Tuesday, June 14, 2011

Tu dia Kaya nya depa...???

Dituduh miliki harta melebihi pendapatan

GEORGETOWN - Seorang penjawat awam dituduh memiliki harta melebihi pendapatannya ketika bertugas sebagai Pengarah Bahagian Pentadbiran Jabatan Imigresen di Putrajaya.

Abdul Rahman Harun, 52, yang kini menjawat Ketua Penolong Pengarah Unit NKRA Kementerian Dalam Negeri (KDN) dituduh memiliki harta wang dan hartanah sebanyak RM817,355 yang terdiri daripada akaun yang dimiliki iaitu wang RM681,355 manakala hartanah sebanyak RM136,000.

Abdul Rahman didapati mempunyai RM334,245 di dalam akaun Amanah Saham Bumiputera, akaun Lembaga Tabung Haji sebanyak RM299,016 dan akaun Maybank (RM48,094). Bagi harta hartanah, dia didapati memiliki tanah lot 4801, Mukim Dengkil, Sepang, Selangor bernilai RM136,000.

Abdul Rahman dituduh melakukan kesalahan itu di Kompleks Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang, 11 Oktober tahun lalu yang menunjukkan mempunyai harta berlebihan sebanyak RM152,081 setelah diambil kira emolumennya sekarang dan yang lalu serta segala hal keadaan berkaitan.

Tertuduh didapati gagal memberikan penjelasan yang memuaskan bagi lebihan itu dan didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 36 (3) Akta SPRM 2009 yang boleh dihukum di bawah seksyen yang sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai lebihan iaitu jika lebihan itu dapat dinilai atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Abdul Rahman diwakili empat peguam iaitu Raftfizi Zainal Abidin; Zamri Idrus, Fadly Hashim dan Istritharal.

Pertuduhan dibaca oleh Timbalan Pendakwaraya SPRM, Kevin Moharis.

Hakim Sitarun Nisa Abdullah menangguhkan kes itu hingga hari ini berikutan pihak pembelaan memerlukan beberapa dokumen tambahan.

No comments:

Post a Comment