PKR Dedah Kemasukan Undi Pos Besar-Besaran Di DUN Perak

PETALING JAYA 1 MAC : Parti Keadilan Rakyat mendedahkan kemasukan pengundi pos besar-besaran di kawasan-kawasan DUN di Perak pada tahun 2010, kata Timbalan Pengarah Pilihanrayanya Chan Ming Kai di sidang media mingguan parti itu hari ini di sini.
Menurut Chan Ming di DUN Pangkor yang diwakili Menteri Besar Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menerima kemasukan 5,669 pengundi pos berbanding hanya 368 yang keluar pada 2010. Bilangan pengundi pos kini mencapai hampir separuh daripada jumlah 26,000 pengundi di DUN Pangkor.
"DUN Pangkor adalah sebahagian daripada Parlimen Lumut. Keadilan tewas hanya 298 undi di Parlimen Lumut kepada calon MCA-BN pada Pilihan Raya Umum 2008," katanya.
Ming Kai juga menjangkakan Umno akan memberikan tumpuan untuk menambah pengundi pos di DUN Sungai Rapat yang diwakili oleh Exco Kanan Hamidah Osman yang hanya menang tipis 636 undi dengan calon PAS. Pada 2010 sebanyak 248 pengundi pos masuk ke DUN Sungai Rapat.
"Usaha ini jelas untuk memberi manfaat kepada UMNO. Kawasan-kawasan majoriti Cina seperti Canning Garden yang juga mempunyai kem tentera tidak pula melihat pertambahan undi pos," katanya.
Ming Kai khuatir wujud penyalahgunaan undi pos dan meminta SPR serta pihak Kementerian Pertahanan menjelaskan perkembangan ini.

Inilah satu daripada punca blogger Pakatan makin kurang dan yang ada pula makin malas membuat ulasan.
ReplyDeleteTerlalu banyak PENIPUAN dikatakan dilakukan olih BN,tetapi yang ada hanya pendedahan.Pendedahan.Pendedahan.
TGHA dan pemimpin Pakatan,selepas PRK Tenang kata BN menang dengan cara menipu(salah guna kuasa),tapi bila ada PRK,Pakatan masuk bertanding juga.
Kini kita tunggu apakah "amaran" 2 bulan olih Ketua Pemuda PAS pada SPR untuk bertindak membaiki masaalah akan menjadi realiti atau satu lagi cakap cakap kosong.