidak berhak memiliki Tanah Rizab Melayu. Ini adalah peraturan sedia ada. Mereka tidak boleh beli atau memiliki tanah rizab, rumah atau kebun atas Tanah Rizab Melayu,” katanya.

Penduduk berkenaan boleh membeli rumah yang dibangunkan atas tanah berstatus pegangan bebas di mana-mana tempat kerana sebahagian besar tanah di Kedah adalah pegangan bebas.

Tambahnya, status mereka sebagai Bumiputera sepatutnya tidak menghalang daripada memiliki rumah sendiri dan beliau bersedia berbincang untuk menyelesaikan masalah ini.

TAHNIAH : RON97 naik 10 sen lagi

Harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen berkuatkuasa tengah malam ini menurut satu sumber industri.

Dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan meningkat menjadi RM2.50 seliter (RM2.40 sebelumnya).

Ini merupakan kenaikan harga yang keempat berturut-turut bagi petrol RON97.

Kenaikan harga ini juga dilakukan sehari selepas pilihan raya kecil DUN Tenang yang berlangsung semalam.

Semenjak tahun lalu, harga RON97 mula dinaikkan kepada RM2.15 pada 2 November, RM2.30 pada 1 Disember dan terus meningkat kepada RM2.50 pada 4 Januari tahun ini.

Harga bagi petrol RON97 yang banyak digunakan oleh kenderaan berkuasa tinggi, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa.

Apungan itu diperkenalkan tahun lalu dan satu gred baru petrol RON95 turut diperkenalkan.

Harga bagi RON95 kini ditetapkan pada kadar RM1.80 seliter.

Pengurangan subsidi bagi bahan keperluan seperti petrol telahpun mula diperkenalkan melalui Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) sejak awal tahun lalu.

Badan berkenaan ditubuhkan bagi mengurangkan beban subsidi negara.

INSYA ALLAH - Maher Zain [versi melayu]


Andainya kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian, tiada pembela
Segalanya suram, bagai malam yang kelam
Tiada bantuan tiada tujuan
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Insya Allah... Insya Allah... Insya Allah...
Ada jalannya
Insya Allah... Insya Allah... Insya Allah...
Ada jalannya

Andainya dosamu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Dikau keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Insya Allah... Insya Allah... Insya Allah...
Ada jalannya
Insya Allah... Insya Allah... Insya Allah...
Ada jalannya

Kembalilah
Kepada Yang Esa
Yakin padaNya
Panjatkanlah doa
Oh Ya Allah
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar...

Insya Allah... Insya Allah... Insya Allah...
Ada jalannya
Insya Allah... Insya Allah... Insya Allah...
Ada jalannya

Melody: Maher Zain
Lyrics: Maher Zain & Bara Kherigi
Arrangement: Maher Zain & Hamza Namira
Malay Lyrics: Frizdan




Ayuh Anak Muda, Bangkit Menggegar Negara

AlhamduliLlah, setingginya syukur kepada Allah. Juga selawat serta salam kepada Junjungan Mulia, RasuluLlah SAW, ahli keluarga Baginda, para sahabat, serta sekalian Ulama', Umara' dan Pejuang-pejuang Islam yang tetap tegar di atas jalan perjuangan menegakkan kalimah Tauhid yang menjadi Sunnah dan Perintah daripada Baginda SAW.

Syukur kepada Allah, yang menggerakkan hati sahabat-sahabat seperjuangan (dan mungkin seteru!?) untuk meneliti karangan saya. Jutaan penghargaan buat semua sokongan yang kalian berikan, juga buat doa yang dipanjatkan.

Tidak kira, respon yang saya terima daripada sisi positif atau sebaliknya, tetap ia memberi manfaat pada saya. Samada untuk saya jadikan ia semangat yang mendorong, nasihat yang memandu ataupun peringatan untuk saya bermuhasabah.

Ramai dalam kalangan mereka yang prihatin terhadap saya, kesal dengan 'keberanian' saya menyatakan nama penuh dan umur saya. Kata mereka, bimbang dicari orang-orang yang 'berniat jahat', bimbang dikenakan apa-apa tindakan yang tidak munasabah nanti.


AlhamduliLlah, syukur kepada Allah yang meletakkan kasih pada saya di dalam hati kalian. Tetapi, InsyaAllah.. tak akan ada apa-apa yang buruk bakal menimpa saya. Saya tidak melanggar undang-undang bukan? Saya juga belum terikat lagi dengan akta-akta kuku besi yang memenjara minda dan suara anak muda. Dan kalau ada apa-apa yang menimpa (NauzubiLlah..), saya yakin, Allah akan 'menghantar' kalian semua untuk 'berdiri' bersama saya, berhadapan dengan rejim tirani itu nanti.

Persoalan surat ini, sampai atau tidak kepada YAB Dato' Seri PM, adalah persoalan ketiga, keempat ataupun kelima, bagi saya. Apa yang lebih penting adalah, saudara dan sahabat sekalian. Iya, memanglah saya menulis untuk beliau, namun sasaran saya adalah kalian.

Saya mahu menghantar isyarat, betapa seorang anak muda, mempunyai kekuatan untuk bersuara. Justeru, saya memberi isyarat, mengajak kalian semua juga untuk bersama. Agar kelak, semua anak muda, yang punya maruah dan harga diri, akal yang sihat dan jiwa yang sedar, akan sama-sama bersuara. Akan sama-sama bertegas dengan mereka yang punya kuasa dan menyalahgunakannya!

