Saturday, February 5, 2011

Salam Ustaz Azizan.. Itu puak Blogger UMNO/BN yang bangang dok jaja cerita tuu..!!

MB kesal blogger politikkan isu

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menyifatkan tindakan sekumpulan blogger cuba mempolitikkan isu pelajar Malaysia yang sedang menghadapi krisis di Mesir sebagai tidak berperikemanusiaan.

Menurutnya, kenyataan blogger berkenaan yang menyindir Pas supaya membawa pulang sendiri pelajar yang menyokong parti itu dan tidak mengharapkan bantuan Kerajaan Pusat adalah sangat tidak wajar.

“Ini jelas menunjukkan bukan pemimpin atau ahli Pas yang cuba meniupkan sentimen kepartian dalam isu ini seperti disuarakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kelmarin, sebaliknya apa yang berlaku di Mesir cuba dimanipulasi oleh mereka yang menyokong BN untuk memburukkan Pakatan Rakyat (PR),” katanya.


Azizan yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat berkata, kesan krisis di Mesir yang melibatkan rakyat Malaysia adalah masalah bersama, tidak kira sama ada pemerintah atau pembangkang.

“Jadi, kita perlu ada kerjasama bagi memastikan rakyat Malaysia di Mesir selamat. Ia tidak wajar diputar belit dan disensasikan,” katanya.

Azizan berkata, dakwaan kononnya Mesir adalah kilang untuk Pas melahirkan pelapis parti itu juga adalah tuduhan yang dilempar secara membuta tuli.

“Pelajar ke sana untuk belajar bukan untuk berpolitik, tetapi bila kembali ke tanah air, mereka ada hak memilih parti politik mana sebab selepas itu mereka perlu mengundi. Itu di luar kawalan kita,” katanya.

1 comment:

  1. 1.Punca isu disebabkan pemimpin umno lebih layan blogger haprak umno.
    2.Senator keturunan India siap bagi warning ,pembangkang jangan buat isue tetapi Pegawai Khas PM berkata,mungkin ada silap maklumat atau salah faham.Yang bagi silap maklumat atau salah faham tu mesti pegawai kedutaan dan kem luar.
    Antara maklumat awal,Cairo to Jeddah,tanggungan Kerajaan Malaysia,Jeddah to KLIA,tanggung jawap sendiri.
    3.umno putra pun sibok kata depa prihatin dengan tunjulkan muka.depa tak bagitau bahawa depa pi dengan dapat kebenaran masuk dari Kerajaan Mesar atas sifat kerajaan dengan kerajaan.Kalau Pemuda PAS,PKR pun diberi kebenaran tentu awal awal lagi depa akan sampai.
    4.Pembangkang buat isue.Siapa nama pemimpin pembangkang tu?.Kalau setakat mkk,itu cokia pakatan saja,pasai apa nak kata pemimpin pembangkang.Sehingga sekarang tak ada satu pun nama pemimpin PAS,PKR yang diberi.(peringkat awal).Itulah,pemimpin umno ni,kadang kadang taraf pemimpin pun bolih turun taraf pemikiran depa sama dengan jkkkp.

    ReplyDelete