Tuesday, February 1, 2011

Kuala Ketil akan muncul sebagai bandar baharu

Muhayat Jasmin

KUALA KETIL, 1 Feb: Dengan terbinanya Kolej Universiti Insaniah (KUIN) kampus Kuala Ketil yang menelan perbelanjaan sekitar RM330 juta pada 2013 nanti, Kuala Ketil mampu untuk muncul sebagai salah sebuah bandar baharu di Kedah tidak lama lagi.

Mengulas mengenai perkembangan pembinaan KUIN, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, kerja-kerja pembinaan kampus ini mengikut jadual yang telah ditetapkan. Ia juga telah mencapai tahap 10 peratus kemajuan sehingga hari ini.

Menurut beliau, dengan terbinanya KUIN nanti, Kuala Ketil akan muncul sebagai sebuah bandar baharu setanding dengan Bangi di Selangor yang mempunyai Universiti Kebangsaan Malaysia dan juga seganding dengan Sintok yang mempunyai Universiti Utara Malaysia.

Katanya lagi Kerajaan Negeri sentiasa berusaha untuk memberi yang terbaik kepada rakyat negeri Kedah terutamanya dalam bidang pendidikan dan pengetahuan sepertimana yang dilakukan terhadap pembinaan kampus induk KUIN ini.

Sebelum ini pelajar kampus Alor Setar telah menzahirkan rasa tidak puas hati mereka terhadap pihak pengurusan kerana masalah kemudahan asas yang tidak mencukupi bagi menampung pertambahan pelajar di kampus tersebut.

KUIN Kuala Ketil juga dijangka akan dapat menyelesaikan pelbagai masalah yang sedang dihadapi oleh pelajar KUIN sepertimana yang disuarakan oleh mereka melalui demonstrasi aman di kampus Alor Setar sebelum ini.

Tambah Azizan lagi, para pelajar di kampus baru KUIN tidak akan menghadapi masalah kekurangan sepertimana yang dialami di kampus Alor Setar, kerana kampus induk di Kuala Ketil akan menyediakan segala kelengkapan bagi memenuhi kehendak pelajar.

2 comments:

  1. Sdr. Muhayat...

    Kalau teringin nak menulis buat la kajian dgn betoi... Jgn terlalu membodek.

    Aku tak tau macam mana nak muncul bandar baharu sedangkan KUIN pun ada masalah... Cuba rujuk http://dahulukiniselamanya.blogspot.com/2011/02/kuin-oh-kuinsiri-1.html.

    ReplyDelete
  2. Saudara Muhayat
    Teruskan menulis.Jangan ambil kisah dengan upahan upahan yang ingat umno saja yang bolih buat segala galanya.
    Bila depa buat stadium,stadium runtuh,buat hospital,hospital runtuh,buat jejambat,jejambat runtuh,buat jambatan,jambatan jadi gajah putih,depa ingat apa yang PR buat akan jadi macam depa buat.
    Lagi satu ,tak payahlah dok buka blog depa yang penuh dengan merapu tu.Kalau nak buka juga,cari blog depa(kelmarin saja aku jumpa 17 blog umno)yang bergaduh sesama sendiri.Hang dedah aku,aku dedah hang.Itu perangai depa.Sesama sendiri depa pula tu.Ligan kuasa nak jadi Ketua Bahagian dan calun PRU13 yang belum tentu bila nak mai.

    ReplyDelete