Sahabat-sahabat semua, kita anak muda punya kekuatan dan semangat. Punya keinginan dan kehendak yang kuat. Ayuh, mari sama-sama kita satukan suara, padukan tenaga, untuk digembleng sehebat-hebatnya, demi 'membebaskan' negara dan ummah tercinta, yang telah sekian lama 'terbelenggu'!

Allah SWT telah memberi perintah, menerusi kalamNya yang Mulia, di dalam Surah al-Kahfi, ayat ke-13 dan 14 :


Yang bermaksud : Kami ceritakan kepadamu (Muhammad) kisah mereka dengan sebenarnya. Sesungguhnya, mereka adalah PEMUDA-PEMUDA yang berIMAN kepada Tuhan mereka, dan kami tambahkan petunjuk kepada mereka (13).

Dan kami teguhkan hati mereka, ketika mereka BERDIRI lalu mereka berkata, "Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi, kami tidak menyeru Tuhan selain Dia, kalau kami berbuat demikian, tentu kami telah mengucapkan perkataan yang menyimpang jauh daripada kebenaran (14)"

Sahabat-sahabat sekalian, ciri-ciri pemuda perkasa itu, paling kurang 4, sebagaimana diisyaratkan menerusi ayat tersebut.

Pertama, mereka berIman kepada Allah.

Kedua, mereka diberi petunjuk dan bantuan oleh Allah SWT.

Ketiga, hati mereka teguh dan terikat kerana Allah.

Keempat, mereka bukanlah golongan yang duduk berdiam diri, bergoyang kaki dan hanya memuaskan tembolok sendiri, bahkan mereka adalah PEMUDA, yang BANGKIT, BANGUN dan bertegas, bahawa mereka hanya menghambakan diri kepada Dia, Raja Segala Raja.

Ayuh pemuda, mari kita bangkit berdiri, ayuh kita perangi habis-habisan, sistem kehidupan caca-merba yang mengkultuskan manusia Penguasa, dan menghambakan rakyat jelata yang tidak berdaya, serta sesiapapun yang menjadi dalang disebaliknya!

Samada kita perangi mereka dengan senjata kasih-sayang, mahupun (mungkin) ketegasan, BUAT TETAP.. BUAT!!

Usah ditunggu hari tua, atau nanti hari layak mengundi baharu teraba-raba mencari arah, tentukan sikap dan pendirian kalian sekarang juga, wahai Anak Muda!

Biar orang-orang tua kita, tersenyum bangga melihat anak-anak muda, bangkit bersuara dan bergerak, mengibar obor dan panji Kebenaran.

Ayuh anak muda, bangkit dan mari kita bersama, GEGARKAN negara!!

Tenang : Sekadar 35 peratus orang Cina sokong BN

Tenang: Persoalan sukar DAP kepada MCA

Walaupun pedih dengan kekalaham calon PAS Normala Sudirman dalam pilihan raya kecil tenang, pemimpin popular DAP Lim Kit Siang berkata, terdapat persoalan yang sukar harus dijawab oleh Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

NONE"Adakah Chua mempunyai keberanian politik untuk memberitahu Umno bahawa pertambahan sokongan masyarakat Cina (kepada Pakatan Rakyat) bukan kerana hudud atau negara Islam tetapi dasar Pakatan untuk perubahan, keadilan, demokrasi dan kemajuan?

"Atau beliau akan terus menyalahtafsrikan dan meyimpangkan kehendak politik dan harapan pengundi Tenang dengan terus menipu dengan dakwaan palsu bahawa peningkatan 65 peratus pengundi Cina kepada calon Pakatan sebagai menyokong hudud dan negara Islam? soal Lim.

Dalam satu kenyataan hari ini, anggota parlimen Ipoh Timur itu menambah, ketika MCA bermegah dengan kemenangan di tiga daripada empat kawasan majoriti Cina, Dr Chua gagal menyedari bahawa hanya 35 peratus memilih BN walaupun tempat itu dianggap taman permainannya sendiri.

Chua merupakan bekas ahli parlimen Labis - tempat letaknya Tenang - sebelum memberikan kerusi itu kepada anaknya Chua Tee Yong.

Tenang - Guan Eng Perli Mamat Porno

Guan Eng: Calon tak menang, tak tewas

lim guan eng commenting on rci and pppaKetua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mempunyai analisis 'ganjil' berhubung keputusan pilihan raya kecil Tenang semalam.

"Pemenang dan si kalah bukanlah calon tetapi orang lain," kata setiausaha agung DAP itu.

Di pihak BN, pemenang sebenar adalah Menteri Besar Johor Abdul Ghani Othman yang berjaya menunjukkan kebolehan dan kemampuannya, kata Lim dalam sidang media di Komtar hari ini.

"Manakala pihak yang kalah bukan calon PAS tetapi... kamu tahulah," tambahnya.

Apabila ditanya tentang pihak yang dimaksudkannya itu, beliau masih enggan menyatakannya.

"Dalam hati, kamu tahulah siapa dia," katanya Lim lagi, dipercayai merujuk kepada kemampuan MCA di kawasan Cina di Labis.

