ALOR SETAR - Pusat Kecemerlangan Perbankan Islam, Kewangan dan Keusahawanan Kolej Universiti Insaniah (Kuin Global Centre) terpilih untuk menjadi mentor kepada 1,800 staf Bank Islam Thailand bagi membekalkan latihan dan tenaga pengajar mengenai perbankan Islam.
Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, pemilihan salah satu cabang kecemerlangan Kuin untuk membekalkan latihan dan tenaga pengajar kepada Bank Islam Thailand menunjukkan Kuin diiktiraf oleh pihak luar.
Menurutnya, perbankan Islam kini menjadi pilihan dan satu alternatif lain kepada pengguna yang selama ini hanya menggunakan perbankan komersial.
“Bank Islam Thailand yakin dengan keupayaan Kuin dan memilih kolej ini untuk membekalkan latihan secara menyeluruh mengenai perbankan Islam kepada staf mereka,” katanya pada sidang media selepas menyaksikan upacara menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di antara Rektor Kuin, Profesor Datuk Dr Jamil Osman dan Presiden Bank Islam Thailand, Dheerasak Suwannayos yang berlangsung di Seri Mentalon di sini semalam.
Azizan yang juga Pengerusi Kuin berkata, Kuin melalui Kuin Global Centre akan menghantar tenaga pengajar ke Bangkok untuk melatih staf bank itu selama kira-kira dua tahun hingga tiga tahun.
Menurutnya, Kuin Global Centre mempunyai beberapa pakar kewangan yang berpengalaman luas dalam semua jenis aktiviti perbankan Islam dan kumpulan ini akan menyediakan latihan dan kursus bersesuaian kepada kakitangan Bank Islam Thailand.
“Kita akan pantau perkembangan program latihan ini dari semasa ke semasa dan kita juga akan membekalkan tenaga pengajar yang terlatif serta arif mengenai perbankan Islam kepada pihak bank,” katanya.
Sementara itu, Presiden Bank Islam Thailand, Dheerasak Suwannayos berkata, perbankan Islam kini tidak hanya terhad kepada pengguna yang beragama Islam sahaja.
“Disebabkan itu pihak kami mahu melatih semua staf agar lebih mahir dengan segala aspek dalam perbankan Islam ini bagi menyediakan produk yang baik kepada pelanggan kami.
“Kami yakin dengan kemampuan Kuin untuk membekalkan latihan dan tenaga pengajar yang terbaik untuk 1,800 staf kami,” katanya.

No comments:
Post a Comment