| |
| Azizan Abdul Razak menunjukkan nanas jenis Moris yang ditanam oleh Kedah Agro di Ladang Nanas Laka Temin, Bukit Kayu Hitam, semalam. |
KUBANG PASU 14 Mac - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengakui bantuan pertanian bernilai RM13 juta yang disediakan oleh kerajaan negeri tidak mendapat sambutan sewajarnya daripada warga tani di negeri ini.
Beliau mendakwa, bantuan tersebut yang disalurkan melalui Jabatan Pertanian negeri itu untuk membantu petani mengusahakan pertanian dan ternakan didapati permohonan amat berkurangan.
"Mereka (petani) tak faham dan tak tahu ada bantuan ini, jadi mereka tak minta, walhal sepatutnya mereka boleh mendapatkan bantuan ini jika memenuhi syarat-syarat ditentukan," katanya kepada pemberita selepas melawat Ladang Nanas Laka Temin di sini, hari ini.
Azizan berkata, terdapat sesetengah petani yang menyangka bantuan tersebut diberi hanya ketika zaman Barisan Nasional (BN) memerintah walhal kerajaan negeri pimpinan Pas juga meneruskan bantuan berkenaan.
Beliau berkata, bantuan berkenaan antaranya baja, benih, bahan-bahan asas pertanian dan peralatan.
Katanya, para petani hanya perlu pergi ke pejabat jabatan berkenaan untuk mendapatkan bantuan itu selain mengemukakan bukti memenuhi syarat-syarat ditetapkan.
Menurutnya, kerajaan negeri juga mempelawa para petani mengusahakan tanaman kontan dan ternakan di tanah-tanah terbiar di tempat tinggal mereka.
"Ketua-ketua kampung boleh memainkan peranan membantu petani yang hendak mengusahakan tanah terbiar dengan memberitahu mereka perkara ini.
"Mereka juga boleh mengenal pasti tanah tersebut dan membuat proses seterusnya dengan Pejabat Tanah di kawasan masing-masing," jelasnya.
Menurutnya, antara tanaman yang mempunyai permintaan tinggi di pasaran tempatan dan luar negara ialah nanas, pisang, betik dan mempelam.
Wahai tuan haji Azizan yang Mulia lagi hensem ...
ReplyDeleteBukanlah para pak tani TAK FAHAM dan TAK TAHU mengenai bantuan ni! Tetapi, olehkerana segala maklumat tidak sampai kepada mereka-mereka yang disasarkan, maka tiadalah di antara mereka yang tahu kewujudan bantuan ini.
Mustahil sangatlah kalau sebut pasai BANTUAN , orang Kedah khususnya pak tani nak buat dekkkk saja! atau buat-buat tak fahammmm saja! atau buat-buat taktauuuu saja! TAK LOGIK !
Mesti ada segelintir daripada pak tani yang ramai2 tu yang memerlukan juga bantuan tersebut, kan ?? betoi dak ?!
Ini mesti hangpa (Kerajaan Negeri) tak hebahkan sungguh-sungguh benda baik ni untuk rakyat!
Hangpa hanya dok suka berceramah politikkkkk aja siang malam! Hanya tau anjur perhimpunan 18ribu Pemuda hari tu laaa (aku kata lagu tu sebab dikatakan tak tercapai pun 30ribu hari tu!), dan lain-lain lagi aktiviti yang tidak membantu rakyat keseluruhannya ...
Patut la pak tani taktau mengenai bantuan ni!
Hangpa la punya pasai! Tak ngaku pulak !
AloQStaQ
nak hebah macammana kalau surat khabar, radio, tv arus perdana dok keluar cerita lucah ja.macam xdak kerja lain dah kot. hg rasa berita kerajaan kedah bagi bantuan macam ni nak kluaq utusan ka? maaflah noo kalau salah..
ReplyDelete