Semoga Kerajaan cepat bertindak menyelamatkan 11 Ribu Rakyat Malaysia terperangkap di Mesir

Penuntut Malaysia di Mesir dinasihat berkumpul
31/01/2011 4:54pm
http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2011/0130/Kosmo/Dunia/du_01.1.jpg

PUTRAJAYA 31 Jan. – Semua penuntut Malaysia yang berada di Mesir pada masa ini dinasihat agar berkumpul sesama mereka dan saling menjaga keselamatan masing-masing bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berikutan pergolakan yang berlaku di negara itu.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata walaupun kerajaan, melalui Kedutaan Malaysia dan Jabatan Penuntut Malaysia (MSD) di sana sentiasa berusaha untuk memastikan keselamatan mereka, mereka juga perlu mengambil tanggungjawab memandangkan keadaan bertambah serius.

"Pegawai kita pergi kesemua rumah-rumah negeri untuk memastikan bahawa semua penuntut selamat, dan memberi nasihat dalam soal menjaga bekalan makanan, elakkan tempat-tempat tumpuan ramai dan tidak terbabit dalam demonstrasi dan sebagainya.

"Paling utama ialah penuntut berkenaan mesti bertanggungjawab mengenai keselamatan diri mereka kerana kita tidak dapat harap kedutaan atau MSD (Jabatan Penuntut Malaysia) berada di sana sepanjang masa,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohamed Khaled berkata kerajaan juga sedang meneliti pelbagai pendekatan bagi memastikan keselamatan kira-kira 11,000 rakyat Malaysia yang berada di negara itu, termasuk untuk memindahkan mereka ke negara terdekat seperti Jordan atau Syria sekiranya keadaan memerlukan. - Bernama

Ini isu yg sedang digebang di fb : http://lynx.my/rakyat

Jika Ariel Peterpan jadi Presiden MCA tentu tidak kena 3 tahun penjara

Untung Chua Soi Lek ...


Suspek kes video lucah Najriel Irham atau lebih dikenali Ariel Peterpan dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun setengah (ditolak masa tahanan) beserta denda Rp250 juta (RM85,000).[ lagi ]


Husam | UDA | Blogger

Arked Uda Mesti Kekal

Ada blogger tersepit ekornya bila Kerajaan Negeri Kelantan umumkan akan mengambil balik tanah Uda di Kota Bharu.

Dari 'lubang kubur Nik Aziz' sampai kepada 'aku akan panggil engkau penipu' berhamburan keluar. Kenapa mesti panas baran dan sensitif melampau?

Teori 'kerugian ketiga' kononnya akan berlaku jika tanah Uda itu diambil balik. Berapa pula kos akan terlibat.

Menjadi blogger bukan bererti kita faham segala-galanya dan punya lesen besar untuk melanyak semua perkara. Kitalah super hero maha betul dan orang lain hanya penghuni lubang kubur yang terkebil-kebil.

Ambil balik tanah Uda - kesudahannya rugi akan jadi lebih besar.

Semudah itukah? Saya tanya sekali lagi, semudah itukah?

Kalau semudah itu kerugian boleh berlaku dan blogger berkenaan nampaknya amat handal bab untung rugi, sepanjang kareer beliau venture di sana sini, rekod beliau untung saja? Ada rugi sekali sekala. Macam mana boleh rugi? Dalam handal ada kurangnya, bukan?

Tanah prime seluas 1.5 ekar di tengah bandar Kota Bharu dengan muka hadapan jalan, tidak boleh dijanakan dengan komponen komersial yang boleh janakan keuntungan, selain memenuhi tanggung jawab menyediakan kemudahan premis perniagaan untuk peniaga kecil dengan harga yang berpatutan?

Blogger bukan pemaju.

Sudut penjanaan pembangunan atas tanah sebegitu berharga tentulah bukan kepakaran beliau. Beliau hanya nampak berapa harga tanah kena dibayar dan tak nampak berapa penjanaan dari tanah yang dibayar itu. Kesian.

Jika tidak mengapa Uda sendiri, pemilik tanah itu sekarang, menghantar proposal untuk membangunkan tanah itu dengan pangsapuri 17 tingkat? Katakan jika pangsapuri itu dimajukan oleh syarikat lain selepas mereka membeli tanah itu dari Uda dengan harga kurang sepuluh juta, jika keuntungan bakal diperolehi lebih sepuluh juta, syarikat itu sudah untung, bukan rugi. Apa lagi kalau keuntungan adalah lebih besar dari itu atau komponen pembangunannya berbeza dan lebih menguntungkan.

Tapi persoalan pokok dari cadangan pembangunan pangsapuri Uda itu di sini ada dua;

a. Ke mana peniaga kecil yang telah bermukim di situ selama ini akan pergi?
b. Kenapa Uda lari dari fungsi asal penubuhannya untuk menempatkan peniaga Bumi di tengah bandar? Kenapa tidak dibina ruang niaga mencukupi berharga rendah untuk peniaga di situ? Alih-alih datang dengan cadangan pangsapuri yang tidak ada kena mengena dengan fungsi asalnya menyediakan premis perniagaan di bandar-bandar.

