alam semula jadinya sahaja tetapi turut mempunyai banyak pondok agama
yang masih aktif di sekitarnya.
Pegawai Daerah Sik, Datuk Ismail Said, berkata, pihaknya merancang
untuk menggunakan saluran platform pusat pengajian agama sebagai salah
satu strategi mempromosikan Sik kepada pihak luar seterusnya menarik
mereka berkunjung ke sini.
Menurutnya, pendekatan itu dilihat amat bersesuaian kerana selalunya
bidang promosi lebih tertumpu kepada tempat menarik namun, melalui
pendekatan ini, ia dapat memastikan pondok agama di Sik mempunyai
tarikan tersendiri.
"Selaras dengan perlaksanaan Kempen Sembahyang dan Penghayatan
al-Quran yang diadakan sebelum ini, kami akan berusaha lebih gigih
untuk memastikan pengisiannya lebih padat dan memberi manfaat kepada
masyarakat.
"Jika diikutkan sebelum ini sekretariat kempen itu sering bekerjasama
dengan pondok agama seluruh daerah Sik untuk mengadakan kursus singkat
bagi golongan muda mendalami ilmu agama di situ," katanya pada Majlis
Pelancaran Pelan Strategik Pejabat Daerah Sik (PDS), semalam.
Ismail berkata, sepanjang tahun ini, pihaknya turut menyasarkan
sekurang-kurangnya satu program besar-besaran peringkat daerah pada
setiap bulan, di samping meneruskan pengisian yang diatur sebelumnya.
"Antara program yang dilaksanakan pada bulan Januari seperti Majlis
Bacaan Yasin beramai-ramai di semua masjid, manakala bagi Februari
mengadakan majlis sambutan Maulidur Rasul bagi tahun 1432 H/2011 M
akan diadakan.
"Selain itu, kami turut mengalu-alukan orang ramai termasuk pelbagai
badan bukan kerajaan (NGO) menyertai perarakan bermula dari PDS
melalui Pekan Sik dan akan berakhir di Pondok Ar-Rahmaniah Tuan Guru
Haji Salleh, Pekan Sik," katanya.
Ismail berharap supaya kakitangan PDS akan menjadikan Pelan Strategik
bagi tempoh 2011 hingga 2015 sebagai panduan terbaik untuk
melaksanakan pelbagai perubahan untuk manfaat bersama.
"Penyediaan pelan ini secara tidak langsung akan dapat memastikan
segala perancangan yang diatur dapat dilaksanakan dengan lebih
bersistematik serta tersusun dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan
kepada masyarakat.
"Selain itu, usaha turun padang bertemu sekurang-kurangnya 12 penduduk
bagi seorang kakitangan PDS akan dapat memastikan masalah dapat
disampaikan secara terus serta mengukuhkan silaturahim," katanya.
No comments:
Post a Comment