Wednesday, July 27, 2011

Ayuh mengaum Harimau Malaya di Stadium Bukit Jalil

MASIH ada 90 minit lagi baki perlawanan yang harus ditempuh oleh pasukan bola sepak negara kita sebelum melangkah ke peringkat seterusnya dalam kelayakan Piala Dunia 2014 di Brazil. Halangan utama kini datangnya daripada pasukan Singapura yang telah menewaskan kita 5-3 Sabtu lepas.

Ketinggalan dua gol, persoalan yang bermain dalam fikiran pemain dan peminat bola sepak tanah air kini adalah mampukah Harimau Malaya menewaskan Singapura? Paling tidak 4-0 atau 3-0? Maka jika menang, impian untuk ke final Piala Dunia boleh menjadi satu realiti.

Jika gagal, kita akan terpaksa menunggu lapan tahun lagi. Manakala barisan pemain yang ada sekarang, adalah barisan yang paling sempurna dari semua sudut. Mereka mampu menewaskan mana-mana pasukan jika betul caranya.

Justeru, saya berharap Harimau Malaya bermain dengan cara yang betul pada pertemuan 28 Julai nanti. Sama ada dari segi taktikal, teknikal, tenaga dalaman yang tinggi dan sebagainya mampu meranapkan keangkuhan Singapura.

Ingat, 90 minit jika digunakan dengan bijak, mantap, cekap dan tajam mampu merubah keputusan. Saya doakan Harimau Malaya menang 3-0. Insya Allah.

No comments:

Post a Comment