Kerana itulah, enam tahun silam Uda mengeluarkan notis kepada semua peniaganya untuk berpindah dari situ. Berpindah ke mana? Ke mana-mana mengikut peniaga itu sendiri. Tiada penyelesaian, hanya notis pindah keluar.

Sedangkan asal usul tanah PT 207 Seksyen 11 bernilai prima itu diberi oleh Kerajaan kepada Uda pada tahun 1984 lagi ialah untuk membina penempatan kekal peniaga kecil. 27 tahun berlalu. Lihat lah keadaan Arked Uda itu selepas 20 tahun.... Menyedihkan.

Mungkin blogger itu dah lama tak berkunjung ke KB. Terlupa betapa dhaifnya Arked itu.

Atap silih berganti tetapi bangunan tuanya kian lusuh. Dari penempatan sementara lebih 20 tahun dulu, kini peniaganya dinotis untuk keluar tanpa penyelesaian.

Apa? Mahu Kerajaan Negeri berputih mata?

Itulah asalnya peniaga ini akan ditemnpatkan di Bazar Tok Guru. Memikul beban peninggalan Uda yang sudah lari dari matlamat asalnya.

Bila beban Uda terus menerus dipersalahkan kepada Kerajan Negeri, mengapa tidak kita melihat penyelesaian dalam ruang yang lebih besar?

Bila nanti ruang niaga yang mencukupi untuk peniaga Arked Uda telah siap bersama komponen komersial yang lain untuk subsidi silang projek itu, peniaga lain di Bazar Tok Guru boleh menikmati ruang niaga yang lebih besar seperti hasrat mereka.

Lihat apa berlaku di Tanjung Tokong di Pulau Pinang. Saya agak faham isu ini kerana telah beberapa kali melawat dan berdialog dengan orang Melayu yang menjadi penduduk tetap di situ turun temurun sudah ratusan tahun. Sekarang mereka dianggap sebagai setinggan atas tanah tempat tinggal mereka turun temurun.

Tun Razak yang menubuhkan Uda untuk membela orang Melayu terutama di bandar-bandar telah menganugerahkan tanah-tanah prima di Pulau Pinang termasuk di Tanjung Tokong dengan fee nominal. Harapan masa itu ialah Uda boleh membangunkan tanah ini dengan modal yang diberi oleh Kerajaan dan dengan itu harganya mampu dibeli oleh orang Melayu.

Apa jadi? Silal lah blogger berkenaan berkunjung ke sana. Sebahagian tanah prima di tepi pantai telah dibangunkan dengan kondomium mewah dan secara otomatik terjual kepada orang lain. Orang Melayu terkebil-kebil. Kini, baki orang Melayu yang ada disitu akan dianjak dari baki tanah yang ada.

Jika itu falsafah pembangunan yang hendak dibawa ke KB, baik Kerajaan Negeri sahaja campur tangan dan melindungi peniaga sedia ada berapa pun kos yang perlu dibelanjakan. Lebih-lebih lagi, dengan gabungan komponen yang betul, kedua objektif sosial tidak terkorban oleh objektif komersial.

Adakah itu rugi? Adakah itu penipu?

Saya boleh meneka kenapa blogger berkenaan terasa ekornya tersepit.

Maklumlah sekarang ia jadi bos blogger pihak sebelah sana untuk hentam Kerajaan Negeri. Mestilah nak tunjuk bakat.

Lagi pula, Uda di bawah jagaan menteri dari Kelantan. Bila tersentuh kegagalan Uda, tersentuh menteri berkenaan. Pantang.

Nampak sangat alpa menteri itu pula. Apa Uda sudah buat kepada orang KB? Setakat tangguh notis satu tahun?

Kalau notis itu tak keluar, tak payah sambung satu tahun. Kenapa notis mesti dikeluarkan??? Kalau pun Uda tak nak majukan dengan premis tetap yang baru untuk peniaga itu, biarkan sahaja mereka kekal di situ. Baru lah tak timbul masalah. Itu yang sensitif. Saya pun faham. Lubang kubur ada di mana-mana dan setiap orang ada lubang kubur masing-masing. Jangan seronok sangat nak malukan orang.

Tapi kalau blogger ini cukup 'power' dan berjiwa rakyat, beliau patut suarakan supaya Uda kekalkan peniaga itu di situ sampai kiamat. Saya akan sokong. Semoga lubang kubur semua kita jadi lebih luas.....

Bagi pihak saya, saya telah menggunakan sedikit sebanyak kedudukan saya untuk menangguhkan kebenaran pembangunan oleh MPKB kepada Uda atas tanah itu selama lebih lima tahun. Kalau tidak, peniaga di situ sudah jadi pelarian.

Uda memohon sejak 2005. Kita tangguhkan dan tangguhkan kebenaran itu. Namun, ia bukan penyelesaian. Tidak ada perubahan konsep pembangunan Uda. Penyelesaiannya ialah mengambil balik. Maaf. Kerana saya tidak rela peniaga yang telah pernah dihalau dari depan bangunan UMNO Kelantan berantakan satu masa dulu sekitar tahun lapan puluhan sekali lagi dipermainkan. Ia sejarah yang panjang. Saya sendiri saksikan detik-detik memilukan itu hampir tiga puluh tahun lalu. Masa itu, saya masih muda remaja. Ia kekal menjadi sebahagian dari kefahaman saya apa itu penindasan.

