Lembaga Pengelola Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Keat Hwa
berhubung isu pengambilan tanah berstatus rizab Melayu, bersebelahan
sekolah itu.
Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, Kerajaan Negeri
akan membincangkan perkara itu dalam mesyuarat Exco untuk memudahkan
proses pertukaran status tanah (swapping) dengan pihak terbabit
termasuk Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) dan Pejabat Tanah dan
Galian (PTG).
"Sebelum ini lembaga pengelola sudah menyatakan hasratnya dan saya
tiada halangan kerana sekolah berdepan dengan pelbagai masalah jika
gagal mendapatkan tapak itu termasuk untuk membina dewan sekolah dan
elak banjir kilat," katanya.
Menurutnya, memandangkan permohonan tanah berkenaan adalah untuk
menaik taraf kemudahan asas di sekolah itu dan bukannya untuk tujuan
komersil, Kerajaan Negeri bersedia membantu sekolah memiliki tanah
seluas 1.6 hektar itu.
"Kita prihatin dengan masalah mereka kerana sekolah itu mempunyai
pelajar bijak tetapi kemudahan asas amat mengecewakan. Malah dewan
sedia ada hanya mampu menampung sekitar 300 orang sedangkan pelajar
mencecah 2,400 orang," katanya.
Azizan berkata, Kerajaan Negeri amat menitikberatkan isu pendidikan di
negeri ini tanpa mengira kaum, kerana mahu melahirkan generasi Kedah
yang bijak dan berakhlak.
"Kita harus galakkan pelajar dan golongan remaja fokus dalam aktiviti
ko-kurikulum supaya cemerlang. Tidak mustahil jika digilap bakat
mereka, kelak mereka akan mengharumkan nama negeri dan negara,"
katanya.
Sebelum itu, Azizan menyampaikan sumbangan RM50,000 kepada Pengerusi
Lembaga Pengelola SMJK Keat Hwa, Datuk Teoh Boon Beng untuk menampung
kos pasukan pancaragam sekolah mengadakan persembahan di 'World
Shanghai Music Festival' April depan.
"Pasukan pancaragam ini mengharumkan nama negara, khususnya Kedah
apabila mewakili Malaysia dalam persembahan itu. Saya bangga dengan
pencapaian ini dan mereka berhak mendapat persekitaran sekolah yang
lebih baik atas usaha itu," katanya.
Pengetua SMJK Keat Hwa, Yeoh Chin Seang berkata, 82 ahli pancaragam
itu dijemput mengadakan persembahan di China selepas muncul juara
peringkat kebangsaan dalam pertandingan pancaragam tahun lalu.
No comments:
Post a Comment