panggilan gecko, tokek, pokke, tokey dan beberapa nama lain adalah
sejenis cicak besar dan biasa ditemui dalam belukar, semak samun,
rumah tinggal dan timbunan kayu.
Namun, kini haiwan itu diternak secara kecil- kecilan dan besar-besaran.
Sinar Harian difahamkan haiwan itu diternak untuk tujuan kajian
perubatan dan digunakan untuk menghasilkan produk kecantikan. Ini
kerana bendalir yang terdapat dalam badan pokke dipercayai boleh
menjadi antibodi dan pemulih yang cepat kepada penyakit kronik
walaupun sehingga kini masih belum terdapat bukti kukuh khasiat haiwan
itu.
Seorang penggemar dan penternak pokke, Abdul Malik Abdullah yang
berasal di Kampung Rambai di sini berkata, dia sanggup berhenti kerja
bagi menternak haiwan yang dikatakan dapat menjana sumber pendapatan
lumayan.
Menurutnya, dia menternak haiwan itu sambil melakukan perniagaan kopi
campuran untuk menjana pendapatan.
"Saya akui ternakan haiwan ini mampu menjana pendapatan lumayan jika
diusahakan dengan bersungguh-sungguh dan betul.
"Banyak segelintir masyarakat yang beranggapan cerita mengenai pokke
ini adalah dongeng semata-mata namun, bagi penternak pokke yang pernah
memperoleh wang hasil jualan haiwan itu akan beranggapan perkara ini
adalah benar dan akan terus berusaha memburu dan menternak pokke,"
katanya.
Abdul Malik berkata, ramai penternak pokke mengakui memperoleh
pendapatan yang tinggi dan harganya terlalu tinggi kerana melebihi
harga emas.
"Saya berharap masyarakat mengambi peluang menternak pokke kerana
ternakan ini sama seperti perniagaan yang lain seperti burung walid,
gaharu, ikan sangkar, ikan arowana yang mampu memberikan kejayaan
kepada seseorang, " katanya.
No comments:
Post a Comment