Alang saya menulis, izinkan juga saya sentuh beberapa sentuhan lain blogger berkenaan ke atas saya sebelum ini.
Saya memang ada menjemput beliau bersama rakan lain untuk minum kopi satu malam. Malam di mana berita DSAI akan didakwa atas kes liwat yang berjalan sekarang. Kebimbangan saya masa itu ialah DSAI akan ditahan di lokap sampai keputusan kesnya dibuat. Bagaimana keadaan perjuangan PR jika itu berlaku? Kami membinacngkan scenario itu.

Alih-alih kononnya saya bersetuju DSAI memang melakukan perbuatan itu.

Kedua, konon nya saya mengatur YB Penasihat Undang-Undang Negeri bertemu Tok Guru untuk menjadi kambing hitam dalam kes perlantikan menantu Tok Guru. Kononnya saya sanggup buat kerja salah kerana nak pertahankan Tok Guru.

Beliau boleh libatkan nama saya. Sekalipun menjejaskan nama baik, saya mampu bertahan. Itu sebahagian dari lumrah perjuangan. Tidak luput dari ingatan saya munajat Saiyidina Ja'afar As Sadik, antara lain;

'Dan betapa banyak nikmat yang Engkau kurniakan kepadaku, tetapi sedikit sekali aku mengsyukuri, dan betapa Engkau mengujiku tetapi sedikit sekali aku bersabar,
namun betapa sedikit sekali kesyukuranku pada Mu atas banyaknya nikmatMu pada ku, Engkau tidak menegah nikmat itu berterusan melimpahiku, dan betapa sedikit sekali kesabaranku atas ujian yang Engkau timpakan ke atas ku, namun tiada kemurkaanMu ke atasku......"

Tetapi sewenang-wenang membabitkan nama baik pegawai kerajaan untuk keenakan berblog, tolonglah hormati kemulian diri mereka. Mereka tidak punya peluang bersihkan diri dan terpaksa memendam rasa.

Walau bergelar blogger di alam maya, bumi ini juga yang kita pijak dan tempat kembali kita adalah hari semua akan dipersaksikan.

YB Husam Musa
http://cetusan-hati.blogspot.com

Undi BN Cuma Naik 332 undi sahaja..

NOTA EDITOR: Lihatlah keputusan di atas. Undi BN cuma naik 300 undi. Tapi majoriti PAS jatuh lebih 1200 undi. Mengikut laporan Harakahdaily , ramai pengundi PAS tidak dapat mengundi kerana pusat pengundian dilanda banjir.

Maka, tak hairanlah keputusan seperti ini tidaklah sangat menggembirakan UMNO dan BN. Kalau tiada hujan, majoriti BN sepatutnya tidak jauh dari 2008.

Kesimpulannya, tahap sokongan rakyat kepada BN sebenarnya tidak berubah sangat dari 2008.

Tulang Besi

Layan Ulasan Puak-puak Yang Menang di Tenang..!!

Kita layan mereka yang menang?......

Terlebihlah pulak senyumnya......
dah rupa macam orang menahan sesuatu.....apa ye?


Petang ni mari kita layan karenah orang menang.

Kembang hidung......kembang segalanya......terangkat tudung...ooopppsss bukan tudung tapi tocang...Umno marah cakap pasal tudung nanti dikatakan mempolitikkan pakaian dengan Agama...walhal itu suruhan Agama kan?

Konon katanya bila mati, kubur sendiri-sendiri......sapa kata sendiri-sendiri? Kalau sendiri-sendiri kenapa kerahkan orang gali kubur di Makam Pahlawan? Kenapa sediakan Makam Pahlawan? Bukankah itu guna duit rakyat?

Jadi wahai sahabat-sahabat Umno, jangan sombong diri......bukankah ingat mengingati antara satu lain itu mendatangkan manfaat.

Saya kata kembang segala2nya kerana Umno/BN menang semalam di Tenang.

Mari kita layan apa komen pakar-pakar memerintah negara :

Kejayaan di Tenang Isyarat Jelas Rakyat Selesa Dengan BN......
selesa? Hanya mereka yang kurang cerdik saja akan rasa selesa dengan segala kenaikan harga barang. Tapi mereka tetap pangkah BN.....kenapa ye?

Dr.Chua Gembira Undi Kaum Cina Kembali Semula Kepada BN di Tenang......
kembali semula.....? Apa tak kembali semula kepada BN......semenjak di Galas lagi MCA menyogokkan hiburan berunsur seni ke'gemaran'nya sebagai simbolik beliau anti Islam.....serta nak menunjukkan bahawa pakatan DAP dan PAS itu bertentangan dengan hak peribadi kaum Tiong Hua yang kononnya akan menyekat segala hiburan yang disukai oleh kaum Cina.
Kemenangan BN di DUN Tenang Bukti Rakyat Terima Kepimpinan Najib - Muhyiddin......
biasalah ayat membodek tuh. Tapi sekali fikir komen tu semacam sengket je kalau datang dari Timbalan Presiden Umno. Atau mungkin dia perli boss dia kot......apa halnya PRK yang Umno/BN kalah? Tidakkah itu membuktikan rakyat tolak Najib.....cakap siang pandang-pandang...cakap malam dengar-dengar. He he he dari segi skor, Pakatan Rakyat masih mendahului 8-6.....jadi bila masa pulak rakyat terima kepimpinan Najib? kakakakaka.....
Najib Harap Kejayaan Di DUN Tenang Jadi Dorongan Kuat Kepada BN......
memanglah jadi dorongan......kerana dengan bermain 'silap-mata' dengan pengundi.....tabur sedikit sebanyak fulus, tabur sedikit sebanyak bitumen, hulur sedikit sebanyak kain pelikat, beg sekolah, air mineral, 'ekspedisi naik bot masa banjir semalam, gunakan sedikit sebanyak 'modal ketuanan lamanya'.....orang Melayu jadi 'cair' walaupun tak berapa nak perCAYA.....tapi kerana sokongan kuat dari media pencacai......'telor asin' yang hitam pun jika diputar hari-hari.....berhari-hari akan menjadi putih.

