Oleh: SAIBURI SUDIN
Ramai kalangan rakyat yang menyokong Pakatan Rakyat agak kecewa dengan keputusan PRU DUN Sarawak semalam. Kekecewaan berlaku kerana kemenangan yang diperolehi tidak seperti yang diharapkan; iaitu memerintah Sarawak atau menafikan majoriti dua pertiga.
Hakikatnya semua ini berpunca dari sikap ‘tidak memahami realiti’ para penyokong PR atau dengan bahasa lebih ‘kasar’ sikit... tak sedar diri. Jika penyokong PR ‘sedar diri’ kekecewaan tidak harus wujud malah akan berbangga dengan pencapaian yang diperolehi.
Secara umum undi popular BN di Sarawak jatuh dari 63 peratus kepada 55 peratus. Kejatuhan berlaku sebanyak 8%.
Sarawak adalah sebuah negeri yang sangat kuat sokongannya terhadap BN. Ia berlaku disebabkan dua faktor KEJAHILAN dan KEMISKINAN. (Bak kata pepatah: Di mana rakyat merempat, di situ BN kuat). Tsunami yang dikatakan berlaku di Sarawak hanya bertumpu di kawasan bandar di mana rakyatnya lebih berpelajaran dan taraf kehidupan yang baik. Tetapi majoriti rakyat Sarawak yang menghuni kawasan luar bandar tidak terdedah kepada maklumat.
Malah jangan terkejut dengan fakta ini: Majoriti rakyat Sarawak seumur hidup mereka tidak pernah langsung mendengar ceramah PKR, DAP dan PAS, sedangkan tiap-tiap malam mereka mendengar 'ceramah' BN melalui radio dan tv. Dalam keadaan itu tiba-tiba undi popular BN merosot 8%, maka ia sangat mengejutkan.
Undi popular BN di Pusat pada PRU ke 12 lalu cuma 50.28%. Seandainya trend di Sarawak berlaku di seluruh negara dalam PRU ke 13 nanti (merosot 8%) maka undi popular BN akan tinggal sekitar 43%.
Walaupun Malaysia bukan negara yang mengamalkan undi popular untuk penentuan jumlah kerusi, namun perolehan undi popular yang kurang dari 50% lazimnya akan menyebabkan kerusi yang diperolehi menjadi minoriti di Parlimen.
Dengan lain perkataan, jika trend di Sarawak berlaku seluruh negara, BN akan tewas di Pusat!
http://kedahla.blogspot.com
Ramai kalangan rakyat yang menyokong Pakatan Rakyat agak kecewa dengan keputusan PRU DUN Sarawak semalam. Kekecewaan berlaku kerana kemenangan yang diperolehi tidak seperti yang diharapkan; iaitu memerintah Sarawak atau menafikan majoriti dua pertiga.Hakikatnya semua ini berpunca dari sikap ‘tidak memahami realiti’ para penyokong PR atau dengan bahasa lebih ‘kasar’ sikit... tak sedar diri. Jika penyokong PR ‘sedar diri’ kekecewaan tidak harus wujud malah akan berbangga dengan pencapaian yang diperolehi.
Secara umum undi popular BN di Sarawak jatuh dari 63 peratus kepada 55 peratus. Kejatuhan berlaku sebanyak 8%.
Sarawak adalah sebuah negeri yang sangat kuat sokongannya terhadap BN. Ia berlaku disebabkan dua faktor KEJAHILAN dan KEMISKINAN. (Bak kata pepatah: Di mana rakyat merempat, di situ BN kuat). Tsunami yang dikatakan berlaku di Sarawak hanya bertumpu di kawasan bandar di mana rakyatnya lebih berpelajaran dan taraf kehidupan yang baik. Tetapi majoriti rakyat Sarawak yang menghuni kawasan luar bandar tidak terdedah kepada maklumat.
Malah jangan terkejut dengan fakta ini: Majoriti rakyat Sarawak seumur hidup mereka tidak pernah langsung mendengar ceramah PKR, DAP dan PAS, sedangkan tiap-tiap malam mereka mendengar 'ceramah' BN melalui radio dan tv. Dalam keadaan itu tiba-tiba undi popular BN merosot 8%, maka ia sangat mengejutkan.
Undi popular BN di Pusat pada PRU ke 12 lalu cuma 50.28%. Seandainya trend di Sarawak berlaku di seluruh negara dalam PRU ke 13 nanti (merosot 8%) maka undi popular BN akan tinggal sekitar 43%.
Walaupun Malaysia bukan negara yang mengamalkan undi popular untuk penentuan jumlah kerusi, namun perolehan undi popular yang kurang dari 50% lazimnya akan menyebabkan kerusi yang diperolehi menjadi minoriti di Parlimen.
Dengan lain perkataan, jika trend di Sarawak berlaku seluruh negara, BN akan tewas di Pusat!
http://kedahla.blogspot.com
Bagus artikel ni.
ReplyDeleteMengajar PR untuk terus leka kerana WALAUPUN KALAH TERUK (LANGSUNG TAK TERJEJAS 2/3), masih lagi dok cari asbab untuk menidakkan kesedihan anwar ! kalau la penulis artikel ni pi sebut hasil kajian mengap dia ni kat anwar malam tadi, aku rasa dah jadi arwah dah dia ni kena tembak dengan piston ayaq si anuwar!
letak 49 menang 3,
letak 5 menang 0,
... dok rasa maseh fofular kaaaaa ??? AJAIB betoi !
AloQStaQ
TRY LAKlik SINI untuk BACAAN 21PL !!!
ni apa punya analisa daa...
ReplyDeletehang mengaji mana dulu?
hang ingat boleh main kutip 8% kat Sarawak tu mai tolak undi popular BN macam tu saja ka?
Hang tau dak kalau trend undi popular ni diambik kira, jawabnya dalam PRU 13 nanti, hangpa gerenti 'bungkuih'.
Pasai apa? Hang tengok kedudukan undi popular BN ni...:
1990----52%
1995----63.2%
1999----56.53%
2004....63.68%
2008....50.28%
Hang nampak dak naik turunnya?
La ni tak sah dok sedapkan hati sendiri la. Kenyataannya, matlamat hangpa di Sarawak satu pun tak tercapai. Gagal tabal Baru Bian jadi KM, gagal nafikan majoriti 2/3 BN....kalau PAS tambah satu lagi; gagal dapat satu kerusi pun.
Drp dpd dok sedapkan hati sendiri, elok hangpa pi cari PELAKON NO. SATU cap lidah bercabang tu, tanya dia pasai apa cabut lari awai sangat?
Hangpa ni PAS oi, lagi dok ikut pelakon tu, lagi tu la dok jadi celaru... elok-elok dah cerdik, saja pi bodohkan diri sendiri.