Wednesday, July 27, 2011

Cawangan baru JPJ di Bandar Baharu

KULIM - Untuk memastikan pengguna jalan raya mematuhi undang-undang yang ditetapkan, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Kedah, Ahmad Musadad Sulaiman mengambil inisiatif turun padang dan membuat pemantauan di sekitar kawasan Bandar Baharu.

Menurutnya, dari sekatan jalan yang dibuat, beberapa saman dan notis pemeriksaan sudah dikeluarkan kepada pemilik kenderaan. Selain itu, ada dalam kalangan penunggang motosikal diberi kaunseling terhadap kesalahan yang dilakukan.

Katanya, JPJ mahu mendidik pengguna jalan raya untuk mematuhi undang-undang dan memandu dengan lebih berkhemah.

“Operasi di Bandar Baharu adalah siri ketiga dan saya lihat perlu ada sebuah cawangan JPJ di sini, sekali gus dapat memudahkan orang ramai untuk berurusan.�

“Selain memeriksa kenderaan JPJ turut memberikan nasihat kepada pengguna jalan raya. Dari apa yang dapat kita lihat hari ini, jumlah mangsa kemalangan maut semakin meningkat. Ini membuatkan JPJ cuba menerangkan kepada pengguna jalan raya betapa pentingnya undang-undang jalan raya dipatuhi,” katanya.

Beliau turut membuat pemeriksaan terhadap sekolah memandu untuk memastikan segala garis panduan ditetapkan diikuti selain mendidik pelajar untuk menjadi pemandu yang berkhemah ketika berada di jalan raya.

Menurutnya, semua sekolah memandu seharusnya mengikut peraturan ditetapkan di mana setiap pelajar harus mengikuti ceramah selama enam jam dan latihan memandu selama lapan jam.

“Pelajar akan diajar supaya lebih berdisiplin ketika menunggang atau memandu di jalan raya,” katanya kepada Sinar Harian.

No comments:

Post a Comment