Tenang : Keputusan keseluruhan



Keputusan detail DUN Tenang untuk sama2 kita buat analisa

Sunday, January 30, 2011

Rosmah Puaka Petronas

Tan Sri Mohd Hassan Marican menyertai Petronas pada 2hb Februari 1989 sebagai Naib Presiden Kanan Kewangan. Dia meninggalkan Petronas pada 10hb Februari 2010 sebagai Presiden dan CEO -- hampir 21 tahun selepas menyumbangkan dedikasi khusus untuk negara.

Tan Sri Hassan Marican kini bekerja untuk Kerajaan Singapura -- SembCorp lebih tepat lagi, sebagai Pengarah Bukan Eksekutif. Syarikat ini dibawah kawalan pelaburan Kerajaan Singapura, Temasek Holdings.

Pengerusi Temasek Holdings ialah seorang lelaki bernama Mr S Dhanabalan. Bukan sahaja seorang 'Tuan' yang hidup sederhana tetapi juga seorang lelaki India. Tidak pernah dengar namanya. Hindraf patut turun ke Singapura dan ambil perhatian perkara ini.

Jadi kita kehilangan TSHM kepada rakyat Singapura. Ini ialah satu lagi contoh biasa penghijrahan cendekiawan hebat yang berlaku. Tapi kali ini mereka berjaya mendapat individu yang memang penting. Mungkin yang paling hebat setakat ini.

Mengapa?

Mengapa perlunya TSHM untuk meletakkan jawatan (atau dipaksa untuk meletakkan jawatan atau disingkirkan atau dipecat atau apa sahaja)?

Ia jelas sekali dia masih boleh kerja. Jelas sekali otaknya masih berfungsi dengan baik jika tidak Singapura tidak akan mengambil dia.

Dia menjalankan sebuah syarikat minyak antarabangsa yang sangat dihormati dan dia mengusahakannya dengan sangat baik. Disebabkan itu TSHM sangat dihormati di seluruh dunia. Mengapa kita perlu kehilangan sebuah permata yang baik, terutama kepada Singapura?

Apa yang telah terjadi?

Biar saya beritahu anda.

Begini, terdapat seorang wanita dengan yang huruf awalan RM. Tidak, saya maksudkan Ringgit Malaysia, tetapi ianya perkara yang sama. Anda tahu saya bercakap tentang siapa.

Sebaik sahaja RM menjadi Wanita Pertama dia memanjat memasuki 'balang biskut'. Sebelum ini dia hanya memasukkan satu tangan sahaja. Sekarang suaminya PM dan ia menjadi lebih mudah. Bermacam macam kontrak semua boleh dapat. Sebut nama suami saja, hei bingo!

Jadi RM telah menghantar PM berjumpa TSHM. PM meminta TSHM menghentikan melabur wang Petronas di luar negara dan mula melabur semua berbilion-bilion itu di Malaysia sahaja.

TSHM bukan orang bodoh. Dia tahu daripada membiarkan berbilion-bilion ringgit ini terus ke dalam tangan lelaki UMNO ini dan kroni-kroni mereka lebih baik wang ini dilaburkan dengan betul, daripada jangkauan kotor mereka, supaya sekurang-kurangnya generasi akan datang akan dapat menikmati serdak kemewahan negara daripada dirampas semuanya oleh samseng-samseng ini.

Jadi TSHM memberitahu PM untuk berambus tanpa perkataan tertentu.

PM memberitahu kepada RM TSHM memberitahunya berambus, jadi RM merasa benci dengan TSHM dan menyuruh PM untuk ke tepi dan dia akan tangani dengan caranya sendiri.

Jadi RM, seperti biasa, mula mewujudkan syarikat-syarikat baru dengan konco-konconya di depan dan dia di belakangnya, tetapi kali ini pengkhususannya ialah industri minyak & gas. Apa macam kontrak boleh bikin. Bagi lah kita. Lagipun suami saya PM jadi anda kena bagi sama ada anda suka atau tidak.

Tetapi RM memandang rendah prinsip-prinsip TSHM yang dipegang dan tersemat di jantungnya.

Tiada syarikat boleh mendekati Petronas melainkan ia memenuhi kriteria-kriteria yang ketat seperti termaktub di dalam kontrak. Bukan sahaja anda perlu bagus untuk mendapatkan kontrak Petronas, anda perlu sangat, sangat baik.

