Sunday, June 5, 2011

Wahai Kerajaan Malaysia BILAKAH HANGPA NAK BUAT HOSPITAL di DAERAH PENDANG..???

'Pengendalian kes kecemasan ikut panggilan'

PENDANG - Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Kedah Jabatan Kesihatan Negeri Kedah, Dr Hayati Mohd Radzi menjelaskan bahawa pengendalian kes-kes kecemasan di klinik kesihatan adalah mengikut panggilan pelanggan kepada Penolong Pegawai Perubatan yang bertugas atas panggilan dari ‘call centre’.

Menurutnya, pihak jabatan telah menjalankan siasatan dan mendapati pengadu ada membawa arwah isterinya ke klinik terbabit namun hasil siasatan mendapati tindakan yang dilakukan oleh penjawat awam di klinik berkenaan adalah bertepatan dengan tempoh masa yang ditetapkan.

“Tindakan yang dilakukan oleh penjawat awam itu adalah bertepatan dengan tempoh masa yang ditetapkan untuk mengendalikan kes kecemasan di klinik kesihatan kerana pengendalian kes-kes kecemasan adalah mengikut panggilan pelanggan.

“Pelanggan perlu menghubungi kepada penolong pegawai perubatan yang bertugas memandangkan daerah Pendang belum lagi mempunyai hospital daerah,” katanya dalam surat maklum balas yang dihantar kepada Sinar Harian.

Sementara itu, beliau berkata, siasatan telah dijalankan dan penambahbaikan kepada sistem panggilan kecemasan akan dibuat di klinik kesihatan dan cadangan pembinaan hospital daerah telah dimasukkan ke dalam perancangan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10).

Sinar Harian melaporkan pada 26 Mei 2011 mengenai dakwaan suami kepada arwah Wan Chik Wan Lah, 58, yang terbabit dalam kemalangan jalan raya ketika pulang dari berniaga ulam di pasar malam Tanjung Setol yang kecewa dengan perkhidmatan sebuah klinik yang didakwa gagal memberi perkhidmatan kepada isterinya.

Dalam laporan itu, Ahmad Ishak, 58, berkata, dia kecewa isterinya tidak sempat mendapat rawatan kerana tiada sesiapa di unit kecemasan walaupun ketika itu kipas, lampu dipasang.

Setelah gagal bertemu dengan kakitangan di klinik itu, dia membawa isterinya ke Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Pendang untuk meminta bantuan namun terlambat apabila anggota JPAM mengesahkan isterinya sudah meninggal dunia.

No comments:

Post a Comment