Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat, Siti Aishah Ghazali berkata, pihaknya tidak ada masalah dengan penubuhan kelab itu tetapi penganjur perlu berhati-hati ketika memberi kenyataan.
Beliau berkata, tidak salah ada kelab seperti itu tetapi kenyataan celupar dikeluarkan dengan menganggap isteri sebagai pelacur kelas pertama adalah sesuatu yang keterlaluan dan tanggapan itu perlu diperbetul.
“Seorang suami berdosa sekiranya menganggap isterinya sebagai pelacur apatah lagi sekiranya membayangkan wajah orang lain ketika bersama sedangkan setiap perkara yang dilakukan mereka berdua boleh mendatangkan pahala.
“Sekiranya motif penubuhan kelab itu bertujuan untuk meraih publisiti, saya nasihatkan mereka supaya menggunakan cara lain untuk mendapatkan perhatian daripada masyarakat bukan melalui cara ini,” katanya.
Siti Aishah berkata, peranan seorang isteri kepada suaminya amat luas dan meliputi pelbagai perkara tidak hanya tertumpu kepada satu cabang sahaja.
Oleh itu, penganjur kelab berkenaan perlu meminta maaf secara terbuka kepada orang ramai.
Sementara itu, dalam media sebelum ini, Presiden Kelab Isteri Taat Malaysia, Fauziah Ariffin berkata, pihaknya tetap mempertahankan langkah menubuhkan kelab bagi menyelesaikan masalah curang dalam kalangan suami.
Menurutnya, istilah yang digunakan bagi menggambarkan peranan isteri kepada suami seumpama ‘bidadari istimewa’, bukan ‘pelacur kelas pertama’ tetapi disalah tafsir oleh sesetengah pihak.
“Saya hanya sebut sebagai perkhidmatan atau layanan wanita yang dihadiahkan kepada suami seperti bidadari agar dapat mengelak masalah curang atau main kayu tiga dalam kalangan suami masing-masing.
“Bidadari dengan pelacur kelas pertama adalah istilah yang berbeza dari skop kerja. Layanan pelacur kelas pertama merupakan satu pekerjaan tetapi perkhidmatan layanan isteri sebagai satu kewajipan,” katanya.
No comments:
Post a Comment