Syarikat-syarikat RM tidak bagus sedikit pun. Mereka pada umumnya hanya bagus dalam penyamaran seperti pakaian remaja-remaja yang menyertai kem khidmat negara kerajaan (idea RM juga!) atau permaidani baru di kediaman PM yang baru dibaik pulih.

RM beritahu TSHM jangan risau. Serahkan sahaja kontrak dahulu kemudian kami akan baiki isu kriteria kecil ini. Permaidani, minyak & gas… benda sama.

TSHM berkata 'tidak boleh…pergi berambus'.

Kebencian RM semakin meluap-luap. Kamu tidak boleh membuat hal kepada Wanita Pertama seperti itu. Telinga PM bingit apabila beliau pulang ke rumah dari kerja pada hari itu. RM mahu TSHM keluar dan yang lain adalah sejarah.

PM turuti apa yang RM mahukan dan berkata kepada TSHM….”Maaf brudder apa boleh buat? Isteri I ganas lah. Tetapi tidak mengapa, saya akan melantik anda sebagai 'Penasihat Khas kepada saya berkaitan isu Gas dan Tenaga'.

Ini tidak pernah berlaku. TSHM ialah seorang lelaki bermaruah. Empat bulan kemudian dia dengan gembira bekerja di Singapura dan penduduk Singapura mentertawakan rakyat Malaysia kerana mereka telah menjadi begitu bodoh dalam jangka masa yang pendek.

Sekarang kita perhatikan. Dato Shamsul Azhar Abbas sekarang ialah Presiden dan CEO PETRONAS. Mari kita lihat jika Petronas melabur lebih banyak di Malaysia mulai sekarang dan biarkan kami melihat sama ada Petronas meminda kriteria-kriterianya ketatnya supaya dapat dipenuhi oleh si pembuat-pembuat permaidani atau tukang jahit. Mari kita letakkan harapan agar lelaki ini patuh kepada prinsip-prinsip yang sama sebagai TSHM. Kita akan tahu tidak lama lagi jika dia benar seorang yang berkaliber.

Jika dia juga berakhir di Singapura, anda tahu dia adalah korban sembelihan Yahudi.

Terjemahan : The Petronas poltergeist

Malaysia Today

PAS kalah kerana "Pengikutnya Sendiri"??

PAS kalah kerana salah PAS Kawasan Labis? Oleh: Tulahan

PRK Tenang baru berlabuh dengan catatan kemenangan BN bertambah majoriti. Kemenangan ini sebenarnya bukanlah boleh dibanggakan kerana hampir 50% pengundi Tionghua tidak dapat keluar mengundi akibat bantuan pengangkutan ke tempat mengundi lebih bertumpu ke kawasan majoriti pengundi BN.

Walaupun begitu, majoriti BN tetap gagal melepasi 4000 undi jauh sekali 5000 undi. Positifnya, pengundi Tionghua tetap menolak BN walaupun Presiden MCA menghina Islam secara terbuka. Maksudnya, masyarakat Tionghua lebih memahami budaya Islam sejak DAP berkawan dengan PAS.

Menang tetap BN menang, PAS perlu membuat bedah siasat faktor-faktor kekalahan terutama kegagalan menambah undi di kawasan Melayu.

Walaupun ada tuding menuding tetapi penulis harap semua itu akan membawa impak positif kepada perjuangan PAS menghadapi PRU-13. Penulis tidak akan menghalakan tudingan kepada Pengarah Pilihanraya, jentera pilihan raya dan calonnya Cikgu Mala.

Penulis lebih menghalakan tudingan ini kepada PAS Kawasan Labis, bukan untuk memperkecilkan tetapi lebih kepada penambah-baikan sebagai persediaan menghadapi PRU-13. Malah, tulisan ini juga sesuai untuk semua PAS Kawasan yang ada di Malaysia yang teruja untuk bertanding dalam PRU-13.

Apabila PAS masuk bertanding untuk PRK Tenang, asas pemilihan PAS adalah kerusi itu adalah kerusi yang ditandingi PAS semasa PRU-12. Sebagaimana juga di Bagan Pinang, Galas, Kuala Terengganu, Manek Urai, Permatang Pasir dan Bukit Gantang.

Tahukah kita mengapa PAS boleh menang di Permatang Pasir dan Bukit Gantang? Kerana undi orang Melayu kepada PAS di situ melebihi 40%. Apabila ditambah undi bukan-Melayu , PAS menang.

Bagi kawasan majoriti Melayu di Kuala Terengganu dan Manek Urai undi yang PAS terima lebih 50% jadi PAS menang. PAS kalah di Galas kerana undi orang Melayu kepada PAS kurang 50%.

Berapakah undi orang Melayu yang diterima oleh PAS di Bagan Pinang dan Tenang ? kurang 35 % malah di Tenang kurang 25 % . Penulis terima hakikat bahawa kawasan ini kubu kuat Umno sejak merdeka tetapi apakah persediaan dan usaha yang telah dilakukan PAS Kawasan berkenaan untuk menembusi kubu kuat Umno ini.

Cawangan

Berapa cawangan PAS di Bagan Pinang? Tiga (3). Berapa cawangan PAS di Tenang? Enam (6). Maaf jika angka itu salah. Sejak PRU-12, berapa cawangan yang ditambah oleh PAS Kawasan. Jika akar umbi tidak kuat bagaimana PAS boleh masuk ke kawasan kubu kuat Umno.

