Apabila kita telah menyaksikan pemimpin Melayu Islam (UMNO) yang berperangai macam RTC dan sememangnya spesis seperti beliau ramai dalam UMNO dan dilindungi oleh pemerintah UBN.
Kita juga telah menyaksikan bagaimana sikap LGE mempertahankan orang yang dianyayai (rogol bawah umur) orang Melayu sehingga beliau terpenjara dan kehilangan status Ahli Parlimen. Bagaimana LGE selepas menjadi KM Pulau Pinang dan sikap terbukanya kepada rakyat marhain.
Terus terang saya katakan, saya lebih bersedia untuk bersama dengan LGE daripada RTC. Kalaupun LGE tidak terbuka kepada pemerintahan Islam tetapi kita faham itu datang dari kedudukannya sebagai seorang bukan Islam, tetapi orang Islam macam RTC, orang sepertinya tidak akan bersedia untuk menerima pemerintahan Islam kecualilah kalau ia bertaubat. Setakat hari ini tidak ada tanda-tanda taubat pada diri beliau.
LGE merupakan model kepada DAP hariini manakala RTC merupakan wajah sebenar UMNO pada hari ini. Jadi siapakah yang terlebih baik untuk PAS jadikan KAWAN ?
No comments:
Post a Comment