PM lulus RM500,000
ALOR SETAR - Keprihatinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak harus dihargai semua pihak terutama penduduk parlimen Jerlun apabila peruntukan sebanyak RM500,000 akan diagihkan untuk menyelesaikan masalah penduduk.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Siputeh, Datuk Abu Hassan Sarif berkata, peruntukan itu akan digunakan untuk membekalkan bekalan elektrik dan air, membaiki rumah usang, membina rumah baru serta bagi kegunaan lain.
“Daripada tinjauan saya baru-baru ini, 700 keluarga bawah kawasan parlimen Jerlun masih tidak menikmati kemudahan bekalan elektrik dan air bersih. Apabila saya bangkitkan perkara itu pada pertemuan dengan Perdana Menteri baru-baru ini, peruntukan ini diluluskan segera,” katanya.
Abu Hassan yang juga Ketua UMNO Bahagian Jerlun berkata, pihaknya turut mencadangkan supaya dibina sebuah sekolah menengah di Jerlun, memandangkan kawasan itu tidak memiliki sebuah sekolah menengah.
“Sekolah yang ada agak jauh manakala Sekolah Menengah Ayer Hitam sudah padat. Saya mohon supaya dapat dibina sebuah sekolah sebelum diadakan pilihan raya umum, bimbang kelak isu itu dijadikan bahan politik pula,” katanya.
Menurutnya, sebelum ini kerajaan Persekutuan telah pun meluluskan pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Jerlun pada 2010 dengan kos bernilai RM70 juta.
“Saya percaya pengundi di Jerlun peka dan memahami bahawa kawasan mereka tidak dipinggirkan walaupun jauh di pedalaman. Ini membuktikan bantuan yang disalurkan tidak pilih kasih dan sama rata,” katanya.
Abu Hassan berkata, walaupun pilihan raya umum belum diumumkan, namun pihaknya sudah bersiap sedia membuat persiapan, terutama mengemas kini daftar pemilih kawasan berkenaan.
“Pengundi baru kita perlu bagi tumpuan, supaya mereka tidak mudah tunduk pada umpan parti lawan. Sebanyak 167 cawangan dalam Jerlun sudah buat perjumpaan untuk mengenal pasti keluarga yang belum mendaftar sebagai pengundi,” katanya.
ALOR SETAR - Keprihatinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak harus dihargai semua pihak terutama penduduk parlimen Jerlun apabila peruntukan sebanyak RM500,000 akan diagihkan untuk menyelesaikan masalah penduduk.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Siputeh, Datuk Abu Hassan Sarif berkata, peruntukan itu akan digunakan untuk membekalkan bekalan elektrik dan air, membaiki rumah usang, membina rumah baru serta bagi kegunaan lain.
“Daripada tinjauan saya baru-baru ini, 700 keluarga bawah kawasan parlimen Jerlun masih tidak menikmati kemudahan bekalan elektrik dan air bersih. Apabila saya bangkitkan perkara itu pada pertemuan dengan Perdana Menteri baru-baru ini, peruntukan ini diluluskan segera,” katanya.
Abu Hassan yang juga Ketua UMNO Bahagian Jerlun berkata, pihaknya turut mencadangkan supaya dibina sebuah sekolah menengah di Jerlun, memandangkan kawasan itu tidak memiliki sebuah sekolah menengah.
“Sekolah yang ada agak jauh manakala Sekolah Menengah Ayer Hitam sudah padat. Saya mohon supaya dapat dibina sebuah sekolah sebelum diadakan pilihan raya umum, bimbang kelak isu itu dijadikan bahan politik pula,” katanya.
Menurutnya, sebelum ini kerajaan Persekutuan telah pun meluluskan pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Jerlun pada 2010 dengan kos bernilai RM70 juta.
“Saya percaya pengundi di Jerlun peka dan memahami bahawa kawasan mereka tidak dipinggirkan walaupun jauh di pedalaman. Ini membuktikan bantuan yang disalurkan tidak pilih kasih dan sama rata,” katanya.
Abu Hassan berkata, walaupun pilihan raya umum belum diumumkan, namun pihaknya sudah bersiap sedia membuat persiapan, terutama mengemas kini daftar pemilih kawasan berkenaan.
“Pengundi baru kita perlu bagi tumpuan, supaya mereka tidak mudah tunduk pada umpan parti lawan. Sebanyak 167 cawangan dalam Jerlun sudah buat perjumpaan untuk mengenal pasti keluarga yang belum mendaftar sebagai pengundi,” katanya.
Baling nak jugak!!
ReplyDeleteibnuDDin™