Bila berlaku pilihan raya, sukarnya petugas untuk berkempen kerana tiada bantuan orang tempatan. Mungkin ada tetapi takut sebab tidak ada cawangan dan tak biasa bersama dalam aktiviti PAS.

YDP PAS di mana-mana kawasan perlu jadikan usaha penambahan cawangan ini sebagai agenda dalam mesyuarat kawasan. Jangan tunggu bubar parlimen baru kelam-kabut cari orang tempatan di kampung atau Felda yang dikenali untuk bantu. Sepatutnya, sekaranglah masa kumpulkan orang tempatan yang sokong PAS dan usahakan penubuhan cawangan.

Pengundi baru

Berapa pengundi baru di kalangan anak ahli dan penyokong PAS yang didaftar sebagai pengundi di Bagan Pinang dan Tenang? mengecewakan, buktinya rujuk jumlah pengundi baru yang didaftarkan oleh PAS NS dan Johor.

idak adakah pengundi baru di kalangan anak ahli dan penyokong? Ada tetapi PAS Kawasan tak ambil berat untuk daftarkan. Bila sampai pilihan raya, tengoklah betapa ramainya anak ahli dan penyokong yang dah lebih umur 21 tahun tak boleh mengundi.

Sudah ada arahan supaya agenda penambahan pengundi baru dibincang dalam mesyuarat kawasan. Malah PAS dah pinda perlembagaan membolehkan seorang Pengarah Pilihan raya duduk dalam Jawatankuasa Harian Kawasan. Namun, sudah berjalankah usaha penambahan pengundi baru?

Kebajikan dan kemasyarakatan

PAS dah lama menjadikan usaha memasyarakatkan PAS untuk mendekati masyarakat. Semasa PRU-12, PAS telah menggunakan slogan ke arah negara berkebajikan bagi membuktikan bahawa PAS benar-benar parti yang memperjuangkan kebajikan rakyat.

Persoalannya, adakah PAS Kawasan sudah merealisasikannya secara bersungguh-sungguh atau sekadar melepaskan batuk di tangga. Hendak tahu bersungguh atau tidak, tengok jumlah derma kebajikan yang telah diberikan kepada penduduk.

Tengok berapa kali aktiviti berbentuk kebajikan yang telah di buat kepada penduduk. Tengok berapa dana kebajikan dalam akaun. Nilailah sendiri usaha PAS Kawasan dalam bidang kebajikan.

Apabila tiba pilihan raya, baru turun nak bagi sumbangan sudah terlambat sebenarnya kerana tak termampu menandingi bantuan musuh. Malah akan ramai pengundi yang akan berkata, "bila pilihan raya baru nak bagi bantuan"

PAS Kawasan perlu menjadikan usaha kebajikan sebagai usaha dakwah dan bukan hanya bertujuan untuk pilihan raya. Oleh kerana, kebajikan hanya semasa pilihan rayalah kurang usaha menambah dana kebajikan membantu rakyat.

Rakyat perlu didampingi, dibantu dan didekati tidak kira semasa pilihan raya atau tidak. Jika PAS Kawasan sudah menjalankan usaha kebajikan sebagai rutin bukan hanya pilihan raya. PAS Kawasan tidak akan merasa hampa walaupun kalah pilihan raya kerana usaha membantu rakyat tetap diteruskan.

Jika PAS Kawasan menang pun, wakil rakyat tidaklah pening kepala membantu rakyat kerana PAS Kawasan boleh membantu. Malah, PAS Kawasan juga tidak pening kepala apabila rakyat tidak puas hati dengan wakil rakyat PAS yang tidak membantu rakyat kerana PAS Kawasan tetap ada membantu rakyat.

Penulis cuma berikan tiga perkara penting ini untuk diambil perhatian oleh mana-mana PAS Kawasan di Malaysia. Jika PAS Kawasan dah laksanakan, syukur dan tahniah. Bagi yang belum laksana buatlah kerana semua kerja ini bertujuan untuk menegakkan perjuangan Islam.

PAS mungkin bertanding di Merlimau, sebelum bertanding PAS Kawasan di sana kena tengok tiga perkara penting ini. Jika cawangan banyak, pengundi baru ramai, usaha kebajikan aktif. Percayalah PAS ada harapan besar menang, namun jika belum laksanakan jangan sekali - kali mengalah tak mahu bertanding. Bertanding tetap bertanding kerana itu kerusi PAS.

Kesempatan ini, penulis ucap tahniah kepada seluruh pimpinan dan petugas PAS yang menabur bakti di Tenang. PAS Kawasan Labis mempunyai pimpinan yang berkualiti seperti Cikgu Mala dan beberapa pimpinan lain. Cikgu Mala boleh mulakan dari sekarang usaha mendekati rakyat melalui Pusat Aduan Rakyat di Tenang. PAS Kawasan perlu bersama Cikgu Mala mengaktifkan Pusat Aduan berkenaan.

Janganlah anggap penulis ni hanya boleh berteori, hanya boleh menulis tidak di medan sebenar. Penulis sudah berada di medan sebab itulah penulis menulis berdasarkan pengalaman. Penulis dah banyak menulis berkenaan perkara di atas N3 yang lepas. Boleh baca semula paparan di bawah: