Saturday, February 5, 2011

Debat bukan budaya Islam: Mufti Pahang


KUANTAN – Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Othman menolak sebarang aktiviti perdebatan yang melibatkan soal akidah kerana ia bukan budaya dalam Islam.

Menurutnya, cara terbaik untuk menyelesaikan sesuatu isu adalah melalui majlis syura atau bermesyuarat kerana ia lebih baik daripada berdebat sehingga mengaibkan pihak yang kalah.

“Dalam al-Quran tidak ada perdebatan, cuma sekiranya ada sebarang ketidaksefahaman terutamanya melibatkan isu-isu akidah atau apa jua isu berkaitan Islam, cara terbaik adalah melalui majlis syura kerana ia lebih mudah dibincangkan berlandaskan al-Quran dan Sunnah Rasulullah,” katanya ketika dihubungi, semalam.


Abdul Rahman berkata, tidak ada gunanya berdebat kerana berdebat sekadar mahu menonjolkan siapa yang lebih hebat dan yang kalah akan mendapat malu.

Menurutnya, dengan berlandaskan al-Quran, apa jua isu yang melibatkan Islam mampu diselesaikan secara bermuafakat.

“Saya memang tidak bersetuju dengan perdebatan ini dan sekiranya kedua-dua pihak masih lagi hendak berdebat, biarlah ia diadakan secara tertutup,” katanya.

1 comment:

  1. Satu lorong dah moler dibuat untok jalan keluor.Tak lamer lagi satu lagi lorong akan di tebaih olih org lain ataih tujuan yg samer.Gamak nyer tak beghani bertentang mater dgn TGNA.Itu lerrr....kalau tali timber pendek,jangan ler nak mandi ditelager yg ayornyer jauh kedalam.Kalau kuat nyeghongkong,jatuh dalam telager pulak..tak ker tumpor.Munoh dibuat dek demer ni.

    ReplyDelete