Pasukan yang pernah menggegarkan bolasepak Malaysia suatu waktu dahulu
Presidennya, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat khas badan berkenaan, baru-baru ini tetapi enggan mendedahkan senarai calon berkenaan termasuk mengunci rapat mulut ketika ditanya mengenai ura-ura Sang Kenari bakal mendapat khidmat jurulatih import.
“Bagi kita sedikit masa membuat keputusan memilih (lantik) ketua jurulatih baru, sekarang ada beberapa nama tetapi masih belum dimuktamadkan,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di sini, semalam.
Antara calon lain termasuk bekas jurulatih, Mustakeen Omar, Ahmad Shafiq dan Mohamad Ramli.
Ditanya, mengenai pelantikan Azraai Khor Abdullah yang juga bekas ketua jurulatih Kedah ke skuad Negeri Sembilan, dia berkata, Azraai berhak untuk membuat keputusan terbaik dan menjelaskan ia tidak mengganggu pemilihan ketua jurulatih baru pasukan Hijau Kuning.
sumber: http://www.bharian.com.my (24/03/2011)
coach pon dah tua sgt dah.....amek masa lama nak gergasikan kedah balik...
ReplyDelete